Diam seorang suami, apa yang isteri patut ambil tahu. Dalam sebuah rumah tangga, kita sering anggap suami sebagai ‘tiang seri’ yang wajib berdiri teguh tanpa goyah. Kita lihat mereka keluar mencari rezeki, balik ke rumah tetap senyum dan cuba jadi pendengar yang baik.
Diam Seorang Suami, Apa Yang Isteri Patut Ambil Tahu
Di sebalik wajah tenang itu, pernahkah kita terfikir, apa sebenarnya yang sedang mereka pikul? Apa yang mereka pendam dalam diam?
Sebagai isteri, kita mungkin lebih ekspresif dalam meluah rasa. Tapi suami, mereka jarang berkongsi, bukan kerana tidak peduli, tetapi kerana tidak tahu bagaimana untuk meluah tanpa dilihat sebagai beban.
Mari kita menyelami sisi sunyi dalam hati seorang suami, yang mungkin tidak pernah dilafazkan, tetapi sangat perlu difahami.
Dalam sesebuah perkahwinan, sering kali kita dengar keluhan isteri:
“Abang sekarang banyak diam. Dah tak macam dulu.”
Namun, jarang kita bertanya:
“Apa yang sebenarnya suami sedang tanggung dan pendam sendirian?”
Ramai lelaki memilih untuk berdiam diri. Bukan kerana tidak mahu berkongsi, tetapi kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan. Atau mungkin juga, mereka takut dilihat sebagai lemah jika bersuara.
Mari kita selami beberapa perkara yang sering dipendam oleh para suami, tetapi jarang sekali mereka luahkan.
1. Tekanan Kewangan Tapi Mahu Nampak Kuat
Ramai suami tidak akan berterus terang apabila mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka tetap tersenyum, tetap menghulurkan duit apabila anak meminta, dan tetap memenuhi ajakan isteri untuk makan di luar.
Dalam fikiran mereka:
“Kalau aku mengaku sedang sesak, nanti dia risau. Nanti dia fikir aku tak mampu.”
Namun di sebalik senyuman itu, mereka mengorek simpanan, memotong perbelanjaan sendiri, malah ada yang terpaksa berhutang, semata-mata untuk menjaga maruah sebagai ‘ketua keluarga’.
Ads
2. Rasa Tidak Cukup Bagus Sebagai Suami Atau Ayah
Dalam hati, suami sering tertanya-tanya:
“Anak-anak sayang aku ke?”
“Isteri aku bahagia ke dengan aku?”
“Cukupkah perhatian yang aku beri pada keluarga?”
Soalan-soalan ini berlegar-legar dalam kepala mereka, tetapi jarang diluahkan kerana bimbang dilihat sebagai tidak yakin atau lemah.
3. Penat Mental dan Emosi Tetapi Tidak Dibenarkan Letih
Suami juga manusia, ada hari mereka gembira, ada hari mereka murung. Namun, masyarakat sering ‘mendidik’ lelaki untuk sentiasa kelihatan kuat.
Bila meluahkan, kadang-kadang mereka dibalas dengan:
“Alah, abang pun nak mengeluh ke?”
Ads
“Kerja macam tu pun dah stres?”
Akibatnya, ramai suami memilih untuk diam. Tapi dalam diam itu, tersimpan keletihan yang terlalu lama tidak dirawat.
4. Rasa Tidak Dihargai
Walaupun tidak mengharapkan pujian, namun apabila segala usaha dianggap remeh, suami juga boleh terasa hati.
Contohnya:
Membasuh pinggan, tetapi tiada penghargaan.
Membeli makanan, tetapi dikritik pilihan tempatnya.
Berdiam diri, tetapi dituduh tidak ambil peduli.
Hakikatnya, dalam diam mereka hanya inginkan satu ungkapan:
“Terima kasih, abang.”
Ads
5. Cemburu Dan Rasa Tidak Diperlukan
Walaupun tampak tenang, ada kalanya suami berasa tersisih apabila isteri terlalu sibuk dengan anak-anak atau kerja.
“Dulu dia banyak layan aku, sekarang aku rasa macam orang asing.”
Namun, untuk meluahkan perasaan ini, mereka takut dianggap ‘mengada-ngada’. Maka mereka memilih untuk menjauhkan diri perlahan-lahan.
Kesimpulannya peluklah suami anda. Bukan semua suami pandai bercakap. Tapi ramai suami pandai memendam rasa. Bukan kerana tidak sayang, malah kerana terlalu sayang hingga tidak mahu membebankan.
Setiap suami ada caranya sendiri menyayangi dan melindungi keluarga dan kadang-kala, cara itu datang dalam bentuk diam. Namun, di sebalik diam itu, ada hati yang berharap difahami.
Sebagai pasangan, tugas kita bukan sekadar berkongsi ketawa, tetapi juga membaca bahasa diam dan menjadi tempat mereka berehat. Kerana bila suami dan isteri saling memahami peranan masing-masing, barulah rumah tangga benar-benar menjadi tempat pulang yang menenangkan jiwa.
Jika isteri membaca ini, peluklah suami anda malam ini. Tanyakan padanya:
“Abang okay tak sebenarnya?”
Kadang-kadang, satu pelukan dan soalan penuh empati itu lebih melegakan daripada seribu nasihat.
Benarlah berangan dan memasang impian itu ‘percuma’ dan tak perlu bayar. Adakalanya ia terapi yang cukup mudah untuk para isteri gembirakan hati dan motivasi dirinya sendiri.Sebenarnya memang ada perkara tertentu yang isteri suka buat tapi suami tak perlu halang atau risau pun. Malah patut turut beri sokongan.
5 benda suami tolong jangan halang demi kesejahteraan rumah tangga.
Pagi tadi I said to abang, while staring at the blank wall of our room, cuba abang imagine ini semua kaca, and from our bed, we are actually staring at the beautiful blue sea. Abang kata ramai lah orang. No, this is our private beach. Tak ada orang lain. Kita buat rumah kecik je, surrounded by nature abang kata okayyyy while trying hard to imagine
Bab bermimpi ni serahkan kepada isteri, sebab dialah yang pakar. Orang lelaki biasanya berfikiran lebih realistik dan berpijak di bumi nyata.
Tapi sebenarnya bukanlah orang perempuan ni suka meminta minta. Ada benda-benda yang dia buat sebenarnya saja untuk menghiburkan hati. Bukan nak pressure suami pun. Para isteri ni lebih tahu kemampuan suami, dan jarang sekali yang Maryam jumpa suka minta lebih lebih dan tak bersyukur dengan apa yang suami boleh berikan.
Jadi para suami janganlah rasa ‘offended’ pula bila isteri berimpian melangit. Dia tak paksa suami tunaikan pun. Sebagaimana bila isteri cerita masalah dia kepada suami, dia tak minta solusi pun. Cuma sekadar nak luahkan.
Banyak masa, solusi suami tu lagi tambah menyakitkan hati ini antara learning point dalam perkahwinan kami. Bila isteri cerita masalah, jangan cuba nak selesaikan. Lagi irritating dengar solution yang abang offer sebab cara berfikir berbeza. Just listen attentively. Bagi pendapat kalau diminta sahaja ye.
So ini antara list yang mungkin isteri suka buat tapi suami tak perlu halang atau risau. Malah patut support
1. Shopee
Barang berlambak dalam cart tu biasa. Isteri window shopping kat Shopee tu biasa. Kalau ternampak dia sibuk window shopping tu, tak perlu halang atau tegur. Selalunya cart dia boleh cecah ratusan barang. Jarang sekali dia checkout melainkan benda betul-betul perlu.
Kalau dia simpan dalam cart sampai barang tu delisted pun lagi dia happy. Tak payah fikir dah perlu beli atau tak, sebab memang tak boleh beli dah. Dan janganlah gatal tangan tolong bayarkan pula, sebab kebanyakan barang tu dia taknak pun, kalau tetiba tengok suami dah bayarkan, dia kecewa.
2. Hotel
Ada isteri suka survey-survey hotel dan resort. Tengok harga yang macam menarik. Tengok beach lawa, facilities hotel dan sebagainya, kawasan cantik untuk jalan-jalan. Sebenarnya dia taklah nak pergi sangat pun, just terapi je.
