“Semoga Indonesia Cepat Sembuh” itulah antara doa yang dititipkan oleh pelakon cantik Anna Jobling. Hal tersebut dek kerana situasi tegang yang melanda Indonesia.
Anna yang kini melebarkan sayap di Indonesia juga terpaksa membatalkan penerbangannya ke sana untuk menghadiri majlis tayangan perdana filem Sukma melibatkan dirinya.
“Semoga Indonesia Cepat Sembuh”
“Sebenarnya esok (hari ini) saya sepatutnya terbang ke Indonesia untuk majlis tayangan perdana filem Sukma tapi ditunda sebab kita tengok laporan berita sekarang ini kurang selamat untuk ke sana.
“Malah untuk kita buat majlis tayangan di sana dalam keadaan sebegitu, saya rasa sangat tak sesuai.
“Jadi kami putuskan untuk tunda,” luah Anna seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online.
Ads
Sedih Dengan Situasi Yang Berlaku
Pada masa sama, Anna juga berharap negara jiran kita dalam keadaan baik.
“Semoga Indonesia cepat sembuh. Doa saya sentiasa bersama rakyat Indonesia.
“Jakarta adalah rumah kedua saya, jadi bila saya tengok keadaan sebegitu, saya sangat sedih.
“Saya ke sana hampir setiap bulan. Kali terakhir saya ke sana (baru-baru ini), sebelum situasi ini semua berlaku,” ujarnya lagi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Ads
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jenazah dua beradik lemas Sungai Linggi selamat dikebumikan, bapa lihat dari dalam kereta, tiada waris datang. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan ketika jenazah dua beradik yang maut selepas kereta dinaiki mereka terhumban ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, minggu lalu disemadikan.
Kedua-dua mangsa, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan kakaknya berusia lapan tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana kira-kira jam 5.30 petang.
Bapa kepada kanak-kanak itu yang kini dalam tahanan reman turut dibawa ke lokasi pengebumian oleh pihak polis. Bagaimanapun, dia hanya berada di dalam kereta dan kemudian dibawa pergi sejurus selesai upacara pengebumian. Difahamkan, sebelum itu lelaki berusia 46 tahun berkenaan sempat dibawa ke hospital untuk menatap wajah anak-anaknya buat kali terakhir.
Tiada ahli keluarga lain dilihat hadir ketika pengkebumian berlangsung. Sebaliknya, urusan dijalankan dengan kehadiran penduduk setempat, pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) serta pihak polis. Antara yang turut berada di lokasi ialah Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin, dan timbalannya, Deputi Superintenden Mohd Ruslan Mat Kib.
Tragedi yang berlaku pada 4 September itu menyayat hati apabila kereta yang dinaiki mangsa bersama seorang wanita terjatuh ke dalam sungai. Ketika kejadian, kenderaan terbabit diparkir di tebing sungai dengan enjin dimatikan, sementara bapa mereka keluar sebentar untuk merokok.
Wanita berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan, namun kedua-dua beradik tersebut gagal dikeluarkan dalam keadaan hidup. Susulan insiden itu, bapa mangsa bersama teman wanitanya kini ditahan reman sehingga Khamis bagi membantu siasatan.
“Pernah Kata Nak Meninggal Masa Kecil Supaya Masuk Syurga” – Luahan Bapa Kanak-Kanak Lemas Dalam Lubang Kumbahan. Bapa kepada murid tahun tiga yang ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng berkongsi bahawa anaknya pernah meluahkan hasrat untuk meninggal dunia ketika masih kecil agar dapat masuk syurga.
Khairol Rizal Mustafar, 42, berkata anaknya, Allahyarham Abdul Fattah, 9, pernah bertanyakan soalan mengenai perkara itu sebelum ini.
“Sebelum ini Allahyarham Abdul Fattah, 9, pernah bertanya kepadanya sekiranya kanak-kanak boleh terus ke syurga apabila meninggal dunia.
“Saya jawab soalan dia, sebelum dia beritahu nak meninggal masa kecil, boleh terus ke syurga.
“Dah lama juga dia tanya soalan ini, tetapi rasanya dalam tahun ini juga. Itulah antara momen yang saya ingat mengenai arwah,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan mangsa maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di kawasan sekolah sekitar jam 10 pagi.
Menurut Khairol Rizal yang juga seorang guru Kafa, beliau berada di sekolah berkenaan ketika kejadian kerana memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
“Hari ini ada hari sukan, masa di pentas ada dengar kecoh mengatakan seorang murid terjatuh ke dalam lubang tetapi belum pasti betul atau siapa yang terjatuh. Saya kemudiannya mencari arwah dan adiknya.
“Dalam masa sama sekolah juga memeriksa kehadiran murid. Saya jumpa anak ketiga, namun tidak menemui arwah, dan selepas itu seorang rakan arwah beritahu Abdul Fattah terjatuh, sebelum seorang guru turut maklumkan perkara sama.
