rahsia diet

Sedih betul bila orang ejek badan kita gemuk. Tambah pula kalau belum kahwin, badan nampak macam ‘Mak Budak’. Alahaaiii…. stres! Tetapi kebanyakan wanita bukan tak nak kurus tapi jenuh diet namun badan tetap dengan berat yang sama. Pendek kata tak jumpa rahsia diet yang tepat.

Jadi macam mana nak diet dengan cara yang berkesan? Apa kata kalau anda cuba amalkan perkongsian Tiara Atasya ini…

Hey Guys harini i nak share tips i hilangkan berat badan dari 65kg to 39kg, pinggang seluar dari 30 inci kepada 23 inci. Disebabkan ramai yang nampak perubahan i and tanya macam mana cara i hilangkan berat badan in just few months so kat sini i nak share tips dan cara i amalkan.

So disebabkab i dari genetic yang berangka besar so memang susah nak turunkan berat badan especially part PIPI, LENGAN, PEHA dannnnn paling annoying DOUBLE CHIN. Sejak zaman sekolah memang tak lari dari pipi tembam. orang mengata pipi kau tembam tapi sebab kau rasa kau kurus so kau buat tak tahu je.

Pernah kena reject sebab gemuk and tak confident bila nak keluar. mak suruh exercise tapi kau pergi dapur cedok nasi makan depan tv. Helookkkk sangat! okay dah banyak membebel so here’s the tips:-

IKLAN

Rahsia Diet

1) Tahan nafsu makan. Tak kisah la masa tu kau kebulur macam mana pun kena tahan jugak.

2) Gantikan nasi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Okay part ni mmg buat i kurus. buah yang i amalkan ialah apple hijau je.

3) Exercise sejam sehari tapi disebabkan you dah cut nasi so mmg you akan rasa penat and tak larat. In this case you buat 30 minit cardio pun dah okay asalkan badan tu keluar peluh.

IKLAN

4) Jangan stress. bila stress mulalah lapar pastu nak makan. eeee geram

5) Last part tanam dalam diri yang AKU NAK KURUS! START YOUR DIET TODAY NOT TOMORROW.

Sesetengah orang boleh diet makan nasi tapi dengan portion sikit tapi sebenarnya ada jugak sesetengah badan yang lansung tak boleh terima karbo macam i. so for those yang ada masalah macam i dulu, stop untuk beberapa bulan dari makan nasi. lepas dah nampak hasil makan la sikit tapi jangan la sampai tak terkawal silap2 haribulan gemuk balik.

IKLAN

Ini Sarapan

Ini pula makan malam…

Sampai sekarang i still amalkan diet and exercise untuk maintain body dan untuk sihatkan badan and sampai sekarang i still tak makan nasi,almost 9 bulan tanpa nasi dan makanan yang banyak calori. Hopefully you guys yang mana tak confident dengan berat badan boleh start amalkan cara-cara ni dengan harapan AKU NAK KURUSSSS.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI