Datuk Red dan Adira pilih jawapan ‘no comment’. Isu membabitkan hubungan bekas pasangan selebriti, penyanyi Adira dan bekas suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red sekali lagi menjadi perhatian apabila timbul dakwaan mereka telah rujuk semula dalam tempoh idah.
Terbaru kecoh di media sosial mengenai dakwaan bahawa Datu Red telah memfailkan pengesahan rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat dua hari lalu, dengan tarikh sebutan kes dikatakan pada 20 Januari 2026.
Bagaimanapun Datuk Red menafikan mengetahui sebarang perkara berkaitan dakwaan tersebut.
Datuk Red & Adira Pilih ‘No Comment’
Datuk Red lebih selesa memilih untuk tidak mengulas lanjut dan menyerahkan segala-galanya kepada proses yang sewajarnya.
Ads
“Wallahualam, saya tidak tahu. Buat masa ini memang tiada komen,” komennya seperti mana dipetik menerusi Kosmo Online.
Malah diaju tentang tarikh sebutan pengesahan rujuk yang didakwa dijadualkan pada 20 Januari tahun hadapan, Datuk Red tetap dengan pendirian untuk mengunci mulut.
Ads
“Kalau jumpa nanti untuk sahkan, barulah betul. Sekarang ini belum ada apa-apa,” sambungnya.
Adira Enggan Berikan Sebarang Kenyataan
Sementara itu, Adira turut memilih pendekatan sama apabila enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung isu tersebut.
Ads
“Mengenai hal ini, saya tiada komen. Saya tidak mahu mengulas apa-apa,” ungkap Adira.
“Berehatlah di syurga. Ketua jururawat Hospital Ampang meninggal bersama anak dalam kandungan. Tidak pernah cepat sesaat atau terlewat seminit. Takdir yang sudah tertulis buat semua.
Kemalangan motosikal yang berlaku di Ampang semalam meragut nyawa Ketua Jururawat Hospital Ampang, Rabiatul Adawiyah binti Che Hamid pada jam 2 petang semalam membawa kesedihan mendalam kepada warga kesihatan. Arwah yang sedang hamil disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian bersama anak dalam kandungannya menjadikan tragedi ini kehilangan dua nyawa serentak.
Lebih memilukan, seorang lagi anak arwah yang turut bersama ketika kejadian dilaporkan cedera parah dan kini dirawat secara kritikal di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang. Keadaan itu menambah pilu buat rakan-rakan setugas yang masih sukar menerima hakikat bahawa insan penyayang itu pergi dalam sekelip mata.
Disifatkan rakan sekerja sebagai insan yang baik hati, pemergiannya amat ditangisi rakan yang mengenali arwah.
“Takputus-putus sahabat datang menziarahi kau, Adda. Dari hujan lebat yang mencurah tanpa henti, sampai ke tanah perkuburan. Ramai yang menghantar kau pulang. Ramai yang menjadi saksi perjalanan duniamu.
Kau memang orang yang baik, Adda. Allah permudahkan setiap urusan akhir hidupmu. Semua orang mendoakanmu, semua bercerita tentang kebaikanmuyang tak pernah putus disebut. Allahuakbar… berat rasa hati melihat kasih yang mengiringi pemergianmu,”tulis rakan sekerja arwah.
Dalam satu kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut hadir merakam ucapan takziah buat keluarga yang bersedih dengan ujian ini.
“Dengan hati yang amat sedih dan hiba, saya bagi mewakili keluarga besar KKM menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Rabiatul Adawiyah binti Che Hamid, Ketua Jururawat Hospital Ampang, yang telah dijemput kembali ke Rahmatullah pada hari ini jam 2.00ptg, akibat kemalangan jalan raya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, memuat naik sebuah hantaran penuh rasa sebak di Instagram bagi menggambarkan keperibadian murni suaminya yang jarang diketahui umum. Perkongsian itu bukan sekadar luahan hati, tetapi juga gambaran kasih sayang tulus seorang isteri terhadap lelaki yang menjadi pelindung dan pembimbing keluarganya selama ini.
Dalam perkongsian tersebut, pelakon berusia 47 tahun itu berkongsi sisi peribadi Allahyarham yang amat dihargainya sepanjang 16 tahun mereka hidup bersama. Bagi Zizie Izette, keperibadian suaminya jauh lebih besar daripada segala gelaran dan kedudukan, dan memori itu kini menjadi sumber kekuatan selepas kehilangan tokoh bernama Bung Moktar.
“Mereka mungkin tidak tahu hatinya, tetapi saya tahu. Selama 16 tahun saya menyaksikan kebaikannya, kemurahan hatinya, dan kasih sayangnya terhadap orang ramai.
“Tolong doakan dia,” tulis Zizie Izette dalam hantaran yang menjadi kiriman terakhir sebelum Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu. Kata-kata tersebut kini menjadi lebih bermakna apabila ia berbunyi seperti pesanan terakhir seorang isteri yang mendalam rindu dan kasihnya terhadap Allahyarham.
