Gambar passport anak. Awal persekolahan, dah tentu guru meminta anak-anak gambar passport untuk rekod sekolah mereka. Mesti ramai mak-mak yang berpusu-pusu ke kedai gambar, kan!
Walaupun nak buat gambar passport anak di kedai gambar tak lama tapi rasanya ‘bercinta’ nak ke kedai, belum lagi dengan harganya dan tunggu siap.
Sekarang ini semuanya di hujung jari. Lepas ni kalau mak-mak rasa malas nak ke kedai gambar bolehlah diy sendiri gambar passport anak. Paling penting, kosnya tak sampai RM2 pun, jimat duit sangat ni.
Perkongsian daripada Nana Ruzana boleh dijadikan panduan buat mak ayah untuk buat ssendiri gamba passport anak. Bukan setakat untuk anak, mak ayah nak buat pun boleh juga.
Bila buka sekolah, guru-guru dok pakat minta gambar passport anak-anak. Jadi nak mudahkan kerja, shoot dan print sendir saja.
Sehelai print boleh dapat 32 keping gambar passport. Kos tak sampai RM2. Kalau buat kat kedai, 4 keping RM16. Kali 3 orang… terbang juga duit, belum lagi kira mood anak masa kat kedai tu.
Bila buat sendiri, gambar pun lebih menepati citarasa. Boleh ambil masa yang tenang untuk dapatkan mood pasang surut model-model tak terlatih ni. Jimat pun jimat. Jiwa pun tenang.
Kesimpulannya, memang puas hati.
Ads
Cara DIY Sendiri
Apa yang diperlukan:
a) Smartphone
Tak kisah brand apa pun asalkan mampu ambil gambar dengan resolusi yang cantik dan jelas.
b) Apps ID photo di hp/komputer.
Senang guna apps ni sebab background dan size semua kita boleh pilih. Tak payah nak cover dinding dah. Dulu ada kawan sampai beli kain biru dekat Jakel semata-mata nak buat background gambar passport. Kini semuanya hanya di hujung jari anda.
.
.
Selain guna apps di phone, boleh juga guna PC seperti guide dan website dibawah ni..
Ads
c) Printer dengan ink berwarna.
Tak kisah brand apa pun asalkan ada setting untuk glossy paper. Nana guna printer biasa je. Brand Epson.
d) Photo glossy paper.
Boleh beli online saja. Shoopee atau lazada ada jual. Bawah RM10 boleh dapat untuk 20 keping. Murah je kan. Ingat, pastikan set glossy paper kat printer sebelum print
e) Kesabaran dan kerajinan yang jitu.
Part ni amat penting ketika shooting. Bonus andai model anda jenis kaki selfie dan beri kerjasama yang padu. Nana snap gambar anak-anak semua pada waktu yang berbeza. Bergantung pada mood mereka pada ketika itu. Tak apa, ambil masa untuk dapatkan hasil gambar terbaik. Tak puas hati, delete. Ambil balik. Apa ada hal. Ini kan kedai gambar kita yang punya. Open 24/7.
.
.
Ads
Mingguan Wanita : Mudah, jimat duit. Kalau tak ada printer, boleh saja print.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Biasanya kalau setiap kali kita tebuk dinding guna drill (gerudi) akan menyebabkan habuk berterbangan jatuh ke lantai. Habis berhabuk satu rumah. Namun sebenarnya kita boleh kurangkan habuk bertaburan di lantai dengan cara yang dikongsikan oleh Encik Hong Guanini. Ikut tip ini tak payah nak sapu atau bersihkan lantai selepas drill lagi. Lebih mudah dan jimat masa, sebab habuk semua berkumpul dan tak berterabur.
Berikut perkongsian tersebut;
Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding.Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat-lipat dan masking tape lekat dekat bawah lubang yang nak tebuk untuk kumpul pasir yang keluar masa drill.
Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa-apa je yang boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah.
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill untuk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ikut tip yang dikongsikan ini semoga dapat kurangkan habuk yang jatuh ke lantai. Jadi tak perlu beria kita nak sapu dan bersihkan lantai lagi. Selamat Mencuba!
Sos cili boleh dikatakan salah satu keperluan barang dapur wajib beli setiap bulan, sebagai sos pencicah untuk keropok lekor, keropok goreng, ayam goreng,nugget, sosej, mee hoon dan sebagainya. Sebenarnya, kita juga boleh buat sos cili untuk kegunaan sendiri di rumah, malah boleh juga dikomersialkan untuk dijual.
Namun kena tahu formula sukatan untuk hasilkan sos cili sendiri, boleh cuba panduan yang dikongsikan oleh Chef Azry Ahmad ini sebagai rujukan.
Ada beberapa produk makanan komersial yang boleh dihasilkan diperingkat awal hanya dengan peralatan asas di dapur. Yela kurang-kurang senduk dengan kuali mesti ada khennn? Takkan nak tunggu geran.
Disertakan formula kadar sukatan dalam penghasilan sos cili.
KAEDAH :
1. 50% air dari sukatan digunakan untuk kisar cili baki 50% dicampur dengan semua bahan lain.
2. Campur cili kisar dengan semua bahan dalam kuali. Kacau sebati kemudian buka api… Biar hingga mendidih.
3.Sedia untuk dibotolkan.
Selamat mencuba.
Kalau dah jadi tokey sos besok jangan lupa amik saya jadi menantu..
“Kamulah yang paling layak menjaga anak papa dan mewarisi rangkaian bisnes papa”…
-Papa Semenggah Holdings
Info Ekstra!
Kanji tu tepung jagung.
Kanji, acid dan sodium ada dijual di sesetengah kedai bahan kek. Kalau takde kena cari kedai yang jual food Chemical.
Asid Asetik menghadirkan rasa masam, tu la yang orang kita panggil sebagai ibu cuka. Nak mudah beli Di sini : https://invol.co/cl5qgqr
Mingguan Wanita :Menariknya! mak-mak boleh cuba buat sendiri sos cili di rumah, tak perlu beli lagi. Lebih menjimatkan, malah terjamin kebersihannya. Ikut formula sukatan yang dikongsikan ini, boleh juga dibuat jual selain untuk kegunaan sendiri.
Mesti mak-mak guna macam-macam petua hilangkan batuk. Maklumlah, nak sembuh memang makan masa lama sikit, boleh jadi dua minggu atau berbulan untuk sembuh. Belum lagi dengan berbotol-botol ubat batuk dah dihabiskan tapi tak juga sembuh.
Malah, bukan setakat berbotol ubat batuk tapi macam-macam cara untuk hilangkan batuk ni. Paling kasihan kat anak-anaklah.
Selain untuk hilangkan batuk dengan mengambil ubat batuk yang diberikan oleh doktor, mak-mak boleh juga cuba cara tradisional. Ada yang guna bawang putih dan minyak, minyak aromaterapi dan sebagainya.
Mungkin petua yang diberikan oleh Asyraf Bakar dalam video ini boleh menjadi salah satu ikhtiar untuk hilangkan batuk. Tak perlu nak habiskan berbotol-botol ubat batuk. Sebaliknya dengan mnggunakan urutan pada 3 titik penting di bahagian tangan.
Anak kecil 4 tahun meninggal dunia akibat perut banyak cacing, tragedi timpa adik Raya menyayat hati. Tragedi memilukan menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat...