Selepas empat dekad menerajui syarikat, pengasas Kumpulan Karangkraf (Karangkraf), Dato’ Hussamuddin Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November ini.
Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Susulan daripada peletakan jawatan tersebut, Hussamuddin dan Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.
Pengasas Karangkraf Umum Persaraan
Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu iaitu Firdaus Hussamuddin, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, Farah Hussamuddin, Azizi Fikry dan Izzat Izhar Muhammad Nasir.
Kekosongan yang ditinggalkan Hussamuddin akan diisi oleh Firdaus yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu. Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
Hussamuddin berkata, sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh.
“Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak.
“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya
Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Karangkraf mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.
Ads
Di peringkat kumpulan, Akmal Eirfan yang sebelum ini menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko).
Bagi tiga bahagian perniagaan utama kumpulan, Farah akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf.
Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Azizi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd pula akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd.
Sementara itu, Firdaus juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran yang membabitkan Karya Bestari, Grup
Ads
Buku Karangkraf dan anak syarikatnya.
Beliau akan dibantu oleh Izzat Izhar yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi (COO) bahagian.
Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.
Ibu Zara Qairina akui panik -“Jika tahu penting, kami tak akan tolak bedah siasat.” Noraidah Lamat, 45, ibu kepada arwah Zara Qairina Mahathir, mengakui dirinya berada dalam keadaan terkejut dan panik ketika diminta membuat keputusan berhubung bedah siasat anaknya yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
Ibu Zara Qairina Akui Panik -“Jika Tahu Penting, Kami Tak Akan Tolak Bedah Siasat”
“Saya terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika kejadian. Tiada nasihat diberikan dan jika kami tahu, kami tidak akan tandatangan dokumen menolak bedah siasat itu,” katanya.
Menurut Noraidah, beliau tidak dapat berfikir dengan tenang sewaktu pihak hospital meminta kebenaran menjalankan bedah siasat terhadap anaknya yang berusia 13 tahun itu.
“Tiada penjelasan yang jelas dan kami memang tidak biasa dengan kes seperti ini. Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat.
“Jika kami tahu (kepentingan membuat bedah siasat), kami tidak akan tandatangan dokumen bagi menolak bedah siasat itu,” katanya lagi menerusi komen di Facebook.
Peguamnya, Hamid Ismail, turut mengesahkan bahawa akaun Facebook dengan nama pengguna ‘Noie AiDa’ adalah milik Noraidah.
Semalam, pihak Bukit Aman memaklumkan berlaku ketidakpatuhan prosedur oleh polis kerana bedah siasat tidak dilakukan seperti sepatutnya. Namun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar, menjelaskan bahawa Noraidah telah menandatangani dokumen hospital bagi menolak prosedur tersebut.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya di Papar.
Susulan itu, Jabatan Peguam Negara mengarahkan mayat pelajar berkenaan digali semula untuk bedah siasat, yang dilakukan pada Ahad lalu. Jenazahnya kemudian dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang, pada Isnin.
Puteri Aishah Umum Kini Sedang Hamil! Seorang lagi selebriti tempatan umum sedang hamil! Tahniah buat pelakon Puteri Aishah yang berkongsi khabar gembira bahawa dia kini sedang berbadan dua.
Aishah atau Puteri Aishah Sulaiman, 30 mengumumkan khabar gembira tersebut ketika sedang bercuti ke Seoul, Korea Selatan dan berkongsi pengumuman tersebut melalui video pendek di laman Instagram miliknya.
“Rama-rama yang dia beri pada saya bertukar menjadi kaki kecil,” ujarnya.
Video tersebut dimuat naik oleh Puteri Aishah yang memeluk suaminya, Muhamamd Firdaus sebelum memperlihatkan perutnya sudah membesar. Wajah penuh gembira dan kesyukuran jelas terpancar di wajah pasangan suami isteri ini yang mendirikan rumahtangga pada November 2021.
Sebaik sahaja video tersebut dimuat naik di laman Instagram miliknya, selebirit ini dihujani ucapan tahniah dari rakan selebriti dan para peminat yang menzahirkan rasa gembira di atas perkongsian tersebut. Malah ramai di kalangan peminat mendoakan semoga proses kehamilan Puteri Aishah berjalan lancar.
Sebagai seorang selebriti terkenal, perlu faham bahawa setiap perkara yang dikongsikan akan menjadi ikutan ramai. Kena mempertimbangkan sama ada perkara yang dikongsikan itu bermanfaat ataupun melibatan keselamatan yang boleh mengancam nyawa.
Ms Yeah merupakan bintang youtubers terkenal dari China dengan jumlah 7.49 juta Sunscribers. Selebriti ini gemar menghasilkan video, berkongsi cara memasak dan pelbagai jenis masakan dengan menggunakan perkakasan yang ada di pejabat. Cara yang agak kadang kala tak masuk akal.
Tiru Cara Masakan
Namun baru-baru ini, salah satu perkongsian video masakannya ‘ditiru’ oleh remaja perempuan sehingga menyebabkan kematian.Perkara tersebut, mengakibatkan selebriti tersebut terpaksa membayar sejumlah pampasan kepada keluarga remaja perempuan yang maut dalam letupan ketika cuba meniru masakannya yang dimuat naik di YouTube.
Kejadian berlaku pada 22 Ogos lalu ketika mangsa Zhezhe, 14, dan rakannya Xiaoyu, 12, membuat bertih jagung dalam tin minuman seperti dilakukan selebriti Ms Yeah dalam video yang tular di media sosial.
Yangtze Evening News melaporkan, letupan berlaku apabila mereka menuang alkohol industri pekat ke dalam dua tin yang dinyalakan api.Percikan api menyebabkan baldi berisi bahan mudah terbakar seberat satu kilogram itu yang terletak di sebelah mereka meletup.
Dua gadis terbabit dilaporkan melecur teruk dan Zhezhe meninggal dunia pada 5 September lalu.
Ms Yeah dalam kenyataannya di media sosial mempertahankan diri dengan menjelaskan dia menggunakan kaedah berbeza, menggunakan satu tin dan pelita alkohol yang dikatakan lebih selamat untuk membuat bertih jagung.
Selebriti berusia 25 tahun itu berkata akan menyemak semula semua videonya dan akan memadamkan video yang boleh mendatangkan bahaya.
Setuju Bayar Pampasan
Pada Isnin lalu, wakil Ms Yeah bertemu dengan keluarga Zhezhe dan bersetuju untuk membayar sejumlah pampasan, tanpa mendedahkan jumlahnya, lapor The Beijing News. Malah wakilnya dilaporkan turut berbincang dengan keluarga Xiaoyu bagi menanggung bil perubatan mencecah 20,000 yuan (RM11,775).
Saudara Xiaoyu berkata budak itu perlu melakukan pembedahan kosmetik, namun keluarganya tidak mempunyai wang mencukupi.
MW: Semoga menjadi pengajaran juga kita. Tak kiralah apa juga perkara, setiap apa yang dikongsi pastikan benar-benar selamat dan bermanfaat. Risikonya mungkin pada anak-anak kita yang gemar melihat dan meniru sesuatu tanpa berfikir panjang.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.