Dalam mematuhi arahan “Perintah Kawalan Pergerakan“, ada pula mereka yang tak sensitifmenjadikan ibu tunggal dan balu sebagai lawak tidak sihat. Cinta pasar raya katanya. Episod cinta bermula bila kerajaan menghadkan hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan.
Bagi wanita yang berstatus ibu tunggal. Mereka juga ketua keluarga yang dimaksudkan. Isunya bila ada pihak yang terlajak berfantasi , pertemuan di pasar raya membuatkan ada cinta berputik dan berkahwin.
MW pun sedia maklum mana-mana perempuan pun tidak pernah mengimpikan title balu atau ibu tunggal tu menjadi sebahagian hidup mereka. Jangan direndah-rendahkan maruah mereka. Jangan pula kerana sengaja mencipta isu dalam berkait status mereka dalam kita tengah panik dengan isu COVID-19.
Jadilah manusia budiman dan peka dengan sensitiviti orang lain. Nak maklumkan di luar rumah tu, yang bahayanya bukan single mother tau…tapi COVID-19.
MW tertarik dengan posting seorang balu yang baru sahaja habis tempoh iddahnya menerusi akaun facebooknya; PageKhas Mini. Ini luahan jujurnya mengenai perasaan seorang balu yang kehilangan suami akibat jangkitan kuman di paru-paru setelah dua tahun melalui rawatan kanser. Allahyarham suami beliau meninggal dunia pada 14 November lalu.
—————————————————————————————————–
Covid19 vs single mother vs cinta pasaraya
#mohonshare
Awak.. Budin VS Baguk #theyatims
Esok hari terakhir iddah saya. Sepatutnya lusa pagi-pagi saya nak pergi duduk lamaaaaa kat awak. Setelah 4 bulan 10 hari saya menahan hati.
Tapi saya tak mampu nak tunaikan janji. Anak kat rumah takde yang jaga. Saya just bertiga je. Saya, Sulaiman, Isa. Saya tak sanggup bawa anak sekali waktu-waktu bahaya macam ni.
Awak..
selama awak takde ni. Saya tak amik pusing isu yang kadang-kadang menjentik saya. Dua kali lepas awak pergi, isu suami kena rampas dek single mother. Then satu lagi viral isu faraid.
Saya diam. Tak komen pape dan buat tak endah. Sampailah isu-isu lenyap dengan sendiri.
Tapi semalam saya ternampak lukisan ni. Terus berlinang air mata.
Kami (golongan single mother) buat lah apa saje pon tetap HINA dan KEJI kat mata masyarakat kan?
Peritnya.
_______________________________________________________________________
Mohon share luahan hati saya ni supaya sampai ke pelukis “cinta berputik di pasar raya”
Saya doakan suami awak selamat pergi dan balik dari medan perang (perang dengan virus COVID-19 kat pasar raya dan perang nafsu si suami bila ternampak single mother)
Saya harap ketua keluarga awak dapat terus berbakti keluar belikan barang keperluan sehingga habis tempoh kawalan ni.
Saya cuma mampu pesan berhati-hatilah supaya awak tak rasa apa yang saya rasa.
Jaga suami ye. Kat luar tu yang bahaya sekarang bukan single mother, TAPI VIRUS COVID19.
Sekurang-kurangnya bila suami pergi, dapat kita peluk cium buat kali terakhir.
Atau setidak-tidaknya anak dapat mengiringi.
Dan saya harap anak awak tak nangis rindu babahnya macam anak saya. (Video sulaiman nak babah. Sulaiman 6 yo and speech delay)
Video last tu saya ambil dari fb jiwa damai. Yang saya dapat dari video tu – buat perubahan dalam keluarga kita. Jaga family kita.
Ps : andai pelukisnya lelaki, fikir-fikirkan juga setiap kali awak keluar tu mungkinkah minggu depan awak masih dapat balik rumah tengok anak isteri?
Stay at home The Yatims #covid19
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI