Dapat SPM 8A tapi tak dapat tawaran masuk u, cikgu kongsi kesilapan pelajar drop subjek pakej.
Belajar bertahun-tahun untuk dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Tapi malang bila keputusan  UPU keluar 16 Jun lalu, dari pilihan pertama hingga ke pilihan 10 tiada satu pun sangkut.

Dapat SPM 8A Tapi Tak Dapat Tawaran Masuk U

Situasi ini bukan  kes terpencil. Semakin ramai pelajar cemerlang gagal mendapat tempat di IPTA, walaupun keputusan mereka kelihatan “cukup syarat”. Ada yang mengeluh merasakan sia-sia belajar dapatkan 8 A tapi tiada tawaran kos yang mereka minati.

Di sebalik isu ini, ada pelajar melakukan “kesilapan” tanpa mereka menyedari, subjek yang pilihan yang digugurkan ketika pemilihan tingkatan 4 adalah subjek  pakej yang penting untuk kiraan merit.

Seorang guru, Abdul Muiez Mohammad Ruslee   tampil berkongsi realiti ini, mendedahkan bagaimana pelajar yang terlalu fokus mahu skor A sanggup menggugurkan subjek tertentu, tanpa menyedari bahawa subjek itu menjadi penentu kelayakan kursus di peringkat universiti.

Baca perkongsiannya di mana ia baik untuk pelajar dan ibu bapa juga.

Cikgu Kongsi Kesilapan Pelajar “Drop” Subjek Pakej

Saya ada terbaca di Threads. Murid ni kata dia dapat keputusan bagus, merit pun bagus. Tapi tak dapat apa-apa tawaran UPU. Saya cuba baca Threads nya. Barulah tahu, dia drop Biologi.

Ads

Ibu, ayah, cikgu-cikgu dan murid-murid. Dengar sini.

Sebaik sahaja kalian drop subjek pakej, ada kemungkinan kalian bukan lagi tergolong dalam kelompok pakej tersebut.

Sebagai contoh. Murid (gambar 1) Dia ambil STEM A. Pakej STEM A ialah Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan. Tapi murid ni drop Biologi. Bila dia drop biologi, automatik dia bukan lagi dalam pakej STEM A.

Dapat SPM 8A Tapi Tak Dapat Tawaran Masuk U, Cikgu Kongsi Kesilapan Pelajar “Drop” Subjek Pakej
Antara kesilapan yang dia buat ialah (gambar 1) Dia kira merit menggunakan pakej STEM A. Sedangkan dia bukan pakej STEM A dah. Dia patut pilih Sastera Ikhtisas.

Bila dia kira merit guna STEM A, dia dapat 86.41% sedangkan merit sebenar dia ialah 60.15% (guna Sastera Ikhtisas) Bila dia pilih kursus yang purata merit 80% ke atas, sah-sah dia tak dapat sebab merit dia hanyalah 60.15%.

Ads
Sama juga dengan murid (gambar 2). Dia dapat 7A+ dan 1A. Dia ambil subjek STEM A, tapi dia drop Matematik Tambahan. Automatik dia bukan lagi dalam pakej STEM A.
Bila kira merit guna STEM A, 97.88%.
Dapat SPM 8A Tapi Tak Dapat Tawaran Masuk U, Cikgu Kongsi Kesilapan Pelajar “Drop” Subjek Pakej
Tapi dia tak boleh guna STEM A sebab tak cukup syarat pakej. Dia kena guna Sastera Ikhtisas. Jadi, merit sebenar dia ialah 64.75% walaupun dia dapat 7A+.
Bila mohon kursus yang purata merit 90% ke atas, sah sah dia tak dapat. Sebab merit dia hanyalah 64.75%.
Tengok pula gambar 3.
Dapat SPM 8A Tapi Tak Dapat Tawaran Masuk U, Cikgu Kongsi Kesilapan Pelajar “Drop” Subjek Pakej
Kedua-dua murid mendapat 6A dan 2C. Tetapi kenapa seorang dapat 69.25% manakala seorang lagi dapat 81.75%? Jauh betul bezanya.
Dekat mana bezanya?
Bezanya pada bahagian mata pelajaran pakej terbaik. Seorang dapat 2C dan seorang lagi dapat 2A.
Sebab itu, seorang dapat 69.25% dan seorang lagi dapat 81.75%. Iniah yang menjadi penyebab bila dua-dua murid tu mohon kursus yang sama di universiti yang sama, seorang dapat, seorang tak dapat. Lepas tu bising.
“Saya dapat 6A sama macam dia. Tapi kenapa dia dapat saya tak dapat?”
Kalau tanya saya, patut tak drop subjek pakej ni?
Bagi saya, lebih baik TH daripada drop. Kalau TH, kita boleh kecualikan subjek itu dalam pengiraan merit.

Contoh STEM A:-  BM, BI, Sejarah, Matematik, Fizik, Biologi, Kimia, Matematik Tambahan dan Pendidikan Agama Islam. 9 subjek.

Untuk kiraan merit, dia perlukan 8 subjek saja. Maksudnya dia ada reserve 1 subjek.

Katakan dia TH subjek Matematik Tambahan. Murid ini masih dalam kategori STEM A. Jadi, subjek Matematik Tambahan tu boleh dikecualikan dalam kiraan merit dan 8 subjek lagi akan masuk dalam pengiraan.

Tapi kalau dia dah drop Matematik Tambahan, dia tak boleh dah kira guna pakej STEM A. Kena guna Sastera Ikhtisas.

Ads

Ruginya dekat mana?

Subjek pakej. Sebab Fizik, Kimia, Biologi tu bukan subjek sastera. Jadi, ruang pakej subjek pakej tu akan jadi kosong. Dah rugi 30% dekat situ (rujuk gambar 1 dan 2)

Panjang dah saya tulis ni. Saya tak tahu macam mana nak ringkaskan lagi. Harapnya kalian faham lah.Begitulah. Kredit :- FB@ Abdul Muiez.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI