Binatang yang agak payah nak mati walau guna spray, melainkan kena bunuhnya dengan DIY perangkap cicak. Tip ini sebenarnya sudah dipraktik oleh seorang wanita, Puan Alosnida Musa. Nampak gaya, macam banyak cicak akan jadi mangsa kalau guna caranya…
Ok, jom tengok dulu apa bahan yang perlu ada kat rumah sebelum buat projek tangkap cicak!
Tip Tangkap Cicak
Alahai banyaknya cicak ni dan yang paling tak tahannya, buang najis bersepah, musyukk yakmattt. Kalau terpijak, rata pulak najis satu rumah.
Dah puas spray dengan berbagai bahan, letak macam-macam umpan tapi tak jalan.
Nak menghalaunya memang satu kerja yang sukar, silap hari bulan diberaknya kita,tup tup kena atas hidung.
Ads
Jom, kita buat perangkap cicak. Mudah dan murah jer nak buat perangkap cicak ni
1.Potong botol air di bahagian atas.
2.Letakkan kapas muka di bahagian bawah botol.
3.Masukkan gula pasir.
4.Masukkan air.
5.Sapukan sedikit minyak masak pada bahagian dalam botol plastik dan bahagian luar pada atas botol yang dipotong tadi.
6.Letakkan semula bahagian atas botol dengan cara menterbalikkannya.
7.Siap untuk guna.
Untuk lebih detail, sila tonton video ini.
Ads
Dengan melihat pada gambar dan video ini, korang boleh tahu cicak tersebut akan masuk ke dalam botol dan tak boleh keluar sebab botol licin kerana di sapu minyak masak.
Nota:
Semasa nak letak perangkap ni, pastikan muncung tu betul-betul melekat di dinding, biar cicak boleh lalu terus dari dinding, tampal guna selotep pun boleh ya .
Mudah bukan? Cara begini lebih senang dari mengejar cicak untuk di spray atau dilastik dengan getah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cuti hujung minggu ni, ramai yang meluangkan masa masak menu istimewa untuk keluarga. Tidak kurang juga, ada para suami yang rajin singsing lengan, masuk dapur memasak untuk gembirakan hati isteri dan bagi ‘chance’isteri berehat gantung kuali.
Baru sebentar tadi, penyanyi Siti Sarah Raisuddin ada memuat naik video resipi Bawal Emas 3 Rasa “Bermadu”, hasil air tangan suami tercinta, Shuib Sepahtu didalam instagramnya.
Namun perkara yang mencuri perhatian ialah cara Shuib menyampaikan perkongsian resipi tersebut cukup kelakar dan membuat ramai pengikutnya yang terhibur.Kalau dah berjiwa pelawak, memang tidak kering gusi dengan lawaknya walaupun sekadar berkongsi resipi.
Buat mak-mak yang nak cuba resipi Bawal Emas 3 Rasa “Bermadu” versi Shuib ini, berikut adalah resipinya sebagai rujukan:
Ikan Bawal Emas
Minyak Masak
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Serai
Cili Kisar
Sos Tomato
Buah Tomato
Cili Besar
sedikit Air
Nenas
Buah Epal
Madu
Daun Ketumbar
1.Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.Goreng ikan bawal dalam kuali tersebut sehingga masak, ketepikan.
3.Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai yang telah dihiris hingga naik bau.
4.Masukkan cili kisar dan sos tomato, tumis sehingga garing dan masukkan sedikit air.
5.Masukkan pula cili besar, nenas, buah tomato dan buah epal yang dipotong kiub.Kacau sebati.
6. Masukkan pula sedikit madu, kacau sebati dan didihkan seketika.
Kanser survivor, Maria Binti Fathiltak jadikan kanser payudara yang dialami sejak tahun 2015 sebagai halangan untuknya berhenti dari kecintaannya dalam bidang ‘jahit langsir’. Selama 21 tahun, Guru Langsir ini menjadikan jahitan langsir sebagai sumber rezekinya.
Apabila diuji tuhan dengan penyakit yang paling wanita takuti, Maria tidak mengalah. Cerita yang dikongsikan kepada Mingguan Wanita ini seharusnya menyuntik semangat juang yang tinggi untuk mak-mak yang ketika ini juga sedang diuji.
Saya merupakan bekas tukang jahit langsir. Terkini, guru langsir dan juga merupakan bekas pesakit kanser (breast cancer). Telah 21 tahun berkecimpung dalam dunia jahitan langsir bermula tahun 1997.
Maria memulakan perniagaan jahitan langsir dengan menjahit langsir-langsir jiran sehingga terus maju dan dikenali.
“Tidak pernah langsung mengikuti kelas langsir secara formal. Hanya ilmu asas langsir yang diperoleh dari tailor yang menjahit langsir kahwin saya.
“Di situlah bermulanya kerjaya saya sebagai tukang jahit langsir.”
Dengan gigih mengutip pengalaman. Berusaha sendiri tanpa mengira penat lelah. Pastinya dugaan juga datang dan pergi. Tetap ujian itu ditempuhi penuh sabar.
“Kemahiran saya pandai melukis sejak di bangku sekolah rendah lagi. Rupanya itu membawa tuah dalam dunia langsir ini.”
“Saya dapat memenuhi kehendak pelanggan, melukis design palmet yang mereka gemari. Kemahiran melukis yang ada ditambah dengan pengalaman berharga sepanjang bergelumang dalam bidang ini, membuatkan saya beralih daripada seorang tukang jahit kepada Guru Langsir.”
Dari seorang tukang jahit biasa yang kemudiannya menjadi Guru Langsir, Maria cuma menjalankan operasinya di rumah saja. Letaknya di Kampung Makan, Kota Tinggi, Johor. Sebuah bandar bersejarah.
“Walaupun hanya beroperasi dari rumah, saya didatangi pelajar dari seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar saya datangnya dari Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Penang, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.”
“Sambutan luar biasa yang sangat-sangat saya syukuri.” Tuturnya yang dikenali sebagai D’Aya Curtains di kalangan para peminat langsir di seluruh tanah air.
“Di samping menjalankan kelas dari rumah, saya juga membuat kelas bergerak di seluruh Malaysia. Setakat ini, kelas anjuran saya sendiri untuk luar Johor sentiasa mendapat sambutan.”
Awal tahun 2015, Maria yang beroperasi dari rumah berpindah pula ke kedai. “Kali pertama dalam hidup merasa berkedai walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.”
Kegembiraannya tidak lama, apabila tahun 2015, Maria disahkan kanser payudara. “Saya diselubungi kesedihan yang amat sangat. Saya merasa down sesangat. Dan merasakan yang hidup saya sudah tidak lama lagi.
“Sebaik jalani pembedahan membuang sebelah payudara pada 5 Oktober 2015, Alhamdulillah saya merasakan ketenangan yang luar biasa.
“Semuanya berkat doa, sokongan suami tercinta Mohd Jafri Sumadi, keluarga, anak-anak dan juga sahabat handai. Saya sepatutnya jalani rawatan kimoterapi (kimo) pada bulan November 2015. Tapi saya minta doktor tangguhkan rawatan pada bulan Januari 2016.
“Sebabnya pada bulan Disember 2015, saya ada kelas langsir bergerak luar Johor di Selangor, Perak dan Penang. Yang mana perancangan ini saya buat sebelum saya disahkan kanser.”
“Alhamdulillah, doktor bersetuju dengan permintaan saya. Dan saya akhirnya jalani rawatan kimo pada bulan Januari 2016. Sesuatu yang sangat-sangat saya syukuri sewaktu dalam rawatan kimo, kelas saya berjalan seperti biasa.”
Rawatan kimoterapi yang dilalui Maria sebanyak 6 cycle bagi setiap 3 minggu. Yang mana untuk minggu pertama dan kedua, dia alami rasa sakit kesan dari ubat kimo.
“Saya mengajar pada minggi ke-3 setiap lepas kimo. Walau dalam kimo rezeki sentiasa mencurah-curah. Walau bagaimana pun saya hanya mengambil pelahar dari Johor sahaja.”
“Waktu ini pelajar luar Johor saya tak berani ambil memandangkan kesihatan saya yang ta stabil. Apa pun kelas-kelas yang berlangsung dalam kimo semuanya berjalan dengan lancar dan baik.
“Sebaik sahaja disahkan kanser kerja saya sebagai tukang jahit saya tamatkan terus. Tumpuannya hanya pada kelas saja.”