“Saya bergegas ke lokasi dan dapati dia sudah dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan,” jelasnya.
Ditanya lanjut, Imam 2 Masjid Kariah Lenggeng itu berkata, beliau tidak mengetahui secara tepat bagaimana anaknya boleh terjatuh ke dalam lubang tersebut dan menyerahkan siasatan penuh kepada pihak polis.
Tambahnya lagi, beliau belum memutuskan sebarang tindakan terhadap pihak berwajib kerana masih dalam keadaan terlalu sedih dan memerlukan masa untuk bertenang terlebih dahulu.
Dalam sebuah rumah tangga, kehadiran cahaya mata sering dianggap pelengkap kasih sayang. Namun, tidak semua pasangan dikurniakan rezeki itu dengan mudah. Ada yang terpaksa melalui perjalanan panjang dan berliku.
Berjumpa doktor, menjalani rawatan kesuburan, mencuba pelbagai kaedah termasuk inseminasi buatan hingga bayi tabung (IVF). Di sebalik senyuman dan doa yang tak putus-putus, tersimpan air mata, kegagalan berulang, bahkan rasa kehilangan yang menikam jiwa. Namun demi sebuah harapan bergelar ibu dan ayah, mereka terus melangkah, berjuang tanpa mengenal erti putus asa.
Produksi Paragon Pictures tampil dengan sebuah naskhah sarat emosi berjudul Lyora: Penantian Buah Hati yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 September ini.
Filem bertema kekeluargaan ini diangkat daripada novel Lyora: Keajaiban Yang Dinanti karya Fenty Effendy, yang diinspirasikan daripada kisah benar. Ia mengisahkan pasangan suami isteri, Meutya (Marsha Timothy) dan Fajri (Darius Sinathrya), dalam perjuangan penuh air mata untuk mendapatkan zuriat.
Meutya, seorang wanita bekerjaya yang kian menginjak usia, melalui pelbagai rawatan kesuburan termasuk kaedah bayi tabung (IVF). Namun perjalanan itu bukanlah mudah. Kegagalan, keguguran berulang dan rasa kehilangan mendalam menjadi teman perjalanan mereka.
Meski begitu, semangat pasangan ini tidak pernah padam, kerana bagi mereka setiap cubaan adalah langkah mendekatkan diri pada keajaiban yang dinanti.
Menurut data WHO, 1 daripada 6 pasangan di dunia berdepan masalah kesuburan. Justeru, Lyora hadir sebagai filem keluarga pertama di Indonesia yang berani mengangkat perspektif wanita dan pasangan dalam perjuangan memiliki anak.
Sutradara Pritagita Arianegara menyifatkan karya ini sangat personal. “Saya tahu rasanya menunggu, mencuba dan gagal. Menerusi Lyora, saya ingin memeluk mereka yang masih berjuang dan mengingatkan bahawa ini bukan perjuangan satu orang saja. Filem ini adalah penghormatan buat mereka yang bertarung dalam diam.”
Bagi Marsha Timothy, menghidupkan watak Meutya bukan sekadar lakonan, tetapi satu perjalanan emosional yang mendalam. Dia harus menyelami perasaan seorang wanita yang terpaksa berdepan keguguran berkali-kali, namun tetap teguh berdiri dengan harapan.
“Watak Meutya ini mewakili suara para isteri yang sedang menanti buah hati. Ia seperti surat cinta dan pembakar semangat buat pejuang garis dua. Ia juga mengingatkan bahawa sehebat mana pun seorang wanita, mereka tetap manusia biasa yang ada kalanya lelah, menangis dan memerlukan sokongan,” jelas Marsha penuh emosi.
Darius Sinathrya yang melakonkan watak Fajri pula berharap filem ini membuka mata masyarakat bahawa perjuangan memiliki anak bukan hanya di bahu isteri semata-mata.
“Perjuangan menantikan buah hati bukan beban satu orang. Filem ini membuka ruang diskusi tentang pentingnya peranan suami untuk sama-sama berjuang.”
Selain Marsha dan Darius, Lyora: Penantian Buah Hati turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Widyawati, Aimee Saras, Olga Lydia, Hannah Al Rashid, Ariyo Wahab dan Ivanka Suwandi.
Lyora bukan sekadar sebuah filem, tetapi sebuah refleksi tentang keberanian, pengorbanan dan cinta. Ia menyentuh isu yang jarang dibicarakan perjuangan pasangan yang menanti zuriat. Bagi mereka yang pernah atau sedang melalui perjalanan ini, filem ini hadir sebagai pelukan hangat, tanda bahawa mereka tidak berjuang sendirian.
Kejayaan seorang tukang sapu, kelima-lima anak perempuan berjaya dalam bidang masing-masing. Muncul perasaan yang bercampur-baur, tiba-tiba air mata mengalir tanpa disangka-sangka kerana terharu.