Pelakon dan personaliti terkenal, Sharifah Sakinah, 36, tidak menolak bahawa darah seni yang mengalir dalam keluarganya kini turut diwarisi oleh anak saudaranya, Auddra Zulkifli atau mesra disapa Odah, 16.
Menurut Sakinah, sejak awal lagi dia menyedari Odah memiliki ‘spark’ tersendiri, bukan sekadar cantik di depan kamera, tetapi juga berani menonjolkan diri dengan penuh keyakinan walaupun masih di usia remaja.
“Bagi saya, dia memang berani walaupun baru 16 tahun. Saya sendiri dulu tak seberani dia. Odah ni matang dan tak mudah ambil hati dengan komen netizen,” katanya ketika ditemui media di majlis pelancaran butik terbaharu rizman ruzaini di suria klcc.
Walau begitu, Sakinah mengakui dirinya tetap mahu memainkan peranan sebagai kakak dan mentor yang menasihati agar Odah tidak mudah hanyut dengan populariti.
“Saya tak mahu dia terlalu dibayangi glamor. Dunia seni ini indah, tapi ada likunya. Dia kena kuat, fokus dan tahu apa yang dia nak.
Saya nampak potensi dia besar, tapi semua ini perlukan masa dan pengalaman,” ujar pelakon filem Qifarah itu yang kini sedang ditayangkan di pawagam.
Mengulas tentang bakat Odah, Sakinah secara jujur berkata remaja itu bukan penyanyi yang menonjol, namun memiliki keistimewaan tersendiri.
Ads
“Terus terang, saya rasa dia bukan ‘vocalist’ yang hebat, tapi dia seorang performer dengan aura yang kuat. Bila di depan kamera, dia tahu cara membawa diri. Itu yang buat saya bangga.”
Bagi Sakinah, sokongan yang diberikan bukan sekadar untuk melihat Odah berjaya, tetapi agar gadis itu belajar menghargai setiap langkah perjalanan seninya.
“Saya tengok dia bersungguh-sungguh dan seronok dengan apa yang dia buat. Itu sudah cukup buat saya gembira,” katanya dengan senyum bangga.
Sakinah turut menitipkan doa dan semangat buat anak saudaranya yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager, bergandingan dengan ibunya, Sharifah Shahirah sebagai pengurus.
Ads
“Menang atau kalah adat pertandingan. Tapi saya dah cukup bangga tengok dia sampai ke tahap ini. Harapnya dia terus berusaha dan berjaya dengan apa yang dia impikan.”
Selain Odah dan Sharifah Shahirah, program tersebut turut menampilkan pasangan peserta lain seperti Thalita bersama Shuib, Marsya bersama Liza Hanim, Hadie bersama Ina Naim, Ammar Haikal bersama Ameng, serta Amad bersama Siti Saerah.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Usahawan terkenal Madammu membuat kejutan istimewa buat dua anak tirinya yang kini meningkat usia remaja dengan menghadiahkan mereka sebentuk cincin berlian. Tindakan penuh kasih sayang itu menarik perhatian ramai dan menjadi bualan di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid, berkongsi detik manis ketika beliau menghadiahkan dua anak gadisnya, Zahara dan Qally, cincin berlian sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang seorang ibu.
Dua anak gadis itu kelihatan sangat teruja sebaik sahaja mereka membuka kotak yang berisi cincin berlian tersebut. Dalam video berkenaan, Madammu berkata dengan nada lembut dan penuh kasih, “Saya ada sesuatu yang istimewa untuk awak berdua. Ini adalah simbol kecantikan dan kalian pun sudah membesar.”
Tambahnya lagi, “Ini bukan cincin kahwin. Sebelum suami awak beli, mummy belikan dulu.” Kata-kata itu mencetuskan pelbagai reaksi positif daripada para pengikut yang memuji sikap penyayang dan keibuan Madammu terhadap anak-anak tirinya.
Madammu sememangnya dikenali sebagai seorang wanita yang sering menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga dan anak-anaknya, tanpa mengira status mereka sebagai anak kandung atau tiri. Tindakan menghadiahkan cincin berlian ini dianggap simbolik kepada kasih yang tulus antara seorang ibu dan anak-anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira melihat wajah Zahara dan Qally yang berseri-seri menerima hadiah tersebut. Ramai memuji Madammu sebagai contoh ibu moden yang penyayang dan matang dalam membina hubungan kekeluargaan.
Antara komen yang diterima termasuklah pujian terhadap keikhlasan Madammu. “MasyaAllah, mummy yang sangat baik dan penyayang. Semoga hubungan keluarga Madammu sentiasa diberkati,” tulis seorang warga maya.
Tindakan Madammu hadiahkan cincin berlian ini bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah turut memperlihatkan keperibadian positif beliau yang sentiasa menghargai kehadiran anak-anak dalam kehidupannya.
Kisah ini membuktikan bahawa kasih seorang ibu tidak terbatas kepada hubungan darah, tetapi kepada hati yang tulus menyayangi dan membimbing anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Selepas lima bulan melayari bahtera perkahwinan, pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya, 42, mendedahkan bahawa dia dan suami, Maxime Bouttier, 32, kini sedang merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan. Dalam masa sama, Luna Maya juga bersedia untuk memperlahankan aktiviti seninya demi memberi tumpuan kepada fasa baharu kehidupan sebagai ibu.
