“Cukuplah 9 tahun menjadi isteri Syamsul. Sudah tiada rezeki lagi perhubungan kami” itulah antara ungkapan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah seusai memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sewaktu hadir, Puteri Sarah ditemani adik-beradik selain peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.

“Cukuplah 9 Tahun Menjadi Isteri Syamsul. Sudah Tiada Rezeki Lagi Perhubungan Kami” “Cukuplah 9 Tahun Menjadi Isteri Syamsul. Sudah Tiada Rezeki Lagi Perhubungan Kami”

“Cukuplah 9 Tahun Menjadi Isteri Syamsul”

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Mengikut laporan Harian Metro, Puteri Sarah menyatakan tarikh sebutan kes permohonan cerai terhadap suaminya ditetapkan Mahkamah Syariah di pada 7 Mac depan yang juga jatuh sehari sebelum ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka pada 8 Mac.

“Kita mulakan (rumah tangga) 8 Mac, kita habiskan pun 8 Mac ini,” ungkap Puteri Sarah yang menyifatkan rezeki rumah tangganya hanya mampu bertahan selama sembilan tahun.

“Cukuplah 9 Tahun Menjadi Isteri Syamsul. Sudah Tiada Rezeki Lagi Perhubungan Kami”

Segalanya Sudah Selesai Difailkan

Menurut Puteri Sarah lagi dia bersyukur apabila segalanya sudah selesai difailkan.

“Alhamdulillah syukur, segalanya sudah selesai difailkan. Saya lega kerana satu beban sudah pun dilepaskan.

“Sepuluh hari lagi saya akan menunaikan umrah. Semoga saya akan tenang saja bila di sana nanti.

“Kalau ikutkan, tahun ini sudah cukup sembilan tahun usia perkahwinan kami. Sebenarnya, tarikh 7 Mac yang mahkamah tetapkan untuk tarikh prosiding memang cukup signifikan kerana sehari selepas itu pada 8 Mac genap ulang tahun perkahwinan kami.

“Ia memang satu kebetulan. Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Muhammad Syamsul. Nampaknya sudah tiada rezeki lagi perhubungan kami,” tegasnya.

 

Sudah Jalankan Tanggungjawab Dengan Baik

Ibu kepada dua cahaya mat aitu juga menyatakan sepanjang tempoh perkahwinan dia telah melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik.

“Saya sudah jalankan tanggungjawab dengan terbaik. Saya sudah berbincang dengan keluarga termasuk mentua, berjumpa ahli agama dan melakukan solat istiharah agar diberi petunjuk.

“Saya yakin inilah jalan terbaik dan Allah sudah tunjukkan aturan ini,” sambungnya.

Malah dirinya bersedia jika berdepan untuk melalui proses mahkamah yang panjang.

“Apa yang penting saya lega sudah memfailkan perceraian hari ini. Malah, Syamsul sendiri sudah sedia maklum mengenai perkara ini selepas dia tidak menyekat saya di media sosial.

“Dia ada ajak saya berbincang, bagaimanapun ia belum berlaku memandangkan masing-masing masih sibuk dengan penggambaran. Dia juga ada menghubungi saya semalam, tapi saya tidak boleh mendedahkan apa mesej yang dihantar,” luahnya lagi.

“Cukuplah 9 Tahun Menjadi Isteri Syamsul. Sudah Tiada Rezeki Lagi Perhubungan Kami”

Sumber / Sumber Foto : Harian Metro 

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI