Kadang-kadang dek kerana tugas, seorang guru terpaksa melupakan seketika tanggungjawabnya sebagai ibu apabila berada di sekolah. Tatkala berada di sekolah, dia menjadi milik sekolah sepenuhnya. Begitu juga sebaliknya setiap kali anak istimewanya memerlukan dia, dia perlu berada disisi.

Suatu ketika dahulu subjek Bahasa Inggeris dianggap subjek yang sukar, kini dengan penambahbaikan setiap masa yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Bahasa Inggeris telah dianggap sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan.

Apatah lagi pelajar turut terdedah dengan teknologi IT (Information Techology) yang sedikit sebanyak memudahkan mereka mencari bahan yang sesuai dalam pembelajaran mereka. Guru juga bukan lagi dianggap sebagai “spoon feed” kepada murid-murid kerana peranan guru banyak kepada menyelia atau sebagai fasilitator kepada murid-murid bagi membina keyakinan diri mereka dalam berbahasa Inggeris.

Seterusnya perkara yang membuatkan empunya diri terus kekal berinpirasi untuk menabur bakti kepada masyarakat adalah anak bongsunya sendiri. Agak sukar untuk percaya, tetapi sememangnya inspirasinya untuk terus berbakti kepada masyarakat datangnya daripada keluarganya sendiri iaitu anak istimewanya.

“Anak bongsu saya seorang anak yang cacat penglihatan dan mild autisme. Setiap kali saya memandang dan menjaganya, disitulah juga terbitnya rasa semangat untuk mendidik anak murid kerana bagi saya cabaran yang lain menjadi amat kecil dibandingkan cabaran saya mendidik anak sendiri.

“Saya juga bersyukur kerana dengan anugerah ini membuatkan hubungan kami sekeluarga dan saudara mara terjalin erat,” ungkap Suryati Nordin, 48 tahun, yang telah menceburi bidang perguruan selama 25 tahun.

Biar pun empunya diri telah terlalu lama dalam bidang pendidikan, namun sekali pun tidak terlintas di perasaan merasa bosan dengan bidang ini terutama apabila melihat ramai murid yang bersungguh belajar menuntut imu ketika berada di dalam kelas.

IKLAN

Menurut ibu beranak empat ini, dirinya memilih guru karier perguruan  kerana ramai ahli keluarganya menceburi bidang perguruan bermula dari datuk, ayah, ibu saudara, sepupu serta kakak dan adik iparnya. Bermula dari situlah timbul minat untuk menjadi seorang guru terutama apabila melihat arwah ayahnya yang mengajar mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ketika dia masih kecil.

Dek Kerana Tugas Sebagai Guru, Suryati Kadang-Kadang Terpaksa Abaikan Anak Istimewanya
Anak bongsu menjadi pemangkin semangat Suryati setiap kali dia putus harap.

Kemudahan Teknologi Mudahkan Sesi Pembelajaran

Selain itu, bagi Suryati antara cabaran utama dalam mengajar Bahasa Inggeris di sekolah sekarang adalah dari segi penerimaan murid-murid terhadap sukatan pelajaran baru. Umpamanya Bahasa Inggeris CEFR yang baru diperkenalkan pada murid Tahun 1 pada tahun ini.

Walaupun pada awalnya agak sukar untuk diterima pakai, tetapi dirinya bersyukur lama-kelamaan dengan adanya bantuan daripada pihak terlibat seperti bantuan kursus dan bengkel daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah, kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berjalan dengan lancar dan murid mula berasa seronok untuk belajar apatah lagi banyak kemudahan telah disediakan menerusi internet.

’Manakala cabaran lainya ialah kebanyakkan murid agak segan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mereka lebih banyak menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

IKLAN

“Pendekatan yang diambil adalah  melakukan aktiviti berkumpulan secara mentor-mantee di mana murid yang pandai akan membantu murid yang agak lemah dalam berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris walaupun menggunakan ayat yang mudah,” jelas Suryati yang berkelulusan TESL (Teaching English as a Second English) di Institut Perguruan Guru (IPG), kini mengajar subjek bahasa Inggeris bagi tahun 1, 2 dan Pendidikan Moral bagi tahun 4.

Di samping itu, dirinya turut menggalas tugas sebagai Ketua Panitia Pendidikan Moral, Setiausaha Peperiksaan Dalaman, Penyelaras Program 3K dan Guru Perpustakaan di sekolah.

Dek Kerana Tugas Sebagai Guru, Suryati Kadang-Kadang Terpaksa Abaikan Anak Istimewanya

Cabaran dan Pengorbanan

IKLAN

Tidak semua yang kita idamkan dimiliki, biar pun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta yang jauh di Johor Bahru, manakala dia dan anak-anak berada di Kelantan. Biar pun getir dan terasa teruji, tetapi Suryati tetap cekalkan hati untuk melakukan semua tugas yang sebelum ini dikongsi bersama suami seorang diri.

“Pernah suatu ketika, saya sedang menghadapi tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda, dalam masa yang sama mengajar Murid Tahun 6 yang pastinya padat dengan kelas tambahan. Saya juga seorang diri menguruskan anak sulung yang akan menjalani peperiksaan SPM danm tidak ketinggalan setiap dua minggu saya ke hospital membawa anak istimewa saya menjalani rutin Pengrusan Tata kerja dan Fisioterapi.

“Maka pengurusan masa pada ketika itu amat penting. Ketahanan mental dan fizikal juga perlu diambil kira agar tidak terbawa-bawa masalah dan dugaan tersebut ke sekolah,” luahnya satu-persatu yang mengajar hampir tujuh buah sekolah di sepanjang perkhidmatannya.

Dalam masa yang sama, dugaan dan cabaran sentiasa ada walaupun murid-murid datangnya daripada sekolah luar bandar mahupun sekolah di bandar. Namun begitu, sebagai guru yang berpengalaman, Suryati perlu bijak memainkan peranannya. Sudah tentu, pendekatan yang berbeza dan bersesuaian dengan murid perlu difikirkan oleh guru agar murid tidak tercicir dalam subjek yang diajar.

Jelas Suryati, paling kritikal apabila pelajar merasa rendah diri untuk berkomunikasi dalam bahasa asing terutama bahasa Inggeris. Mereka lebih suka bercakap dalam bahasa ibunda mereka. Peranan guru dalam menarik minat murid dalah dengan menggunakan pendekatan kata pujian, kata semangat yang dirasai mampu membantu mereka mendorong diri sendiri untuk cuba betutur dalam bahasa Inggeris walaupun perkataan yang digunakan agak mudah dan ringkas.

Sebagai guru, dusah tentu wanita ini berharap agar anak -anak murid pada masa akan datang bukan sahaja bijak dalam akademik, namun perlu juga mempunyai jati diri yang kuat dan berperibadi mulia kerana kita bukan sahaja mahu melahirkan insan yang cerdik akal tetapi juga berkeperibadian yang mulia sejajar dengan harapan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI