Malu pula bila tengok bibir kering, bukan itu saja, gelap dan menggelupas lagi. Dah banyak cara dan pelbagai produk guna tapi tak ada hasil langsung.
Kadang-kadang penggunaan produk tertentu juga boleh memudaratkan lagi dan tidak sesuai dengan bibir kita. Jadi, kalau nak bibir merah semulajadi, tak perlu guna produk mahal, hanya guna beetroot dan vaseline pun dah cukup.
Bersihkan kurma. Kita rasakan dah selamat dan bersih kurma yang dibeli. Maklumlah tersusun cantik dalam kotak tertutup. Lagipun tak adalah nampak kotorannya.
Perlu kita tahui, waima kurma dalam kota, dijual secara borong mahupun yang sejuk beku sekalipun, kita wajib bersihkan kurma sebelum makan dan masuk dalam perut.
Kita tak tahu kurmaini dari mana prosesnya dan cara perngilangan sebelum sampai ke tangan kita. Jangan ingat dengan semua jenis kurma yang dijual ini sudah bersih dan boleh terus makan.
Perkongsian daripada Niena Samsir boleh dijadikan info dan panduan buat anda yang selalu makan tanpa bersihkan kurma terlebih dahulu. Kita tka tahu ada kotoran yang melekat pada kurma dan boleh memberi kesan kesihatan pada diri.
Kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak ada kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci.
Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Lepas ni, jangan ambil mudah tau.
1. Rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit. Lepastu bilas dengan air bersih.
2. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan.
3. Simpan dalam peti sejuk, insya Allah tahan lama.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Minggu Wanita : Walaupun makan kurma ini sunnah, jangan terus makan. Bersihkan dulu.
DIY Almari Tudung Isteri Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun! Biasanya bila tudung-tudung banyak dan berlambak di rumah, memang payah nak menyimpannya dengan kemas tersusun dan mudah dicari. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan tudung-tudung elok tersimpan dan kemas tersusun.
DIY buat almari tudung sendiri je di rumah, guna paip PVC dan papan lapis. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, malah memang jimat kos.
Siapa tak sayang bini ooi. Almari Tudung DIY untuk bini pakai paip PVC je.Baru la muat tudung-tudung kita yang berlambak-lambak tu. Barang-barang simple je cari dekat kedai hardware.
Paip PVC 2 batang 19 kaki, potong 6 inci (RM76)
Pemegang pintu 2 buah (RM4)
Papan lapis 12mm (RM65)
Engsel (RM4)
Syelek Kayu 1 liter (RM20)
1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu.
2. Buat ukuran pada papan lapis, pasang pemegang pintu dan engsel.
3. Kemudian sapu syelek kayu supaya almari nampak lebih menyerlah dan biarkan kering.
4. Susunkan paip PVC tadi dan boleh simpan tudung di dalam almari tersebut.
Siap! Selamat Mencuba!
Total kos hanya RM109 je tapi cinta terhadap isteri tiada nilainya.
Mingguan Wanita: Memang kreatif sungguh, buat almari tudung sendiri di rumah. Hasilnya tudung-tudung pun elok tersimpan dan kemas tersusun. Encik suami yang pandai bertukang tu, boleh cuba buat sendiri untuk isteri tersayang.
Masuk saja bulan Ramadan, mak-mak tentu dah fikir nak buat biskut raya kan! Tahun ni boleh dikatakan harga biskut raya pun boleh tahan juga, jadi lebih baik buat snediri baru puas hati.
Namun, tak semua mak-mak ‘rajin’ nak buat biskut raya. Bimbang tak menjadi, keras, hangus, kembang dan sebagainya. Daripada membazir, lebih baik beli saja.
Bagi mak-mak yang baru belajar nak buat biskut raya tahun ini, boleh dapatkan panduan ini, mungkin ia boleh membantu dan jadikan biskut raya ‘terpaling’ sedap yang pernah buat, kan!
Beberapa tip yang bukan setakat untuk mak-mak amatur tapi boleh dijadikan panduan buat semua. Maklumlah, ada masanya sukatan dah betul tapi tetap tak jadi. Boleh rujuk panduan ini.
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekaligus, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
8) Bagi biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak-mak yang nak buat biskut raya tahun ini ye.