Video memaparkan momen Allahyarham Bung Moktar bersama anak-anak turut disertakan, menggambarkan detik manis keluarga yang kini hanya tinggal sebagai kenangan. Setiap babak menunjukkan sisi lembut dan penyayang beliau, jauh daripada imej tegas yang sering dilihat di arena politik. Bagi keluarga kecil ini, kehilangan tersebut meninggalkan kekosongan besar yang sukar diungkapkan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan beberapa cahaya mata. Sepanjang tempoh itu, Zizie Izette sering berkongsi detik keluarga mereka di media sosial, menonjolkan kehidupan sederhana yang mereka jalani walaupun suaminya memegang tanggungjawab besar dalam dunia politik. Hubungan mereka sering menjadi inspirasi kepada ramai kerana kesetiaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, meninggal dunia pada 5 Disember 2025 pada jam 1.46 pagi ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Beliau sebelum itu mengalami kegagalan fungsi buah pinggang serta jangkitan serius pada paru-paru. Khabar duka ini mengejutkan dunia politik tanah air kerana Allahyarham dikenali sebagai seorang yang lantang, tegas, namun sangat komited dalam memperjuangkan suara rakyat Sabah.
Berita pemergian tokoh berusia 66 tahun itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan Moktar, menerusi hantaran di Facebook. Pengumuman itu segera mendapat perhatian ribuan pengguna media sosial yang mengucapkan takziah, doa dan penghormatan terakhir. Ramai mengimbas kembali jasa Allahyarham dalam kepimpinan setempat, termasuk usahanya membangunkan kawasan Kinabatangan serta kerja-kerja kebajikan yang jarang didedahkan kepada umum.
Bagi masyarakat Sabah, kehilangan Bung Moktar bukan sahaja merujuk kepada seorang pemimpin politik, tetapi juga seorang figura yang dekat dengan rakyat. Ramai penduduk setempat berkongsi pengalaman peribadi tentang bagaimana Allahyarham membantu mereka dalam pelbagai urusan walaupun tanpa liputan media. Sifat kepimpinan beliau dilihat sebagai kombinasi ketegasan dan hati yang penyayang, sama seperti yang digambarkan oleh isterinya dalam hantaran terakhir tersebut.
Bagi Zizie Izette dan keluarga pula, perjalanan selepas kehilangan insan tersayang pasti bukan mudah. Namun memori bersama Allahyarham, terutamanya detik mesra bersama anak-anak, menjadi penguat semangat untuk meneruskan hidup. Kehidupan keluarga ini sering menjadi perhatian, tetapi kini perhatian itu berubah kepada doa dan sokongan moral buat mereka yang sedang melalui fasa duka.
Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar bukan sekadar menutup satu bab dalam dunia politik, tetapi juga meninggalkan cerita tentang kasih sayang, dedikasi dan pengorbanan seorang pemimpin dalam kehidupan peribadinya. Hantaran Zizie Izette membuka mata ramai bahawa di sebalik figura yang dikenali masyarakat, wujud hati yang penuh kasih terhadap keluarga dan mereka yang berada di sekelilingnya.
Pasangan selebriti dan usahawan terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, menerusi syarikat mereka Wawa Global Sdn Bhd terus menjadi contoh teladan apabila secara konsisten menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta selama tiga tahun berturut-turut, demi membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.
Perkara itu dikongsikan pada Majlis Iktiraf Muzakki Dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS), hari ini.
Ia sekali gus mencerminkan komitmen tinggi pasangan berkenaan terhadap tanggungjawab sosial dan kewajipan agama, selari dengan kejayaan perniagaan yang diusahakan.
Sumbangan zakat perniagaan itu disalurkan melalui LZS bagi memastikan agihan dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kepada golongan sasaran, termasuk fakir miskin, anak yatim serta individu yang memerlukan sokongan ekonomi berterusan.
Menurut Wawa Zainal, kejayaan dalam perniagaan bukan sekadar diukur melalui keuntungan semata-mata, sebaliknya perlu disertai dengan rasa syukur dan tanggungjawab untuk berkongsi rezeki.
“Kami percaya setiap rezeki yang Allah kurniakan ada hak orang lain di dalamnya. Zakat bukan hanya satu kewajipan, tetapi juga cara untuk membersihkan harta dan menenangkan hati.
“Jika perniagaan kami berkembang, maka lebih besar tanggungjawab kami untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Tambah Wawa, konsistensi menunaikan zakat perniagaan adalah prinsip yang sentiasa dipegang sejak awal pembabitan mereka dalam dunia perniagaan.
“Kami bermula dari bawah, jadi kami sangat memahami erti kesusahan. Harapan kami, sumbangan ini dapat memberi manfaat sebenar kepada asnaf dan menjadi asbab keberkatan serta kelangsungan perniagaan kami,” katanya.
Sementara itu, pihak LZS turut merakamkan penghargaan atas komitmen berterusan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, sambil menyifatkan usaha tersebut sebagai contoh terbaik kepada usahawan Muslim untuk menunaikan zakat secara konsisten dan beramanah.
Inisiatif pasangan ini bukan sahaja memberi impak besar kepada golongan memerlukan, malah membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia hiburan dan perniagaan mampu berjalan seiring dengan nilai kemanusiaan dan keprihatinan sosial.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.