3. Rumah Cantik
Ramai isteri ada rumah impian. Maka rajinlah dia google gambar-gambar rumah impian dia. Deco rumah lawa, design lawa, perabot best, dapur dan toilet cantik, bilik impian untuk anak dan sebagainya. Ada yang suka google gambar garden. Relax jelah, bukannya dia nak suami buatkan pun. Kalau nak, dia akan usaha sendiri.
4. Barang Kemas & Pinggan Mangkuk
Ini pun sama. Tak perlulah suami risau sangat kalau isteri suka cuci mata tengok barang kemas dan pinggan mangkuk. Siap join facebook group atau telegram channel. Kebanyakan masa dia tak minta pun. Cuma mungkin kalau suami dapat bonus tu, mulalah dia masuk jarum
5. Tudung Dan Baju Lawa
Asal ternampak iklan baju atau tudung yang lawa-lawa mulalah dia tenung dan cuci mata. Siap pergi ke website dan add to cart. Kebanyakan masa dia tak beli pun melainkan betul betul perlu. Dan dia pun tahu kalau dia pakai takkan sama macam model
So yang parcel dok sampai tak henti henti kat rumah tu apa? Pampers beli borong sebab ada sale di shopee, susu anak, baju anak, barang pdpr anak, barang keperluan untuk buat bisnes dari rumah, barang masak.
Nampak tak? Kebanyakan benda yang dia beli mesti untuk kesejahteraan keluarga, bukan untuk diri sendiri pun. Dan kebanyakan masa perbuatan tersebut untuk gembirakan hati dan motivasi dirinya sendiri supaya dapat bekerja lebih keras mencari rezeki untuk keluarga. Bukan untuk membebankan suami. Bersangka baiklah
Mingguan Wanita : Memang ada benarnya. Perkara-perkara begini memang para isteri suka buat. Bukanlah bermakna memang mahukannya, namun cukuplah dijadikan sebagai terapi yang cukup mudah untuk para isteri gembirakan hati dan motivasi dirinya sendiri.
Salah ke didik anak mewah walau mak ayah itu mampu? Dan macam mana istilah mewah itu pada sudut pandang anda sendiri?
Adakah ini termasuk beli gajet dan hadiahkan pada anak yang masih kecil, bagi hadiah mahal-mahal yang tak sesuai dengan umurnya atau buat majlis yang gah setiap kali hari lahirnya?
Didik Anak Mewah
Sebenarnya tak salah pun andai berduit tetapi kalau nak anak betul-betul merasa susah, mak ayah pun kenalah tunjuk gaya hidup yang sederhana.
Jangan terlalu obses nak bahagiakan anak sampai ikut segala kehendak anak yang kadang tak patut bagi dengan umurnya yang masih kecil.
Mendidik bukan tugas yang mudah ya mak ayah, jadi untuk baiki kesilapan dalam diri kita, jemput baca perkongsian saudara Zaim Zin ini…
Point ke 15 buat saya nak menangis. Sampai ke jiwa.
1. Usah didik anak mewah. Ajarkan mereka gembira. Supaya mereka belajar hargai nilai, bukan harga.
2. Setiap hari, kita depositkan kenangan dan pelajaran dalam bank memori anak-anak.
3. Bukan tugas kita jadikan anak-anak sado untuk berhadapan dengan dunia yang kejam. Tugas kita adalah kembangkan potensi mereka untuk jadi orang yang akan bantu kurangkan kekejaman dunia kelak.
4. Nasihatkan anak-anak, mereka mungkin akan lupa. Ajar dan didik mereka, mereka mungkin ingat. Libatkan mereka, mereka akan pelajari sesuatu.
5. Kesilapan adalah bukti kita mencuba.
Anak-anak bukan kesilapan. Mereka adalah tujuan. Ia bukan pilihan, ia tanggungjawab.
6. Apabila kita belajar menghargai kejayaan kecil, kita dah tak kisah mengenai garisan penamat.
7. Ia lebih mudah membesarkan anak kecil, berbanding memperbaiki orang dewasa yang rosak.
8. Saya belajar erti yakin daripada anak-anak ini. Hanya anak kecil yang yakin dan percaya bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja.