Sebaik saja selesai rawatan kimo, Maria jalani pula rawatan radioterapi sebanyak 15 kali. Beliau percaya, apa pun yang berlaku dalam perjalanan hidupnya, istilah menyesal itu tak pernah terdetik dalam diri.
“Saya meyakini setiap perancangan dari Allah. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Selagi dikurniakan kesihatan, selagi hayat dikandung badan akan saya teruskan perjuangan dalam bidang langsir. Berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini. Moga ianya memberi manfaat pada orang di luar sana.”
Akhiri Maria yang juga Guru Langsir dalam nota pendek yang dikirimkan kepada Mingguan Wanita
Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang anak apabila dapat membahagiakan hati kedua mak ayah tercinta. Terharu sungguh melihat video yang dikongsikan oleh pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Embong, 26, membuat kejutan istimewa buat ayah tersayang, Ismail Embong, 70, dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah yang selama ini menjadi idaman ayahnya.
Menurut pelakon Awak Suka Saya Tak ini, kejutan istimewa itu adalah bersempena dengan hari jadi ayahnya baru-baru ini.Emma berkongsi detik istimewa itu di laman Instagram miliknya, serta ada meluahan perasaan bagaimana dia mula bekerja semenjak umur 15 tahun untuk membantu bapanya sebagai seorang pelukis.
“Dari kecik kawan-kawan mesti cerita “ ayah aku CEO”, “ayah aku kerja besar”, “ayah kau Emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau pula tak sekolah macamana mana nak jaga ayah kau.
“Dari umur 15 dah mula berkerja untuk bantu ayoh. Belajar membaca sendiri, belajar erti hidup. Bila kita berjalan banyak benda perlu berlajar sendiri. Banyak cabaran dan dugaan tapi apa-apa pun yang jadi usaha paling penting.
“And This is for you ayoh. Thank you sebab jaga Tima dengan baik. Dari kecil sampai besar. Tima cuma nak ayoh dan mama bangga dengan Tima. Hope you like. Love you so much ayoh,”
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Emma Maembong berkata, dia perlu menabung untuk menghadiahkan ayahnya dengan sebuah kereta mewah idamannya. Malah menurut Emma, dia sudah tahu keinginannya ayahnya itu sejak setahun yang lalu.
“Tahun lalu ayah ada naik kereta Mercedes milik kawan saya dan dia sangat suka dengan kereta itu. Tapi memikirkan harga agak mahal, ayah diam sahaja.Sejak itu, saya nekad bekerja keras untuk kumpul duit. Sepatutnya hari lahir ayah bulan April lalu tapi ketika itu wang simpanan saya tak cukup lagi.”
“Alhamdulillah selepas setahun menyimpan, saya dapat hadiahkan kereta itu kepada ayah,” kata pemenang Ratu Telenovela dua tahun berturut-turut ini.”
Mengulas mengenai kemenangannya pada Sabtu lalu di Anugerah Telenovela 2018, Emma, 26, akui dia masih lagi dalam keadaan yang terkejut kerana tidak menyangka takhta Ratu Telenovela sekali lagi menjadi miliknya.
“Saya hadir malam itu hanya untuk memberi sokongan. Tidak menjangka sebarang kemenangan pun.Lagipun saya fikir, tak kanlah juri nak pilih saya lagi tahun ini sebab tahun lalu dah menang. Tambahan pula, ada ramai lagi pelakon-pelakon yang hebat.Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua juri kerana memilih saya,” ujarnya.
Emma sebelum ini memang diketahui begitu rapat dengan ayahnya dan sering berkongsi pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama ayahnya di laman Instagram. Tahniah buat Emma Maembong, semoga bertambah dimurahkan rezeki kerana membahagiakan ayah tersayang. Pengorbanan orang tua pastinya takkan dapat terbalas namun kita sebagai anak berusahalah untuk berbakti dan menggembirakan hati mereka dengan dengan apa juga cara selagi mereka masih bernyawa.
Ini senarai lengkap kontak Kedutaan Besar Malaysia di negara Timur Tengah untuk rujukan rakyat Malaysia yang bekerja, belajar atau menetap di sana. Simpan untuk...