Sedapnya terbayang daging bakar dicicah dengan sos pedas yang cukup padu. Perapan sempurna secukup rasa. Guna daging bahagian ‘harimau menangis’ ni memang paling lembut dan sedap. Ramai yang jual daging ni tapi agak mahal harganya. Lebih puas hati sebenarnya bila kita buat sendiri.
“Kali pertama masak Daging Harimau Menangis versi sendiri. Bahan sama je guna untuk daging dan sos pencicah. Sos tu padu okay..(puji diri sendiri)”
“Cuba la buat. Daging tu sis masak pakai pan je. Kalau nak bakar pun boleh. Jangan overcook daging tau.”
PERAP DAGING :
Daging lembu
Sos tiram
Gula kabung (nisey padi)Kalau takde boleh guna gula melaka @ gula pasir
Lada hitam
Bawang putih
Sedikit minyak masak
SOS PENCICAH:
Bawang putih
Bawang merah
Gula kabung (nisey padi)
Cili hijau+merah
Sos tiram
Nampla
Perahan limau nipis
Daun ketumbar
Ads
Daging masak jgn overcook tau nanti keras.
Masak medium je sedap
Ads
Info Ekstra!
Daging ‘Harimau Menangis’ (Sirloin)
Terdapat satu bahagian yang duduk berdekatan dengan Daging Batang Pinang. Bahagian yang terletak di celah peha atas lembu ini dipanggil Bottom Sirloin atau Daging Harimau Menangis. Ianya merupakan bahagian daging yang paling lembut sekali. Harganya agak mahal kerana permintaan yang tinggi.
Ads
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Mudahnya Resepi Daging Ketumbar Dato’ Rizalman, Bawang Banyak Lagi Sedap
Ramai yang keliru dengan fungsi Baking Soda dan Baking Powder, serta tidak tahu cara sebenar penggunaannya. Lebih-lebih lagi, jika jarang-jarang membuat kek mahupun mengadun biskut, serta tak biasa dengan bahan ini silap pilih ia mengakibatkan kek atau biskut yang diadun tidak menjadi.
Mungkin warna serbuknya putih kelihatan sama tapi sebenarnya kedua-dua bahan ini mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Kedua-dua baking soda dan baking powder adalah agen penaik yang bermaksud apabila keduanya ditambah ke dalam bahan-bahan untuk dibakar, ia akan menghasilkan karbon dioksida dan menyebabkan doh naik.
Baking Soda
Nama kimia baking soda adalah sodium bikarbonat. Apabila bahan ini dicampur dengan kelembapan dan bahan berasid, tindak balas kimia yang berlaku akan menghasilkan buih-buih karbon dioksida yang akan mengembang dalam suhu oven, menyebabkan hasil bakeri turut mengembang atau naik.
Contoh bahan berasid termasuklah yogurt, coklat, buttermilk, madu dan sebagainya. TIndak balas kimia antara baking soda dan bahan-bahan lain berlaku sebaik sahaja ianya dicampur, jadi anda perlu membakarnya serta merta, atau produk bakeri/pastri anda tidak akan naik.
Baking Powder
Baking powder mengandungi sodium bikarbonat dan juga bahan-bahan lain seperti agen pengasid (krim tartar) serta agen pengering (selalunya kanji).
Terdapat 2 jenis baking powder, iaitu single-acting dan double-acting.
Jenis single-acting diaktifkan oleh kelembapan, jadi resipi yang menggunakan bahan ini perlu dibakar sejurus ia dicampur. Baking powder jenis double-acting mempunyai tindak balas kimia dalam 2 fasa, dan boleh dibiarkan sebentar sebelum dibakar.
Penggunaan double-acting baking powder akan membebaskan gas tertentu pada suhu bilik, namun sebahagian besar gas berkenaan terbebas selepas suhu doh di dalam oven meningkat.
Menentukan Penggunaan Baking Powder Atau Baking Soda Dalam Resipi
Sesetengah resipi menggunakan baking soda, sesetengah resipi yang lain menggunakan baking powder. Bahan mana yang perlu digunakan bergantung kepada bahan-bahan lain yang digunakan di dalam resipi.
Matlamat utama adalah untuk menghasilkan produk berkualiti yang sedap dan mempunyai tekstur yang enak. Baking soda adalah sejenis alkali (basic), jadi produk hasil penggunaana bahan ini sedikit pahit kecuali terdapat bahan berasid lain yang digunakan. Baking soda selalunya digunakan dalam resipi cookies.
Baking powder pula mengandungi kedua-dua bahan berasid dan beralkali, dan atas sebab ini, rasa hasil bakar secara keseluruhan adalah lebih neutral.Resipi yang menggunakan baking powder selalunya memerlukan bahan yang neutral rasanya, seperti susu. Baking powder adalah bahan asas dalam pembuatan kek dan biskut.
