jaga rambut

Bagusnya dia jaga rambut, wanita yang sudah bergelar isteri dan mempunyai tiga orang anak ini tak pernah menggunakan sikat rambut. Ceritanya dia lebih suka menggunakan petua alami yang mana hasilnya rambut sangat lembut dan tidak berminyak yang sekali gus menghapuskan masalah rambut gugur.

Haaa… kalau ada mak-mak nak mencuba, jemput godek apa rahsia wanita yang lebih suka bahasakan dirinya dengan nama Cik Oya ini.

Tip Jaga Rambut

Ini cara ringkas untuk masalah rambut kering dan bercabang. Lembut, senang di urus dan suami suka.

Pertama

Kau orang cuci rambut dahulu bersama lemon sebiji. Ini untuk membuang minyak serta kotoran di kulit kepala.

Kedua

Tonyoh kulit kepada menggunakan halia kisar. Ini untuk rambut gugur atau hendak melebatkan. Kulit kepala juga akan sihat dan segar.

Ketiga

Lakukan rawatan mask rambut ini untuk lembutkan rambut dan senang di urus.

Langkah kedua dan ketiga selangkan sehari. Kau orang boleh lakukan sebulan 2 kali. Hendak cantik perlu rajin serajin rajinnya.

IKLAN

Mesti cantik, mesti rajin.

Petua Nak Jaga Rambut

Cik oya dari muda memang suka jaga rambut. Belum pernah lagi rambut bercabang.

Dan seumur hidup tidak pernah guna sikat rambut, memang guna jari je nak sikat rambut. Biasa lepas shampoo tu tak ada kusut pun.

Rambut cik oya memang panjang. Masalahnya rambut tak kusut. Biasa otak ni yang kusut.

IKLAN

Cik oya guna kacang soya dalam segenggam dan rendam.

Kemudian blander kering sehingga halus.

Halus begini.

½ sudu olive oil.

IKLAN

4 sudu yogurt Asli untuk rambut cik oya. Kalau rambut kau orang Pendek. Just pakai 2 sudu.

Castor oil. 2 sudu Besar Castor oil.

Sudah siap untuk di gunakan selepas kau orang membilas rambut dengan lemon.

Diamkan dalam 15 Minit. Sambil tu basuh la bilik air biar berkilat.

Ini tambahan penjagaan rambut cik oya.

Lepas ini mak-mak yang risau sangat pasal rambut boleh sediakan bahan-bahan dan cuba petua yang dikongsikan wanita ini. Semoga ada hasilnya!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI