Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang  konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular sebuah video yang mendakwa Aaron berkongsi pendapat berkaitan isu Gaza, Palestin dalam kalangan selebriti.

Kemudian, Sharina mengecam tindakan Aaron berkaitan isu Palestin tanpa mengetahui video tersebut hanyalah potongan daripada video lain sekali gus mencetuskan salah faham dalam kalangan netizen. Namun Sharina telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Aaron dan mendakwa dirinya terus menjadi mangsa kecaman meski sudah memadam video tersebut.

Pada masa yang sama Sharina juga turut membuat laporan polis selepas mendakwa menerima pelbagai bentuk ancaman terhadap dirinya akan mengambil tindakan undang-undang berhubung situasi tersebut.

Datuk Aaron Aziz Terkejut & Kecewa

Terbaru pelakon itu terkejut apabila menerima surat tuntutan (LOD) daripada Sharina Richie yang didakwa bakal memfailkan saman berjumlah RM2 juta terhadap anak perempuannya, Dwi Ariana.

Seperti mana dilaporkan media Aaron berasa sangat kecewa dengan dengan tindakan tersebut kerana menegaskan Dwi Ariana tidak sepatutnya terlibat dalam antaranya dengan Sharina sehingga perlu disaman.

“Semalam saya terima satu LOD yang mengejutkan iaitu pihak Sharina mahu menyaman anak saya sebanyak RM2 juta.

“Apa salah anak saya, sebelum ini dia hanya minta penjelasan mengapa video dimuatnaik pihak sana tentang saya masih belum dipadam.

Ads

“Itu sahaja dan bukan satu jenayah, bahkan anak saya tidak maki atau kutuk. Semua kenyataan dia ada dalam LOD ini.

“Sebenarnya saya dan isteri (Datin Diyana Halik) tak mahu maklumkan kepada Dwi Ariana sebab bimbang akan ganggu emosinya terutama sekarang sedang menempuh musim peperiksaan.

“Namun, apabila pihak sana muat naik video dan sebut nama anak saya, memang tiada pilihan. Saya perlu tampil dan pertahankan dia.

Ruang Berbaik Sudah Tiada

“Kalau Sharina tak failkan saman pada anak saya, mungkin boleh maafkan tetapi sekarang dia pilih jalan ini dan ruang untuk berbaik itu sudah tiada.

Ads

“Kerjaya saya terjejas disebabkan isu ini. Dua orang anak saya yang kini melanjutkan pelajaran di luar negara turut hadapi tekanan. Jika berlaku sesuatu pada mereka, siapa yang nak bertanggungjawab?” luahnya.

Datuk Aaron Aziz Terkejut & Kecewa! Anak Perempuannya Dwi Ariana Tidak Sepatutnya Terlibat Sehingga Perlu Disaman

 

View this post on Instagram

 

A post shared by dwi ariana (@dwiarianaaaron)

Baca Di Sini : “Jika Ada Masalah, Tenangkan Diri. Jangan Amal Keluar Rumah Takut Nanti Tak Kembali” Aaron Aziz Kongsi Tip Kebahagiaan Rumah Tangga

Ads

Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI