Melahirkan anak dalam keadaan sekarang bukanlah sesuatu yang mudah bagi mak-mak yang mengandung.
Sudahlah menanggung teruja ingin memeluk dan mengulit si kecil yang baru sahaja dilahirkan, namun segalanya terhenti apabila bayi yang baru berusia 18 hari dijangkiti Covid-19. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.
Secara tak langsung, bayi ini menjadi individu termuda dijangkiti Covid-19 di negara ini. Sebenarnya bayi ini dilahirkan tanpa sebarang komplikasi namun setelah 18 hari anak ini positif pula.
Bayi 18 Hari Jadi Individu Termuda
Bayi berusia 18 hari menjadi individu termuda di Malaysia dijangkiti Covid-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan wujud jangkitan Covid-19 daripada ibu mengandung kepada bayinya selepas proses kelahiran.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu disahkan positif wabak itu ketika berusia 18 hari.
Ads
“Memang ada kes tetapi kita tidak pasti sama ada jangkitan itu berlaku ketika di dalam kandungan atau sebaliknya,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Menurutnya, proses kelahiran bayi berkenaan bagaimanapun berjalan lancar.
“Tiada sebarang komplikasi berlaku semasa proses kelahiran,” katanya.
Faktor Serangan Strok
Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata, terdapat tiga faktor serangan strok dalam kalangan pesakit Covid-19 terutamanya membabitkan usia muda.
“Terdapat tiga faktor serangkai yang menyebabkan pembekuan darah di saluran darah berlaku. Apabila virus masuk ke dalam darah ia akan menyebabkan tiga faktor aliran darah terjejas,” katanya.
Ads
Katanya, apabila ada inflamasi (keradangan) darah akan menjadi pekat dan mudah membeku.
“Virus menyerang dinding saluran darah dan menyebabkan luka sebelum proses thrombus (saluran darah tersumbat) berlaku,” katanya.
Tambahanya, individu yang mempunyai penyakit obesiti atau dirawat di hospital yang tiada pergerakan tertentu juga menyebabkan pengaliran darah lambat.
“Ketiga-tiga faktor ini menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika ia berlaku di kepala, strok boleh berlaku dan jika saluran darah tersumbat di jantung akan berlaku serangan jantung,” katanya.
Ads
Faktor Negara Diisytiharkan Darurat
Sementara itu, Noor Hisham berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggariskan tiga faktor untuk sesebuah negara mengisytiharkan darurat akibat pandemik Covid-19.
“Faktor pertama apabila banyak kematian berlaku, kedua jangkitan dengan mudah dan cepat serta terakhir ekonomi.
“Di Malaysia, kita ada tiga faktor ini di peringkat awal iaitu pertengahan April apabila kes naik mendadak,” katanya.
Katanya, negara kini dalam fasa pemulihan dan berharap sektor ekonomi juga dapat berfungsi seperti biasa tetapi mengikut syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM.
Sumber: Harian Metro
MW: MW mendoakan bayi dan ibunya kembali sihat dan terhindar daripada kesakitan. Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan maknya tika ini setelah mengetahui anak yang baru melihat dunia positif Covid-19.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selama ini macam mana kita kupas kerang. Rebus dulu, bila dah terbuka sikit baru kupas satu persatukan? Tapi salah rebus, kerang boleh hilang gebu. Dengan langkah mudah kupas kerang yang diajarkan ini, membuatkan kerja mengupas kulit kerang jadi tersangat mudah. Paling penting isi kerang gebu gebas dan ‘juicy’ walaupun telah direbus seketika.
Sebelum kerja-kerja mengupas dijalankan, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan kerang. Boleh bersihkan dengan dua cara. Pertama, masukkan kerang dalam bekas besar, laga-lagakan kerang sesama sendiri. Cara kedua, bersihkan dengan berus.
Sebaiknya gunakan sarung tangan getah. Kalau tak, boleh terluka jari jemari yang mulus tu. Kulit kerang ini keras, lagi-lagi kalau guna teknik melaga-lagakan kerang tu. Salah laga, jari anda yang terluka. Selepas dibersihkan bolehlah rujuk cara-cara di bawah:
4 Langkah Mudah Kopek Kerang
1. Didihkan air dalam periuk. Biarkan sampai menggelegak.
2. Masukkan kerang yang dah dibersihkan. Selepas 30 saat, cepat-cepat angkat.
3. Tutup api dan toskan kerang.
4. Terus tuang ke dalam bekas berisi AIS dan AIR. Kerang boleh terus dikupas.
Kenapa Teknik Kupas Kerang Ini Perlu Diikut
√ Masa ini kerja mengupas jadi lebih mudah.
√ Kerang pun nampak lagi bersih dan gebu.
√ Teknik sebegini cukup sesuai digunakan buat mak-mak yang nak mencuba resipi kerang masak serai.
Nak Kerang Masak Serai Lebih Cantik
Jangan kupas seluruh kulit kerang, tapi kupaslah sebelah kulit saja. Agar masakan anda lebih menarik dan lebih terasa keenakannya.
“Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi” itulah luahan Sherry Ibrahim sewaktu ditemubual ketika di majlis pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 23 & Raya 2023 di Hotel St Regis, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Akui dirinya kurang selesa menjawab soalan berkaitan peribadi dan jika mahu ke arah perkahwinan dia akan berkongsi dengan umum.
“Bukan Tidak Mahu Berkahwin”
Sherry yang sudah menginjak usia 40 tahun sentiasa diajaukan soal bila dia akan mengakhiri zaman bujang.
“Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya yang turut tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya.
Berjaya Turun Berat Badan
Kekal langsing namun Sherry akui dia teruja kerana berjaya menurunkan sebanyak enam kilogram dan merancang untuk mengekalkan berat badannya itu.
“Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat.
“Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada.
“Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” kongsi Sherry.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya guna air tapisan dan bawang putih merupakan rahsia cili yang dikisar tahan lama berbulan-bulan, tak masam mahupun berkulat. Cili kisar boleh dikatakan bahan asas yang mesti ada setiap dalam masakan, bagi mak-mak sukakan pedas. Tapi nak buat cili kisar ni agak renyah, perlu dibuang biji, direbus dan dikisar. Jadi sebagai penyelesaiannya, ramai mak-mak yang suka kisar cili banyak-banyak untuk kegunaan harian bagi mempercepatkan waktu memasak.Tapi masalah yang timbul bila, cili kisar tersebut tak tahan lama, cepat rosak, masam dan berkulat.
Perkongsian petua cili kisar tahan lama ini dikongsikan oleh Puan Mim Nazihah sebagai rujukan mak-mak.
“Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…Mesti ramai yang dah tau kan…Tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan. Selalu kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan.Inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
Bahan-Bahannya :
400 gram Cili Kering (Dipotong, buang bijinya kemudian cuci bersih).
3 Labu Bawang putih
Air tapis
Cara Membuat:
1.Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.
2.Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3.Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama.
4.Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye…guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
Shakila saman bekas mentua kali kedua, "mak saya gadai emas bayar peguam, tiada kaitan bantuan Mufti Perlis. Bekas ratu cantik, Shakila Saiful menghantar surat...