9.Tiga perkara yang anak-anak kecil ni buat kita belajar:
-Gembira lah tanpa sebab.
-Sentiasa ada rasa ingin tahu.
-Berjuang tanpa letih ketika mahukan sesuatu.
10. Anak-anak, jadilah insan yang tuhan tentukan kalian jadi ketika dewasa nanti.
11. Ibu ayah, usah jadi hamba anak. Jangan ikutkan semua kehendak mereka.
12. Gunakan kata-kata untuk bangkitkan mereka, bukan robohkan potensi mereka.
Ada 6 perkataan dari AlQuran yang boleh diucap pada anak;
13. Ia bukan mengenai apa yang kita buat untuk anak-anak, ia ialah apa yang kita ajar mereka untuk mereka lakukan sendiri.
14. Sesiapa sahaja boleh mengaku sebagai ibubapa, tetapi ibubapa sebenar ialah mereka yang meletakkan anak-anak mereka lebih tinggi dari kepentingan diri sendiri.
15. Tanpa anak-anak ini, rumah dan kereta kami mungkin kemas dan tersusun, wallet kami mungkin penuh, tetapi hati kami mungkin kosong.
Kesimpulan yang saya belajar, hadiah paling istimewa yang seorang ayah boleh berikan pada anaknya ialah, mencintai ibu mereka.
Manfaat kita mungkin bukan pada apa kebaikan yang kita buat, tapi mungkin pada seseorang yang kita besarkan.
Siapa yang tidak menyayangi, mereka tidak akan disayangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada di kalangan mak-mak yang menyapu bedak pada kawasan intim anak-anak. Alasannya tak nak bagi berbau atau kurangkan melecet. Sebenarnya cara ini ada risiko pada anak di masa akan datang. Tulisan Dr. Hafiz Sulaiman menjelaskan dengan detail sebab-sebab yang perlu mak-mak bimbangkan.
Bedak Talkum Sebabkan Kanser?
Syarikat J&J pengeluar produk talkum..
kalah saman RM1.78 billion beberapa hari lepas
Bulan May, syarikat ini kalah saman RM470 juta.
Tahun lepas kalah RM235juta dan RM307juta..
Semuanya kes mengaitkan kanser ovari dengan penggunaan talkum bayi ini pada kawasan kemaluan dan peha. Wanita banyak menggunakan talkum di kawasan ini supaya selesa dan tidak melecet.
Kajian saintifik walaupun banyak menunjukkan kaitan dan teori, adalah tidak konklusif kerana kajian yang kukuh menjalankan eksperimen manusia adalah tidak beretika.
Menurut Dr Daniel Cramer, seorang saintis Harvard.. terdapat kes di mana seorang wanita penderita kanser ovari yang menggunakan talkum ini selama lebih 30 tahun. Pemeriksaan dan ujian mendapati talkum ini berada di dalam kelenjar, rahim dan juga ovari (kilang telur). Teori yang mungkin ialah talkum ini meresap ke organ-organ kewanitaan, menyebabkan radang dan stres dalam yang menjurus ke arah kanser ovari.
Walaupun syarikat menyatakan kajian saintifik menunjukkan tiada kaitan, National Cancer Institute menyatakan “tiada bukti jelas” talkum menyebabkan kanser.
Apa pun yang pastinya, talkum bayi ini memang bahaya kepada bayi. Hanya sedikit talkum yang diperlukan untuk merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil menurut American Academy of Paediatic (AAP).
Bayi yang berisiko dan sensitif sistem pernafasan seperti yang menghidap sakit jantung sejak lahir, bayi pramatang dan menghidap jangkitan kuman RSV juga dinasihatkan tidak menggunakan talkum.
Akhir kata oleh kerana kajian kukuh hampir mustahil dilaksanakan oleh sebab etika kajian, kita perlu beringat-ingatlah.. Badan anak atau badan sendiri, terpulang lah kebijaksanaan diri dan keluarga masing-masing membuat pilihan. ?️
Nak makan sotong ?? celup talkum pun aku tak larang
Penyakit ain, Ayda Jebat akui setiap kali muat naik video anak akan meragam. Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu...