Hari ini genaplah tujuh hari kita berpuasa. Dalam sibuk berpuasa ini, saya ingin berkongsi tentang kejayaan seorang wanita dalam menurunkan berat badan. Rahsia kejayaannya selepas diejek membuatkan dia nekad untuk menurunkan berat badan. Kisah Nursuraya yang cukup hebat ini diharap dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana yang ingin kurus.

“Rahsia kejayaan saya dimana saya mengambil ejekkan itu satu ‘push factor’ untuk saya nekad dan displin ketika pejalanan saya utuk menurunkan berat badan. Saya sangat displin dan apabila buat sesuatu mesti dengan bersungguh. Buat satu perubahan diri untuk diri dan keluarga kerana pejalanan untuk kurus bukan mudah tetapi tidak mustahil. Kerana ia penuh dugaan malah akan ada kata-kata negatif yang akan buatkan kita berasa rendah diri. Maka cari kawan yang mempunyai energi positif dan matlamat yang sama. Anggap ejekan atau kata-kata negatif itu hanya angin yang berlalu. Niat kerana Allah swt dan insyaAllah Dia akan memudahkan,” begitulah ungkapan yang menjadi motivasi Nursuraya Izwanieza Saidudin, 34 tentang kejayaannya dalam menurunkan berat badan dan sekaligus menjalani gaya hidup sihat.

Wanita yang berasal dari Pahang ini pada awalnya membenci kepada aktiviti sukan namun lama-kelamaan dia jatuh cinta dengan aktiviti senaman.

“Pada mulanya saya begitu benci dengan aktiviti yang melibatkan sukan kerana saya berbadan besar dan anggap ia satu bebanan. Mula aktif sukan pada 2014 bila pejabat menganjurkan satu program menurunkan berat badan. Kemudian bila saya mengikuti progam Jom Kurus 1 Malaysia, pelbagai aktiviti yang diperkenalkan oleh Team Leader. Dari situ saya mula aktif dan minat. Aktiviti yang saya suka seperti senaman circuit dimana ia menguji kemampuan kita untuk push kita punya limit untuk menyelesaikan senaman tersebut

“Selain itu saya juga berminat aktiviti dalam air seperti aqualogix dan aquarobic yang berbeza dari senaman lain dan juga hiking dimana kita dapat menikmati keindahan alam semula jadi.

“Saya melakukan senaman tiga atau empat kali seminggu. Oleh kerana saya berulang alik kerja dari Seremban ke Kuala Lumpur, maka masa saya agak terhad. Jika ada masa, saya akan ke gymasium atau bersenam secara berkumpulan. Atau jika terlalu sibuk saya hanya buat senaman dirumah dan adakalanya akan membuat senaman bersama anak kecil sebagai senaman weight training,” ujar Nursuraya yang memegang pegangan dimana jangan jadikan alasan kesibukkan untuk kita tidak berubah.

IKLAN

Aktiviti Sihat Sumber Rezeki Sampingan

Bekerja disalah sebuah bank di ibu negara dan Nursuraya menjadikan aktiviti sihat sebagai salah satu aktiviti sampingan.

“Aktiviti ini dijadikan salah satu sumber rezeki sampingan tetapi dari sudut saya ia merupakan satu rezeki yang indah bila kita berjumpa lebih ramai yang ingin kita bantu mereka ke arah yang lebih sihat dan secara tidak lansung ia menjadi salah satu keluarga yang besar. Dapat membantu mereka membuatkan diri ini rasa puas kerana kita pernah melalui apa yang mereka rasa

“Saya merupakan Team Leader Jom Kurus 1 Malaysia di bawah anjuran Kevin Zahri. Bila kita dah mula join program sebegini dan kita dah ubahkan ia menjadi lifestyle maka permintaan mereka untuk terus menerus untuk kekal aktif dan saya bersama team Fitness Queen selalunya akan mengadakan aktiviti Group Training Fit Ladies dan juga online coaching di atas pemintaan ramai.

IKLAN

“Biasanya setiap program akan ada pelbagai aktiviti yang saya berikan seperti Kelas Nutrisi, Kelas Healthy Cooking, Hiking, Beach Bootcamp,Metafit,Aquarobic, trecking,body combat dan pelbagai. Dan ada juga yang saya buat untuk ibu-ibu yang hamil, lepas bersalin dan juga ibu menyusu. Kerana pengalaman saya ketika hamil anak ketiga amat berbeza dimana saya aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pemakanan yang betul dan senaman yang betul ketika hamil dapat membantu ibu tidak mengalami kenaikkan berat badan yang melampau dan mengembalikan bentuk badan asal secara sihat.

“Aktiviti sihat ini bermula bila saya sedar yang berat badan saya mula tidak mahu turun ketika melahirkan anak kedua. Pada ketika ini saya menyusukan anak dan bila lapar saya akan makan dan tak sedar berat mula naik mendadak sehingga 83kg. Pelbagai cara saya buat, adakala memang turun berat tetapi bila cara dan ilmu tidak ada maka berat kembali kepada asal. Bila sudah sertai program seperti ini dan mempunyai kawan-kawan yang satu matlamat, maka aktiviti ni dah jadi lifestyle.Alhamdulillah, ketika hamil anak ketiga, saya dapat mengawal berat badan saya dimana hanya naik sekitar 10kg berbanding 20kg sebelumnya,” kata Nursuraya yang telah menerima sijil Certified Metafit Coach, Pre Post Natal Training
dan Certified Excersie Training.

Diejek Kerana Masalah Berat Badan, Nekad Untuk Kurus

IKLAN

Bersenam Bersama Anak

Ibu kepada tiga cahaya mata ini akan mencuri masa untuk bersenam ketika dipejabat dengan menaiki tangga.

“Contohnya saya dilevel 20, sampai tingkat 10 saya akan naik lif kemudian turun dan selebihnya naik tangga. Saya akan letakkan kenderaan jauh supaya dapat berjalan dan merupakan light workout. Malah ketika bersama anak-anak juga boleh jadikan anak untuk bersenam bersama. Saya juga selalu hiking bersama kawan-kawan di sekitar Negeri Sembilan seperti Gunung angsi, Gunung Datuk, Bukit Melati,” luah Nursuraya yang kini kekalkan berat badan ideal 57kg.

Nursuraya juga menjelaskan dia juga sangat menjaga pemakanan, “Saya lebih kepada pemakanan yang sihat. Bagi saya yang agak sibuk selalunya saya akan menyediakan meal preparation untuk seminggu. Maka dengan itu juga tercetus ommalicious.healthy.meal (IG) untuk saya menyediakan khidmat makanan yang sihat bagi memudahkan mereka yang agak sibuk tetapi masih boleh menjaga pemakanan. Ini adalah kerana pemakanan merupakan sumbangan yang utama dalam penurunan berat badan.”

Diejek Kerana Masalah Berat Badan, Nekad Untuk Kurus

MENU PILIHAN NURSURAYA

*Sarapan
Overnight oat
*Makan Tengahari
Nasi (basmathi atau brown rice) segengam
Ikan atau ayam (bahagian dada)
Sayur atau ulaman
*Minum petang
Biskut / healthy brownies/ buah
*Makan malam
Nasi basmathi atau perang
Ikan atau ayam berlada/kari yang diolah masak secara sihat.

Tips: Protien tidak semestinya bakar, kita boleh masak seperti biasa cuma kurangkan garam dan minyak dalam masakkan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI