Walaupun bajet tak banyak, sebenarnya tetap boleh buat sendiri meja TV yang cantik dan kemas. Yang penting kena kreatif.Orang bujang mahupun, pasangan yang baru kahwin, kalau takde bajet besar boleh cedok inspirasi meja TV konsep Industi yang dihasilkan oleh Mohd Akmal Azizini.
“Nak beli yang elok duit tak ramai, ni projek asal boleh letak tv je”
Material :
•pvc class 7
•join 3way & 4way
•aerosol spray flat black
•rubber wood
Info Ekstra!
Paip penyambung @ Y Ada jual online di Shopee.
Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50″ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
Ads
Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
Paip class 7 modal dalam RM19 x 3 batang, cat RM20, join dalam RM20 gitu.
Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130. Saya beli sekeping nak pakai baru potong.Guna cuma 1/10 sahaja tak banyak.Kos yang guna ni dalam RM30 laa cincai.
Papan macam ni memang boleh beli ikut meter.Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet. Ni saya pakai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood, tapi ‘keras’ modal.
MW: Menarik juga idea buat meja tv ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik malah lebih puas hati bila buat sendiri.
Biasanya bila beli daun kunyit dan daun kesum, kita pakai sikit je dan bakinya perlu di simpan dalam peti sejuk. Namun salah cara simpan dedaun ni mudah layu kekuningan, rosak dan tak tahan lama. Membazir bila buang macam tu je.
Ikut cara simpan yang dikongsikan oleh Puan Huda Zainal lapik dengan kitchen towel lembap, daun kunyit boleh kekal segar 3 minggu dan daun kesum pula dah 6 hari.
Berikut perkongsian tersebut;
“Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.”
“Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.”
Cara-Caranya:
Lapik kitchen towel dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
2. Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.
3. Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.
4. Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.
5.Cover atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam refrigerator. Tak lah asyik membazir je bila beli tak guna.
Hasil setelah lama simpan. Daun kunyit 3 minggu. Daun kesum 6 hari. Surprise juga masa buka bekas tadi.
MW: Semoga perkongsian tip dapur ni bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang beli lebih daun kunyit dan daun kesum tu, ikut cara simpan yang dikongsikan ini barulah kekal segar dan tahan lama. Jadi taklah membazir apabila dibuang begitu sebab dah layu kekuningan dan rosak.
Peritnya bila serentak kena batuk, demam dan sakit tekak. Badan lesu, rasa sesak didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk. Jika dah cuba macam-macam cara dan ubat tak berkesan, mak-mak boleh cuba petua alternatif minum jus limau kasturi dicampur kicap ini.
Ini petua yang diamalkan oleh Puan Schaaisya Scha sendiri. Katanya serasi dan cepat sembuh.
Berikut perkongsian tersebut;
Cuma nak kongsi ni la ubat batuk sejak seminggu ni. Demam, batuk, sakit tekak semua ada. Dulu kalau demam habis ja, mesti batuk sambung. Batuk pulak kalau tak berbulan tak sah.
Sejak amal petua ni alhamdulillah. Dengan izin Allah serasi dan cepat sembuh. Sekarang demam pun dah slow batuk pun sama tak teruk dah.Anak-anak dan Tok depa ibu buat camni semua. Serasi jugak.
Bahan paling senang.
Limau kasturi + kicap
Selawat
Baca la ayat-ayat mana boleh. Minta diberi kesembuhan Insha Allah. Kita ikhtiar selebihnya dari Allah. Dia turun penyakit, Dia juga la turun penawar. Macam-macam ubat dan petua ada,ikut nak cuba mana dan serasi dengan kita.
Maaf mana yang tak suka kita share petua. Kita cuma nak share mana tahu dan serasi dengan kita. Kalau ia menjadi asbab kebaikan. Tak lebih pada itu. Orang cakap kongsilah kebaikan yang kita tahu walaupun sedikit. Insha Allah mudah-mudahan.
Info Ekstra!
Saya makan sekali kulit-kulit limau tu, buang biji je. Anak-anak dan mak bagi minum air limau dengan kicap .
Saya buat 2 kali je. Pagi @ petang @ malam. Ikut la. Macam ni saya dah minum petang. Malam tak buat lagi. Kalau teruk sehari 3 kali pun boleh.
Mingguan Wanita: Boleh cuba petua limau nipis + kicap ini nanti, manalah tahu serasi batuk pun cepat sembuh.Apa-pun iya sebagai ikhtiar, tak salah untuk kita mencuba.
Dalam hidup, rata-rata kita semua mempunyai kawan. Baik masa kecil, belajar atau di tempat kerja. Masing-masing ada perangai tersendiri yang kita sendiri pun faham. Tambah-tambah kalau dah lama mengenali antara satu sama lain.
Namun, tak mustahil ada berkawan yang hanya seketika. Bila tahu perangai dan rasa tak sesuai untuk dijadikan kawan, terus jarakkan pergaulan.
Tak kisah kawan sejak dari kecil, belajar mahupun di tempat kerja. Paling penting, inilah kawan yang mampu susah senang serta dapat tegur apa yang kurang pada diri. Adat dan rezeki berkawan.
Tapi ingat, kawan dengna sabahat adalah orang yang berbeza. Jangan fikir ini orang yang sama. Apa bezanya dan macma mana kita perlu berhati-hatu dalam berkawan. Ikuti apa yang dikatakan oleh Hanis Athirah Rosli.
Ada orang rezekinya ramai kawan, tapi nak setia belum tentu.
Ada orang orang rezekinya tak ramai kawan, tapi yang setianya satu.
Berkawan pun ada peringkatnya,
Bila mampu ada semasa senang susah, mampu tegur dan bimbing kawan bila salah itu namanya sahabat.
Bila hanya perlukan kita semasa senang, jumpa kesalahan tanpa menegur itu namanya kenalan.
Bila suka mencari kesalahan, mengata belakang dan wujudnya kebenciaan dalam diam itu namanya musuh dalam selimut.
Langsung dilupakan memori sepanjang perkenalan.
Kadangkala bila kita terlalu baik, naif dan jujur pun bahaya.
Bahaya bila kita akan dipergunakan tanpa sedar.
Bahaya bila kita akan dikhianati hingga membuatkan hati kita luluh hancur berkecai.
Sebab itu dalam berkawan perlunya hati hati dengan;
Kawan yang pura-pura baik depan kita, penting diri dan lupa diri, suka merungkit,
merampas hak kita, suka sindir dan lukakan hati kita, benci lihat kita lebih dari dia, penghasut terhebat dalam diam dan kawan yang jatuhkan kita dalam diam.
Tapi ada juga kawan yang kita tidak sedar merupakan sahabat kita. Selalu mendoakan kita walapun kita sendiri lupa dan kurang menghargainya kerana terlalu sibuk utamakan yang kita rasa lebih perlu. Ternyata kita manusia serba kekurangan, dalam persahabatan banyak kekhilafan yang kita tak sengaja lakukan.
Terima kasih semua kenalan, kawan dan sahabat yang pernah hadir dan menjadi sebahagian daripada hidup ini. Maafkan mana kurang dari diri ini. Tegurlah dan bimbinglah.
Doakan kebahagiaan kawan, sahabat dunia akhirat.
Mingguan Wanita : Berkawan biar beribu tapi dalam beribu hanya berapa saja yang mampu susah senang bersama. Hargailah kawan dan sahabat yang dapat tegur dan bimbing diri kita.
Kongsi hal jodoh, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mencuri perhatian apabila mengakui dirinya masih selesa dengan cara lama iaitu biarlah lelaki yang memulakan langkah pertama...