Pengganti Kedua Bahan Ini Dalam Resipi
Baking soda boleh digantikan dengan baking powder, namun kuantiti yang digunakan adalah lebih banyak dan akan memberi kesan terhadap rasa. Sebaliknya, baking powder tidak boleh digantikan dengan baking soda.
Baking soda itu sendiri kurang dari segi tahap asidnya untuk membuatkan sebiji kek kembang mahupun naik. Namun, anda boleh membuat baking powder anda sendiri sekiranya anda mempunyai baking soda dan krim tartar.
Caranya, campurkan 2 bahagian krim tartar untuk setiap bahagian baking soda (Kadar 2:1 untuk krim tartar:baking soda).
Jadi tunggu apa lagi, jom ke dapur untuk membakar kek, biskut dan cookies!
Semoga bermanfaat, kongsiakan juga buat wanita lain yang gemar membuat kek & biskut!
Selalunya bila teringin nak makan aiskrim kita beli je di kedai. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri aiskrim Milo homemade di rumah. Memang jimat dan lebih sedap, tak payah beli lagi.
Boleh cuba buat Aiskrim Milo homemade, ikut resepi yang dikongsikan oleh D’jara Twin ini.
Semalam try buat ice cream milo homemade. Serius sumpah sedap macam Cadbury. Bahan nak buat pun senang je nak cari.Yang ada anak tu boleh la try. Tak payah keluar rumah lagi nak beli ice cream. Jimat pun jimat
Bahan-Bahan:
1 tin Susu cair
1 cawan Milo
2 sudu besar Serbuk koko
2 sudu besar Susu pekat
1-2 sudu besar Ovalet
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengadun (mixer) dan adun sehingga pekat dan sebati.
2. Apabila telah pekat, masukkan pula ke dalam bekas.
3.Hias dengan coklat chip. Kemudian masuk dalam peti ais semalaman.
MW: Boleh cuba buat Aiskrim Milo ni nanti. Bahan-bahannya pun tak banyak dan senang nak buat. Anak-anak mesti suka, sedap dan memang lebih jimat bila buat sendiri.
Memang banyak resipi yang boleh dicuba dengan menu berasakan ayam.Jika inginkan kelainan dalam masakan mak-mak boleh cuba resipi nusantara dari Indonesia pula. Antaranya jika suka masakan pedas menyengat yang sedap boleh cuba resipi Ayam Rica-Rica ini. Cukup mudah disediakan dan sesuai makan dengan nasi panas.
Berikut perkongsian resipi daripada Puan Nurul Ateekah sebagai rujukan.
Ayam rica-rica adalah hidangan ayam panas dan pedas Indonesia. Ia terdiri dari ayam yang dimasak dengan cili padi merah dan cili padi hijau pedas. Asal hidangan ini adalah dari masakan Minahasan Sulawesi Utara.bagi Yang mengemari pedas,boleh cuba rasa masakan nih.Masakan ini sudah menjadi kegemaran saya.
RESEPI AYAM RICA RICA
Bahan-Bahan:
1 kg ayam (dipotong)@9 ketul paha ayam
15 keping daun limau purut (Dibuang tangkai tengah)
1 helai Daun pandan muda(dipotong)
1 batang serai dikatok
4 biji bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
Daun salam 2 helai
100ml air
Garam(jika perlu)
1 kiub ayam
Bahan Kisar:
2 buah keras
2 cm kunyit
2 cm halia
1 biji tomato
½ sudu kecil serbuk lada putih
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 ulas
15 batang cili padi
3 batang cili merah
Cara Membuat:
1.Ayam digoreng sehingga masak.
2.Guna ½ cawan minyak ayam yang telah digoreng dan tumis serai sehingga naik bau.
3.Masukkan bawang putih, bawang merah masak sehingga layu dan masukkan bahan yang dikisar. Masak sehingga pecah minyak.
4.Masukkan daun pandan, daun salam dan daun limau purut.
5.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng,diikuti dengan kiub ayam dan air.
6.Masak sehingga kuahnya sedikit kering dan gaul rata.
7.Tutup api dan siap dihidang.
Info Ekstra!
Daun Salam memang terkenal dalam masakan Indonesia. Daun Salam tujuannya nak seimbangkan rasa dalam sesuatu masakan.Kalau tak ade tak pe. Rasa tu masih ada.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Kieda Crepe akui terlampau ikut emosi, "sudah biasa terima kecaman. Tindakan menunjukkan wajah pelanggan yang mengeji makanan crepe dijualnya serta memulangkan semula wang pelanggan...