Datuk Siti elak Aafiyah leka dengan gajet, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43 berasa lega dan bersyukur apabila mendapat khidmat seorang guru sebagai pengganti pengasuhnya yang tamatkan perkhidmatan.
Malah Siti juga menerangkan dia tidak mahu anak sulungnya, Siti Aafiyah, 4 terlalu memberi tumpuan pada gajet dan dengan khidmat bersama pengasuh baru yang juga seorang guru Aafiyah boleh lakukan pelbagai aktiviti.
Datuk Siti Elak Aafiyah Leka Dengan Gajet
Ketika sidang media secara virtual Majlis Ulang Tahun Kedua Beausiti Stronger 2Gether baru-baru ini Siti berkongsi perkembangan Aafiyah yang kini bersama penjaga baharunya, setelah pengasuh anak sulungnya sebelum ini, Nur Hidayah Zubit atau lebih dikenali sebagai Dayah menamatkan perkhidmatannya baru-baru ini.
“Selepas Dayah berhenti kerana berkahwin, saya dan suami mendapatkan khidmat orang baharu yang juga merupakan seorang guru untuk mengajar dan melakukan aktiviti bersama Aafiyah di rumah.
“Alhamdulillah saya lega apabila dapat seorang cikgu untuk jaga Aafiyah. Setiap hari saya lihat banyak perkembagan positif daripada Aafiyah.
Ads
“Saya tidak mahu dia hanya tertumpu pada gajet sahaja, sebaliknya biar dia ada aktiviti lain bersama cikgunya, walaupun saya tiada di rumah.
“Afwa pula masih lagi baby, tak berapa faham lagi. Jadi tak terlalu sukar macam Aafiyah,” ungkapnya.
Pandemik Covid-19, Banyak Masa Di Rumah
Akui Siti lagi, pandemik Covid-19 menyebabkan pelbagai aktiviti terpaksa dihentikan dan banyak masa dihabiskan di rumah.
Ads
Malah kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan melihat perkembangan mereka di depan mata setiap hari.
Kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang kini memasuki usia lima bulan, sedang membesar dan memerlukan sepenuh perhatian daripadanya.
“Gembiralah hati saya dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Itulah hikmah di sepanjang PKP ini di mana saya banyak meluang masa dengan anak-anak di rumah.
Ads
“Walaupun terlibat dengan pelbagai zoom meeting di rumah, tetapi dalam masa masih dapat tengok dan uruskan anak. Jika saya bekerja seperti biasa di luar, kena masuk pejabat atau aktiviti lain melibatkan kerjaya seni, tentunya lewat petang baru balik rumah bertemu mereka,” luah Siti.
Anak kedua pasangan suami isteri ini disahkan hidapi CdLS, sindrom penyakit satu dalam 10 000 orang. Ketika akhir trimester kehamilan, doktor mengesan saiz kepala bayi yang dikandungkan kecil sedikit.
Ikuti kisah pasangan Fadli Ramli, 34 dan isterinya, Fauzan Azima Mohamad, 32 (Jaja) menjaga anak keduanya, Fateh Fadli, 7 bulan yang dilahirkan istimewa.
“Kehamilan kali kedua ini cukup menguja. Anak sulung saya Maryam Fadli, 2 tahun 7 bulan pun gembira dan tak sabar mahu bermain bersama-sama dengan adiknya nanti.
“Sepanjang mengandungkan Fateh, saya tak mengalami apa-apa masalah serius dan tugas saya sebagai isteri dan ibu tetap berjalan seperti biasa.
Namun, ketika kandungan di trimester ketiga, doktor beritahu saiz kepala anak dalam kandungan sedikit kecil. Walau bagaimanapun, kata doktor ia tak menimbulkan sebarang isu kerana kadang-kadang keadaan ini boleh terjadi.”
Sepanjang 9 bulan Jaja menempuhi alam kehamilan, bayi dalam kandungan tak menimbulkan sebarang masalah.
Pada 5 Ogos 2017, anak keduanya, Fateh selamat dilahirkan dengan berat tiga kilogram di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
“Selepas bersalin, saya hanya berpeluang melihatnya pada hari kedua kerana Fateh ditempatkan di unit SCN (special care nursery) dan saya pada masa itu perlu melakukan pembedahan hematoma (blood clot).
Bila masuk dua hari baru dapat tengok baby, naluri Jaja sebagai ibu mula merasakan sesuatu.
“Sebaik kami suami isteri sampai dekat unit itu, terus doktor pakar ingin berjumpa. Dalam unit itu, cuma ada jururawat dan doktor saja. Waktu itulah, naluri saya kuat memberitahu ada ‘sesuatu’ yang penting ingin doktor beritahu.”
Anak Ini Adalah Hadiah, Takkan Anggap Sebagai Ujian
Bila doktor maklumkan sindrom yang Fateh alami, Jaja lakukan ini agar dirinya terus positif membesarkan Fateh.
Mata Jaja tak lepas dari memandang Fateh. Sarat kasih sayang yang mendalam.
“Saya redha dan tetap sayang anak saya walau apa pun keadaan Allah tentukan dan Fateh adalah hadiah untuk kami dan sekalipun tidak akan menganggap kehadiran Fateh sebagai ujian.”
Dalam masa yang sama, Jaja mula membaca dan mendapatkan maklumat tentang CdLS di Internet.
“Saya buat research dan menghantar e-mel kepada CdLS Foundation di USA untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sindrom ini. Syukur. mereka membantu saya berhubung dengan ibu bapa yang mempunyai anak-anak CdLS di Malaysia.”
Waktu penulis Mingguan Wanita hubungi ibu Fateh, anak kecil ini baru berusia 7 bulan. Jadi, Jaja tidak dapat mengulas lebih lanjut tentang perubahan pada anaknya kerana Fateh masih kecil dan tidak dapat melihat perubahan sikap.
“Cuma, saya boleh kategorikan Fateh sebagai mild syndrome iaitu sindrom yang tidak terlalu serius. Jika dilihatkan fizikalnya, Fateh sedikit kecil dan kepalanya juga lebih kecil dari saiz normal.
“Doktor beritahu kami, kemungkinan Fateh akan mengalami kelewatan dalam perkembangan otak atau kelewatan dari segi pemikiran tidak sejajar dengan peringkat umurnya. Tapi kami akan terus berusaha memberi yang terbaik kepada Fateh supaya dia dapat belajar mengikut cara yang sesuai,” kata Jaja lebih lanjut.
Ini Terapi Yang Fateh Buat
Setakat ini, Fateh tiada masalah yang membimbangkan dan diberi kesihatan yang baik. Malahan, Fateh perlu menjalani fisioterapi setiap bulan dan syukur kerana pakar terapi mengatakan perkembangan fisio Fateh sejajar dengan anak-anak normal yang lain.
“Setiap bulan kami bawa Fateh ke di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Fateh juga perlu lakukan beberapa ujian seperti ujian mata, ujian telinga, echocardiogram, head ultrasound dan temu janji berkala dengan pakar kanak-kanak.
“Sebagai tambahan, kami bawa juga Fateh ke terapi berenang. Ini akan bantu perkembangan anak-anak istimewa dengan lebih cepat.”
Membawa Fateh ke mana-mana tak pernah mengundang perasaan segan dalam diri Jaja dan suami. Malah mereka bersyukur kerana terpilih untuk menjaga Fateh.
“Mungkin anak inilah yang akan memberi rezeki melimpah ruah kepada kami. Mungkin anak inilah yang akan mengajar kami erti sebenar kasih sayang, pengikat cinta keluarga kami.
“Siapa tahu anak ini jugalah yang akan menyayangi kami hingga ke akhir hayat kami tanpa mengenal erti putus asa.”
Tiada yang diharapkan bagi Jaja sekeluarga selain ingin melihat Fateh membesar dengan sihat, dapat belajar seperti kanak-kanak normal yang lain, berdikari dan berdiri dengan dua kakinya sendiri suatu hari nanti.
Nasihat Jaja..
“Bagi ibu-ibu di luar sana, janganlah biarkan anak-anak istimewa ini tanpa didikan dan tunjuk ajar yang bersesuaian kerana mereka ini memerlukan orang yang arif.
“Jika ibu bapa tidak mampu untuk membawa ke sekolah berbayar, negara kita banyak menyediakan kelas-kelas percuma bagi kanak-kanak istimewa.
“Ada juga bengkel dan taklimat tentang bagaimana untuk mengurus anak istimewa. Apa yang penting adalah, jangan kita abaikan kebajikan dan bezakan anak istimewa ini dengan anak-anak yang lain.”
Info Tentang Cornelia de Lange Syndrome (CdLS)
CdLS adalah sindrom genetik yang berhubung kait dengan kromosom.
Ia berlaku kira-kira satu dari 10,000 kelahiran. Memberi kesan tidak kira jantina lelaki atau perempuan atau bangsa.
Kebanyakan individu yang mempunyai CdLS mempunyai ciri-ciri yang sama atau hampir sama seperti fizikal badan yang kecil, tangan, kaki dan kepala; kening yang bersambung; bulu mata yang panjang; hidungnya lebih ke atas berbanding ke bawah (upturned nose) dan bibir yang nipis ke bawah.
Pembangunan fizikal dan kognitif individu juga lebih lambat daripada individu normal.
Tingkah laku diri yang mencederakan adalah perkara biasa dan antara 60-70 peratus mempamerkan beberapa tahap gangguan spektrum autism.
Speech delayed – Pergerakan kaki dan / atau anggota badan yang hilang berlaku dalam 25 peratus kes.
Masalah perubatan biasa termasuk penyakit refluks gastroesophageal, keabnormalan usus, masalah jantung, sawan dan cleft palate.
Sejak 2004, perubahan dalam lima gen berbeza telah dikenal pasti sebagai penyebab CdLS.
Dalam 99 peratus kes, perubahan gen yang menyebabkan CdLS adalah sporadis, tidak diwarisi yang bermaksud perubahan berlaku secara rawak semasa konsepsi.
Rujukan info: www.cdlsusa.org
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Himpunan solidariti buat Zara Qairina, bergema laungan tuntut keadilan. Ribuan orang membanjiri kawasan himpunan di Sandakan pada malam Jumaat bagi menunjukkan solidariti terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Himpunan Solidariti Buat Zara Qairina, Bergema Laungan Tuntut Keadilan
Acara yang dijadualkan bermula sekitar jam 7 malam dan berakhir pada 9 malam itu pada awalnya berlangsung dengan teratur. Namun, suasana menjadi semakin sesak apabila jumlah kehadiran terus meningkat apabila ramai hadir untuk menyatakan sokongan dan solidariti terhadap pelajar Tingkatan Satu berkenaan.
Sepanjang himpunan, peserta dilihat melaungkan slogan menuntut keadilan dan menggesa pihak berkuasa mengambil langkah tegas terhadap individu yang didakwa terlibat dalam insiden buli sehingga meragut nyawa Allahyarham.
Selain di Sandakan, perhimpunan serupa turut diadakan secara serentak di beberapa lokasi lain seperti di Lahad Datu dan Tawau, dengan sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Pihak penganjur menegaskan bahawa himpunan ini diadakan secara aman sambil menyeru masyarakat untuk terus bersatu menyuarakan keadilan buat adik Zara Qairina.
Kalau bagi resepi biskut tart cadbury ni, maknanya mak-mak dah boleh get ready cari bahan untuk dijadikan salah satu hidangan raya nanti. Biasanya kaum mak-mak zaman sekarang lebih suka main-main tunjuk-tunjuk yang dah siap. Senang bila nak makan, terus ngap!
Tetapi kali ini mak-mak boleh cuba resepi yang dikongsikan Puan Wan Nur Mahani Wanumar ini, nampak senang dan rasanya budak-budak pun suka. Jom tengok bahan dulu…
Bahan-bahan Tart Cadbury:
Tepung gandum
Mentega
Cabbury
Cara-cara nak buat:
Ambil setengah kg tepung gandum dan 1 bungkus mntega, gaul sampai jadi doh.
Bakar suhu 150 api atas bawah selama 5-7 mnit
Boleh dapat dalam 80 biji lebih pcs.
Coklat tak cair bila bakar. Belum cuba belum tahu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...