Buat pertama kalinya, Yayasan Nurjiwa memperkenalkan insentif RM500 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh semua A sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan akademik.
Dengan kerjasama pusat tuisyen terkemuka PTTI, seramai 401 pelajar menerima insentif ini, dengan jumlah keseluruhan RM200,500.
Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, inisiatif ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan akademik.
Ads
Siti berharap usaha ini dapat memberi dorongan kepada calon SPM pada masa akan datang untuk bekerja lebih keras mendapatkan keputusan cemerlang.
Ads
“Ini adalah kali pertama buat Yayasan Nurjiwa untuk menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang dengan Keputusan semua A.
“Harapan kami agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang sama,” katanya pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Bantuan Yayasan Nurjiwa
Selain itu, Siti berkata, Yayasan Nurjiwa kini turut komited membantu golongan pelajar kurang berkemampuan dengan menyediakan makanan harian untuk hampir 100 pelajar, terutamanya dari golongan B40, serta anak-anak yatim.
Ads
Tambahnya Inisiatif ini yang telah berlangsung sejak beberapa tahun lalu diharapkan dapat membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan.
“Setiap hari kami akan menyediakan makanan hampir kepada 100 pelajar yang kurang berkemampuan, terutamanya dari golongan B40.
“Bukan itu sahaja, selain pelajar Yayasan Nurjiwa turut menyediakan bantuan makanan ini kepada anak-anak yatim. Usaha ini sebenarnya sudah dibuat sejak beberapa tahun lalu dan diharap ia dapat membantu lebih ramai pelajar di luar sana,”jelasnya seraya mengakhiri perbualan.
“Saya pegang skrol ini bagi pihak anak saya yang tak sempat berjaya seperti yang dia impikan.”
Itu luahan hiba seorang ibu, Melor Ahmad, yang menyentuh perasaan seluruh dewan ketika majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-101 berlangsung baru-baru ini.
Dalam suasana yang penuh sebak, Melor dan suaminya, Zuliskandar Zolkeflee, tampil ke pentas mewakili anak sulung mereka, Allahyarham Muhammad Isyraf Mifzal Zuliskandar, yang telah pergi menghadap Ilahi akibat kemalangan jalan raya, Ogos tahun lalu.
Ketika pasangan suami isteri itu menerima skrol Diploma Pengajian Perniagaan milik arwah anak mereka, air mata mengalir deras. Bukan sekadar kerana rindu yang tak berpenghujung, tetapi juga kerana impian dan cita-cita anak mereka tidak sempat direalisasikan.
Melor, 47 tahun, berkongsi bahawa Isyraf adalah seorang anak yang sangat bertanggungjawab, ringan tulang dan amat menghormati ibu bapa. Dia bukan sahaja anak sulung, malah menjadi harapan besar keluarga dalam mengejar ilmu dan mencipta kejayaan dalam hidup.
“Dia tidak pernah menyusahkan kami, sangat mendengar kata. Jika saya atau ahli keluarga perlukan pertolongan, dialah yang pertama akan datang. Anak saya ini terlalu baik… dari kecil sampai besar, dia sentiasa jaga hati saya,” ujar Melor sambil menyeka air mata.
Isyraf merupakan penuntut semester kedua dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran. Kerana minat mendalam dalam bidang perniagaan, dia mengambil peluang cuti semester untuk bekerja sambilan sebagai penghantar makanan Foodpanda – bukan semata-mata demi wang, tetapi untuk mengutip pengalaman berniaga.
Namun, takdir berkata lain. Pada 25 Ogos 2024, ketika dalam perjalanan menghantar makanan di Kuching, Isyraf terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Lebih memilukan, kejadian berlaku sebulan sebelum tarikh lahirnya yang ke-23.
Sebagai ibu, Melor tetap reda dengan ketentuan Ilahi. Namun, rasa rindu terhadap anak tersayang tidak pernah berkurang, malah semakin menyesakkan dada terutama bila melihat rakan sebaya anaknya melangkah ke pentas konvokesyen.
“Saya tahu dia berusaha keras demi masa depan. Kalau dia masih ada, tentu dia sendiri yang berdiri menerima skrol ini… Tapi saya yakin, dari ‘sana’ pun dia pasti bangga,” ujar Melor dalam nada sebak mengakhiri perbualan.
Air mata tidak dapat diseka apabila menyambut kepulangan Bukan jasad, tetapi barang peribadi anak yang sudah pergi buat selama-lamanya.
Begitulah perasaan yang sukar digambarkan bagi pasangan suami isteri, Mohamad Isma Abdul Manaf, 47, dan Norinda Kasim, 49, apabila menerima kembali barangan milik anak sulung mereka, Nur Dalila Farhana Mohamad Isma, 21, yang terkorban dalam nahas tragis melibatkan pelajar UPSI baru-baru ini.
Norinda, seorang suri rumah, berkata hatinya luluh dan seakan terkoyak saat membuka beg dan kotak yang mengandungi barangan milik arwah anaknya. Paling menyentuh hati adalah sehelai baju blouse yang sedondon dengan miliknya.
“Baju itu kami beli bersama lebih lima tahun lalu. Masa saya pegang dan cium… masih kuat bau badan dia. Sayu, sebab hanya barang-barang yang pulang. Orangnya sudah tiada…”
Kata-katanya itu cukup untuk menggambarkan kerinduan dan kehilangan yang tidak terganti, yang hanya ibu yang pernah melahir dan membesarkan mampu fahami.
Nur Dalila Farhana merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Menurut ibunya, arwah seorang anak yang manja, lembut dan sangat rapat dengannya. Selain menjadi penyejuk hati buat kedua-dua ibu bapa, arwah juga merupakan harapan keluarga dan bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik.
Mohamad Isma, pesara tentera, pula mengambil sendiri barang-barang anaknya yang dihantar pulang oleh konvoi UPSI ke pekarangan Masjid Hadhari, Jerteh sebelum diserahkan kepada keluarga di rumah mereka di Kampung Baru Tok Dor.
“Harapan kami sewaktu menghantar anak sulung (Nur Dalila Farhana) ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk membawa pulang segulung ijazah. Tidak sangka sijil kematian yang kami terima,”ujar Isma yang menerima sijil kematian anak mereka daripada Pengarah Pendaftaran Terengganu, Mohamad Nasir Kareem.
Setiap helaian baju, setiap nota kecil dan barang peribadi yang dikembalikan, semuanya menjadi kenangan terakhir yang akan disimpan sebagai pelengkap rasa rindu yang tak akan pernah habis.
Buat ibu bapa seperti Norinda dan Mohamad Isma, kehilangan anak bukanlah satu perkara kecil. Ia meninggalkan ruang kosong yang tidak akan pernah terisi semula. Namun dalam kepiluan, terselit juga doa dan redha agar anak yang dikasihi itu kini tenang di sisi Ilahi.
Dalam dunia digital hari ini, perkongsian di media sosial bukan lagi perkara kecil. Apa yang ditulis boleh memberi kesan besar termasuk dari segi undang-undang. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita, bekas pengedar tudung terkenal, apabila tindakannya mengulas secara terbuka tentang syarikat tersebut membawa padah.
Rosmaliza Mansor, pernah menjadi pengedar sah produk Bawal Exclusive, telah diperintah oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu untuk membayar RM70,000 kepada syarikat tersebut serta dua lagi pihak berkaitan, termasuk pengasasnya, Puan Haliza Maysuri.
Kes ini timbul berikutan satu hantaran di laman Facebook Rosmaliza, yang didakwa memperlekeh strategi pemasaran Bawal Exclusive di akaun TikTok. Meskipun ia mungkin dilihat sebagai ‘luahan peribadi’, kenyataan itu akhirnya mengundang tindakan undang-undang apabila dianggap bersifat fitnah dan berniat jahat.
Dalam satu sidang media di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, Puan Haliza, yang juga Pengarah Pemasaran syarikat, menyatakan bahawa tindakan undang-undang ini bukan untuk membalas dendam, sebaliknya demi mempertahankan reputasi syarikat dan semua wanita yang bergiat aktif dalam perniagaan tudung.