Menurut Luna Maya, keputusan itu dibuat selepas mereka berdua ingin menikmati masa berdua sebagai suami isteri terlebih dahulu sebelum bersedia memikul tanggungjawab lebih besar.
“Saya mungkin akan memperlahankan kerjaya sedikit jika sudah memutuskan untuk mempunyai anak kelak. Perancangan kami mengenai cahaya mata adalah disasarkan pada tahun hadapan. Kami mahu mengambil masa untuk ‘berpacaran’ dahulu bagi mengenali satu sama lain lebih mendalam sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam perkahwinan kami,” katanya.
Tambah pelakon filem Sukma itu, dia bukanlah tergesa-gesa menimang anak, sebaliknya mahu memastikan segala persediaan dari segi mental, fizikal dan kewangan benar-benar kukuh sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
“Mengikut perancangan, tahun depan. Buat masa sekarang, kami masih ambil masa dan jalani kehidupan hidup berdua. Kalau sudah stabil dan ada kediaman yang baik, barulah akan memasuki fasa seterusnya. Saya pula individu yang sangat tersusun, semua harus berjalan mengikut aturan. Jadi, saya perlu bersedia sepenuhnya secara mental dan fizikal sebelum memiliki anak. Tak mahu ada rasa penyesalan ditambah pula sekarang masih ada kerja yang belum disiapkan,” ujarnya kepada Kosmo! Online pada malam gala filem tersebut.
Selain aspek kesediaan diri, Luna Maya turut menekankan pentingnya perancangan kewangan kerana menyedari kos membesarkan anak pada masa kini bukanlah kecil.
“Sekarang perancangan harus rapi, termasuk ada wang simpanan kerana memiliki anak adalah mahal. Saya mahu beri yang terbaik dan paling penting ialah memastikan kami berdua memang bersedia secara mental dan fizikal untuk memiliki anak. Sebenarnya bukanlah terlalu bimbang tetapi mahu pastikan semua aspek benar-benar ‘solid’ supaya dapat berikan terbaik untuk anak kami kelak,” jelasnya.
Apabila ditanya tentang bilangan anak yang diimpikan, pemilik nama penuh Luna Maya Sugeng itu mengakui hanya mahukan seorang sahaja.
“Saya mahu seorang anak sahaja sebab manusia di bumi ini sudah ramai dan tak perlu ditambah-tambah lagi. Tak mengapa kalau ada seorang sahaja asalkan hasilnya berkualiti cuma kalau ada perancangan nak tambah, mungkin boleh ambil anak angkat atau cara lain. Kita lihat bagaimana nanti, kalau diberi rezeki satu, Alhamdulillah,” katanya yang masih mempertimbangkan untuk hamil secara normal atau melalui rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Dalam pada itu, Luna Maya kini berada di Malaysia untuk mempromosikan filem seram terbaharunya berjudul Sukma, arahan Baim Wong, yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 30 Oktober ini. Filem tersebut turut dibintangi oleh Anna Jobling, Christine Hakim, Fedi Nuril dan Oka Antara.
Untuk rekod, Luna Maya selamat disatukan dengan Maxime, yang 10 tahun lebih muda daripadanya, dalam sebuah majlis perkahwinan indah di Bali, Indonesia pada 7 Mei lalu, menandakan permulaan baharu buat pasangan selebriti popular itu.
Penyanyi Amylea Azizan mengesahkan kini telah bercerai dengan suaminya, Mohammad Aqbar Mohamad. Menerusi perkongsian di media sosial, Amylea menjelaskan bahawa dia reda dengan ketentuan Ilahi selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Dalam kenyataan yang dibuat, Amylea Azizan bercerai selepas tiga tahun bersama. Pasangan ini bernikah pada 27 November 2023, namun kini hubungan itu sudah berakhir dengan cara yang baik. Menurut Amylea, dia telah pun selesai menjalani tempoh idah dan berada dalam keadaan sejahtera.
Amylea turut menegaskan bahawa hubungan dengan keluarga bekas suaminya masih dalam keadaan baik. “Saya sangat hormati dan sayangi ibu mentua serta seluruh keluarga bekas suami dan anak-anak tiri saya,” katanya dengan penuh keikhlasan.
Dalam kenyataan yang penuh emosi, penyanyi itu turut berkongsi bahawa dirinya reda dan menerima takdir Allah dengan hati terbuka. “Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Saya ikhlas dalam perkahwinan kami dan sekarang reda dengan takdir Allah,” jelas Amylea.
Menurut Amylea, walaupun hubungan suami isteri sudah berakhir, mereka masih berhubungan baik sebagai sahabat. “Kami masih berhubungan baik. Saya sudah lama tamat idah dan dalam keadaan sejahtera,” tambahnya.
Amylea turut berpesan agar peminat dan masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi tentang kehidupannya. “Saya hanya nak mengelakkan fitnah. Berita ini tak sepenting hal lain yang berlaku di dunia,” ujarnya dengan rendah hati. Beliau turut mendoakan agar tiada siapa perlu melalui kesedihan seperti yang pernah dilaluinya.
Walaupun perjalanan rumah tangga Amylea Azizan sudah berakhir, penyanyi berbakat ini tetap menunjukkan kematangan dan ketenangan dalam menghadapi ujian hidup. Semoga Amylea terus kuat dan diberi kebahagiaan pada masa akan datang.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Baru-baru ini anak kepada pelakon, Allahyarham Lydia Ibtisam iaitu Nur Sarah Alisya menitipkan ucapan menyentuh hati buat arwah ibunya menerusi satu hantaran di TikTok.