Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina memasuki hari ketiga hari ini dengan tumpuan khusus terhadap sebuah diari yang didakwa milik remaja berusia 17 tahun itu.
Menurut peguam bela keluarga, Shahlan Jufri, seorang saksi dari Jabatan Kimia dijangka dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dokumen peribadi berkenaan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.
Selain itu, dua pegawai perubatan turut berkemungkinan tampil memberi keterangan, antaranya seorang doktor yang menerima serta merawat Zara di Unit Rawatan Rapi, dan seorang lagi pakar neurologi yang terlibat dalam kes ini.
Ads
Prosiding inkues yang dijadualkan berlangsung selama 17 hari ini dijangka terus membuka ruang kepada pelbagai persoalan. Pada Khamis ini, pemeriksaan tempat kejadian juga bakal dilakukan di Papar, lokasi di mana Zara ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu. Prosiding yang dijadualkan berlangsung selama 17 hari itu sudah memasuki hari ketiga hari ini.
Ancaman Terhadap Saksi
Terdahulu, Dr Jessie Hiu, Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), dilepaskan sementara selepas memberikan keterangan selama dua hari. Beliau yang berkhidmat di HQE sejak 1998, menerima ugutan daripada orang awam berikutan hasil penemuan bedah siasat dan pemeriksaan tempat kejadian.
Seorang pesara berusia 61 tahun dari Semporna ditahan pihak berkuasa kerana didakwa membuat ugutan terhadap Dr Hiu melalui media sosial. Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mempertimbangkan langkah menyediakan perlindungan kepada saksi sepanjang prosiding.
“Ibu akan sentiasa menyayangi dan merindui kamu, selalu…”
Itulah bait kata yang menggoncang jiwa seorang ibu yang kehilangan anak gadisnya dalam tragedi penuh tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, semalam.
Dalam satu hantaran di Facebook, wanita itu meluahkan rasa rindu yang tidak bertepi terhadap pemergian anak perempuannya yang baru berusia 16 tahun anak yang selama ini menjadi sumber ketenangan dan kebanggaan keluarga.
“Dia seorang anak yang sangat penyayang, baik hati dan berdisiplin. Sejak kecil, dia tidak pernah membuat kami risau.
Dia sentiasa mengambil berat terhadap ibu bapa dan orang lain, serta tidak pernah meminta apa-apa daripada kami,” tulis si ibu, yang kini hanya mampu berbicara dengan bayangan memori.
Baginya, anak yang pergi itu bukan sekadar darah daging, tetapi cerminan kasih yang paling tulus.
Luahan Pilu Ibu
“Anak seindah itu, namun ditimpa nasib yang begitu kejam. Saya benar-benar kehilangan kata-kata, hati saya amat sakit. Semoga dia berada dalam keadaan baik di dunia lain, semoga rohnya tenang dan bahagia.”
Luahan itu diakhiri dengan ungkapan yang meruntun hati.
“Ibu akan sentiasa menyayangimu dan merindui kamu, selalu.”
Dalam nada tenang yang menyembunyikan derita, wanita itu turut berterima kasih kepada semua yang mengirim doa dan kata semangat buat keluarganya yang kini berdepan kehilangan paling pedih dalam hidup.
Dalam kejadian sekitar jam 9.10 pagi kelmarin, pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditemui berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman pada badan. Polis kemudian menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dan merampas dua senjata tajam di lokasi kejadian.
Pagi yang sepatutnya dipenuhi semangat dua pelajar remaja menuju ke sekolah bertukar menjadi pagi paling memilukan buat dua keluarga di Besut. Dua sahabat karib, Wan Mohamad Shahronny Wan Rosli dan Nik Aqil Faizin Nik Abdul Aziz, masing-masing berusia 13 tahun.
Kedua-duanya maut selepas motosikal yang mereka tunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Bukit Keluang, pagi tadi.
emalangan berlaku sekitar jam 7.30 pagi, ketika kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah itu dalam perjalanan ke sekolah. Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai dirempuh ketika keluar dari simpang, manakala pemandu MPV dalam perjalanan ke tempat kerja di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Kedua-dua pelajar disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, manakala pemandu MPV cedera.
Permintaan Terakhir Seorang Anak
Bagi Nor Aziera Hashima Mohd Saleh, 33, kehilangan anak sulungnya itu terlalu sukar diterima. Suaranya bergetar, matanya merah menahan sebak saat menceritakan detik terakhir bersama anaknya.
“Pagi tadi dia minta saya sediakan bijirin sarapan kegemarannya dengan susu… saya tak sangka itu rupanya permintaan terakhir dia.”
Wan Mohamad Shahronny dan sahabatnya, Nik Aqil, amat rapat. Mereka ke sekolah bersama setiap hari, saling menunggu di simpang, menunggang motosikal dengan penuh riang. Dua sahabat kecil yang tidak pernah berpisah, sehinggalah ajal menjemput mereka bersama.
“Anak saya baru dua bulan pandai menunggang sendiri ke sekolah. Sebelum ini, kami yang hantar. Saya hanya tahu mereka dah tiada bila sampai di tempat kejadian…” katanya dalam tangisan yang tertahan.
“Malam Tadi Dia Minta Tidur Sebelah Saya”
Bagi Farizon Saari, 50, ibu kepada Nik Aqil, kehilangan anak bongsunya itu terasa bagai mimpi buruk yang tidak berpenghujung.
“Dia anak yang sangat manja dan peramah. Malam tadi dia minta saya tidur di sebelahnya, tapi saya suruh dia tidur dulu sebab saya tengah menjahit baju. Saya tak sangka… itu kali terakhir dia minta peluk saya.”
Anak bongsu daripada empat beradik itu sering menjadi penghibur keluarga. Kini rumah terasa sunyi, hilang tawa yang biasa mengisi ruang.
Urusan pengebumian dijalankan selepas proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Besut selesai.
Melihat kredibiliti dan integriti seorang penyanyi bernama Ziana Zain sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Apatah lagi pelantun Puncak Kasih ini sudah acapkali mencipta sejarah dalam dunia hiburan tempatan.
Tidak hairanlah mengapa CSA Academy melantik pesohor seni legenda ini sebagai duta rasmi organisasi nombor satu Malaysia dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang.
Reputasi Baik Ziana Zain
CSA Academy meminjam liku perjalanan Diva Pop ini dalam mencapai kegemilangan kejayaan yang dibina berbekal reputasi baik lebih dua dekad menjadi pelaku seni sebagai semangat yang diperlukan mereka untuk melakar sejarah dalam operasi yang dijalankan.
“Mengapa tidak Ziana Zain? Kami percaya sebagai rakyat Malaysia meski berbangsa India atau Cina dan tentu sahaja kaum Melayu semua kenal siapa Ziana Zain. Beliau seorang legenda.
Penghibur yang telah menawan peminat dengan karisma dan vokalnya menerusi lagu seperti Madah Berhelah atau lakonan mantapnya dalam filem Maria Mariana, kami di CSA Academy yakin pemilihan Ziana Zain sebagai duta rasmi adalah tepat.
Pilihan Tepat
“Reputasi, integriti dan kredibiliti serta semangat juang yang ada dalam diri Ziana Zain adalah seiring dengan matlamat kami di CSA Academy untuk menuju kegemilangan serupa,” ujar Pengasas & Pengarah Eksekutif CSA Academy, Dr Jay Ong.
Selain Ziana, CSA Academy juga memiliki duta rasmi dalam kalangan individu berpengaruh termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan aktor berkaliber, Datuk Jalaluddin Hassan.
Pelantikan pemilik nama sebenar Siti Roziana Zin sebagai duta rasmi CSA Academy berlangsung dengan jaya di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada 9 Mac 2024 lalu.
Seiring pelantikan Ziana, 55, sebagai duta rasmi CSA Academy, sebuah lagu yang menyerap roh dan perjuangan tanpa erti putus asa, Semangat Wira digubah. Semangat Wira bakal dilancarkan pada Mei 2024.
“Semangat Wira menggambarkan keseluruhan perjuangan tanpa lelah dan putus asa yang dinyanyikan Ziana Zain khusus buat seluruh ahli CSA Academy,” ujar Dr Jay lagi.
Sementara itu Ziana menyifatkan pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan bukan hanya untuk dirinya tetapi beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menyebarkan informasi tentang pengurusan kewangan atau beban hutang yang perlu diwar-warkan kepada semua.
Hidup Bebas Hutang
“Saya melihat pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan yang besar bukan untuk saya secara peribadi tetapi bagaimana saya mampu mewakili, memikul tanggungjawab dan kepercayaan untuk menyebarkan informasi bagaimana kita semua mampu hidup bebas hutang melalui pengurusan kewangan yang betul bersama bantuan CSA Academy.
“Sejujurnya saya sendiri suka perkara seperti ini (mewakili CSA Academy) kerana secara tidak langsung dapat bertemu ramai orang, dapat ilmu dan pengalaman baharu terutama bagaimana menguruskan kewangan.
“Maklumlah kadang-kadang kita berbelanja tidak sepadan dengan hutang, jadi CSA Academy membantu dengan memberi ilmu bagaimana menguruskan semuanya dengan bijak.
“Dengan pelantikan saya sebagai duta rasmi CSA Academy selepas Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datuk Jalaluddin Hassan, saya harap lebih ramai lagi yang akan menyertai CSA Academy.
“Tentu sahaja besar juga harapan saya dapat membantu CSA Academy mencapai matlamat untuk membuat masyarakat cakna tentang kewujudan mereka sekaligus memberi khidmat terbaik kepada yang memerlukan.
“Apa yang penting CSA Academy menjamin gaya hidup bebas hutang untuk semua ahli,” ujar Ziana Zain.
Terdahulu CSA Academy diumumkan selaku penaja utama Konsert Ziana Zain 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024.
Konsert Ziana Zain 2024 merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse. Bercakap mengenai kolaborasi mereka, Ziana berterima kasih kepada CSA Academy kerana menunaikan impian kembali mengadakan konsert selepas kali terakhir pada 2001 hampir menjadi realisasi.
Ziana sedang giat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk memastikan dapat memberi persembahan terhebat mengalukan peminat untuk mendapatkan tiket sementara ia masih berada di pasaran.
Tiket-tiket berharga RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/ mulai 15 Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman web www.ticketu.com.my/zianazain.
Pembelian tiket menggunakan sistem “Buy Now Pay Later” BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket. Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518.
Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!