Turut hadir ialah Encik Mohd Rosli Awang, Pengarah Urusan syarikat, dan peguam mereka, Datuk Adnan Seman dari firma Adnan Sharida & Associates.
“Rosmaliza pernah menjadi pengedar dari tahun 2017 hingga 2022. Namun selepas hubungan itu tamat, syarikat tidak lagi meneruskan beliau sebagai wakil jualan,” ujar Datuk Adnan.
Beliau turut memaklumkan bahawa kenyataan yang dimuat naik di Facebook itu seolah-olah menggambarkan syarikat bersikap tidak adil terhadap para pengedarnya, sekali gus menjejaskan kepercayaan awam.
Tiada Kompromi Bila Nama Baik Dipertaruhkan
Lebih mengecewakan, menurut kenyataan mahkamah, Rosmaliza tidak hadir sepanjang prosiding. Pada 1 Januari 2025, mahkamah memerintah agar kenyataan berunsur fitnah itu dipadam serta melarang beliau mengulangi kenyataan sama pada masa akan datang. Beliau juga diarahkan membayar RM570 atas satu tunggakan invois terdahulu.
“Kami harap tindakan ini jadi pengajaran kepada masyarakat, khususnya para wanita yang aktif berniaga dan berkongsi pandangan di media sosial. Berhati-hatilah. Bukan semua perkara boleh dikongsi tanpa akibat,” tegas peguam Haliza.
Pada sidang media yang sama, pengasas Bawal Exclusive turut menggayakan tudung bernilai RM70,000 yang direka khas oleh pasukannya atas arahannya sebagai satu bentuk mesej jelas kepada sesiapa yang cuba menyentuh reputasi jenama yang telah dibina sejak 1998 lagi.
Tudung eksklusif yang direka khas itu mewakili harga maruah dan reputasinya yang cuba dijatuhkan melalui kenyataan fitnah kononnya disebarkan Rosmaliza di media sosial.
“Saya tak pernah pakai tudung harga RM70,000 sebelum ini walaupun pelanggan saya pernah beli tudung harga RM20,000 hingga RM50,000.
“Tapi hari ini saya pakai sempena kemenangan saman sebanyak RM70,000 semalam. Tudung ini menunjukkan bahawa jenama ini tidak boleh diusik,” katanya dalam sidang media yang berlangsung di sini hari ini.
“Kalau sesiapa cuba jolok sarang tebuan, inilah balasannya. Saya tak pernah kacau sesiapa tapi tolong jangan sentuh jenama ini. Dengan jenama inilah saya cari rezeki. Dengan jenama inilah saya dikenali,” tegasnya.
Haliza turut berkongsi bagaimana Bawal Exclusive kini menjadi antara penyumbang utama kepada jenama kristal antarabangsa iaitu Swarovski hasil kerjasama yang terjalin apabila syarikat itu sendiri menawarkannya sebagai rakan niaga rasmi.
“Swarovski datang kepada kita, bukan kita cari mereka. Kita jadi top 10 contributor kepada Swarovski. Tapi ini semua tak berlaku dalam sehari. Saya tak minta dipuji, saya tak minta dihargai tapi tolong hormati usaha kami,” tambahnya ternyata bangga jenama tempatan dipandang tinggi di mata dunia.
Pengajaran Buat Kita Semua
Dalam kesibukan kita menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa atau berkongsi pengalaman, penting untuk kita tahu batasnya. Apa sahaja yang ditulis secara terbuka, terutama jika melibatkan individu atau syarikat lain, harus berlandaskan fakta dan tidak bersifat menuduh tanpa bukti.
Sebagai wanita, kita bukan sahaja pembeli dan pengguna produk tempatan kita juga penggerak ekonomi dan pencetus jenama. Maka, marilah kita bijak menggunakan suara di alam maya. Hormati reputasi orang lain, demi menjaga maruah dan kredibiliti sendiri.
Kehidupan sibuk di kota sering kali membuat kita terperangkap dalam rutin yang sama. Namun, di sebalik kesibukan kerja, sesekali rasa mahu bertukar angin, menikmati...