Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250

Buat mak-mak yang berimpian nak tukar kabinet dapur tapi masih mengekalkan harga bajet, boleh cuba cara yang dikongsikan Puan Nasibah Ramly ini. Hasil pertukangan tangan suaminya, Mat’in Ali pintu kabinet dapur rumahnya dapat disiapkan dalam masa 2 minggu saja.

Modal keseluruhan untuk pintu kabinet dapur yang cantik ini pun cuma RM250. Modal selebihnya tentulah kerja keras dan usaha suami yang bersedia menyudahkan kerja-kerja bertukang.

Buat yang masih berfikir-fikir boleh ke tak boleh.. cuba tengok step by step yang ditunjukkan ini. Insya-Allah mak-mak pun sebenarnya boleh je buat. Tapi yang penting, kenalah ada minat.

DIY pintu kabinet dapur bajet ini boleh dijadikan rujukan untuk sesiapa yang memerlukan. Tak perlu kos yang besar. memadai usaha kerjasama suami isteri.”

Rupanya di sebalik kerja-kerja pertukangan semacam ini pun boleh mengeratkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri. Haa.. baguskan tip ini.

Sebenarnya ramai yang pm saya tanya. Kami memang tak ambil tempahan. Buat sekadar suka-suka dan untuk rumah sendiri saja.” Akui Nasibah dan memohon maaf pada yang pernah bertanyakan soal tempahan padanya sebelum ini.

Tapi disebabkan tak nak ramai lebih kecewa, beliau berkongsi cara membuat langkah demi langkah dari zeo sampailah terhasilnya pintu kabinet dapur rona unggu yang cantik berkilat.

Mana yang ada masa dan kurang bajet untuk tempah kabinet dapur macam kami ini. Boleh cuba buat sendiri ikut selera masing-masing.

Saya sekadar kongsi macam mana nak bagi pintu kabinet tu jadi berkilat macam yang di tempah. Itu saja. Sebab saya tahu, semua lelaki pandai bertukang. Cuma masa dan tak ada masa saja kan.”

Detail Costing

Beli barang-barang sahaja seperti kayu 1 x 2, kayu bingkai (halus), plywood, cat, skincoat, undercoat, skru, paku, magnet, engsel

Total Cost untuk semua di atas : RM250

Tempoh : 2 minggu siap (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja dan hari cuti jumaat untuk siapkan).

Rujuk Sini Panduan Bergambar

 

Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250

 

IKLAN

Mula-mula sekali buat kerangka menggunakan kayu 1 x 2. Dinding tu tampal dengan plywood nipis kiri kanan. Rak ujung tu, lantai lapik dengan plywood tebal.

 

Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250

 

Untuk pintu kabinet, buat frame dulu. Lepas tu tampal plywood nipis belah belakang depan. Yang bingkai depan tu guna kayu halus, RM1 sebatang untuk hiasan.

 

Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250

 

Ini kayu 1 x 2 untuk buat kerangka dan frame pintu dan kayu halus untuk bikar RM1 saja sebatang.

 

IKLAN

Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250

 

Dah siap buat pintu, cuba lah pasang dulu untuk tengok ukuran padan ke tak. Mana-mana nak ejas, masa ni la. Lepas tu pasang engsel dan magnet terus siap-siap.

 

Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250

Yang ini step untuk mengecat ya.

 

Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250

 

Skincoat dulu untuk tutup lubang-lubang kayu. Jemur sampai kering kemudian gosok dengan kertas pasir sampai licin semua sekali.

IKLAN

 

Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250

 

Cat undercoat. Jemur sampai kering pastu gosok dengan kertas pasir sampai licin semua sekali.

 

Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250

 

Cat color. Ni kod color purple kabinet saya. Dah siap cat, keringkan dan boleh pasang. Siap.. Selamat mencuba!

 

Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250
Cat putih bahagian dalam

 

Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250
Penyangkut periuk, beli di kedai RM2. Suami bengkokkan penyangkut tu untuk dapatkan kedudukan macam tu.

 

Hasil DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet

 

 

Sumber/Foto : Nasibah Ramly

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI