Kalau nak belek cerita bab nafkah, memang tak akan pernah habis. Baru-baru ini tular pula kisah lelaki yang mengeluh pasal isterinya. Kononnya dia dah bagi duit nafkah tetapi bini macam tetap tak pandai jaga penampilan.
Hmm… apa lagi, panaslah kaum wanita yang membaca luahan lelaki tersebut. Nak-nak pula dia kata dah bagi nafkah sebanyak 200. Eh, cukup ke tak cukup ya?
Haaa… sebelum pergi lebih jauh, jemput jentik emosi dalam perkongsian Puan Intan Dzulkefli tentang nafkah dan tanggung jawab seorang suami.
Orang lelaki, bila terniat dalam hati, berkahwin untuk meringankan beban sebab nak kongsi gaji isteri, untuk menyenangkan diri ada orang masakkan makanan, basuhkan baju, uruskan rumahtangga, lahir dan tanggung makan pakai anak-anak, kat situ je dah salah dah.
Sebabnya bila orang lelaki berkahwin, dia bukan meringankan beban sebaliknya bertambah-tambah berat amanah yang nak dipikul. Kalau sebelum nikah hanya perlu fikir redha mak ayah, selepas kahwin nak fikir tarbiyah, nafkah isteri dan anak-anak.
Soal Nafkah
Nafkah bukan setakat keluar rumah pergi kerja, pukul 5 balik kerja pergi main futsal, lepak mamak, kemudian dah release tension baru balik rumah tengok anak-anak dah mandi, makan, siap kerja rumah, baju dah bergosok sebab semua isteri setelkan. Cukup bulan beri RM200 pada isteri, “haaa tu je belanja, kat situlah awak pandai-pandai bajet barang dapur, susu anak, pampers anak, jimat-jimat!”
Ads
Bila isteri serabai pakaian dalam pun dah seperti roti kirai, rupa dah serupa hantu Kak Limah, pergilah buat ayat karangan mengadu di KRT kata isteri gemuk, makan je kerja, buruk, baju dalam pun tak selera nak tengok.
Bukan semudah itu nak dapat title suami soleh dambaan bidadari syurga ni, tuan-tuan.
Dan di sebalik ayat ugutan, “sebab tu lah Nabi SAW kata, ramai wanita kat neraka…”sebenarnya wanita-wanita ini menarik tangan lelaki-lelaki durjana terhumban sama. Sebab lelaki adalah qowamu ‘alannisa.
Ads
Lelaki seperti ini, kalau kamu lihat bagaimana Rasulullah SAW, para alim ulama’, orang-orang soleh menyantuni isteri dan ahli keluarga, kamu pasti akan malu nak ‘menerakakan’ isteri kamu kerana mereka ini fokusnya untuk memimpin tangan anak isteri ke dalam syurga.
Sesekali muhasabah diri, ada tak lepas imamkan solat isteri tanya luahan hatinya, usap air matanya, pujuk dia. Ada tak sebelum tidur peluk cium dan ucapkan terima kasih padanya kerana sudi sama-sama menanggung berat amanah rumahtangga. Ada tak minta maaf padanya kerana kurang sangat beri didikan agama, buat taklim kerana kesibukan dirimu.
Wahai suami, sesungguhnya kamu adalah acuan keluarga. Baik yang kamu beri untuk rumahtangga, insyaAllah begitu jugalah baik terlihat pada anak isteri.
Ads
Keras mana pun seorang wanita, pasti akan lunak hati bila berdepan suami yang berlemah lembut dan santun. Percayalah.
Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian & keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” [At-Tahrim: 6]
Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a’yun, wa’j ‘alna lil muttaqina imama. Amiin.
Muhasabah saya yang menulis.
Para isteri yang ada suami baik dan soleh, bersyukurlah. Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Ini yang ibu membesarkan lima orang anak ini percaya. Sebab itu tugasan dalam rumah diberikan ikut kelebihan mereka. Bagusnya ibu, Kasih Aireen mendidik anak lelaki dan perempuan sehingga tidak kekok untuk membuat kerja-kerja di dapur.
Walaupun anak lelaki, mereka ada jadual tugasan masing-masing. Terutama kerja-kerja membasuh kain baju. Baik anak lelaki mahupun anak perempuan, tugasan mereka sama adil.
Bila ibu di dapur, anak-anak juga sama-sama membantu. Memudahkan kerja ibu ketika memasak. Tertarik betul dengan jadual tugasan yang ibu ini tetapkan.
Perkongsian ibu ini dikongsikan dalam grup Kami Suri Rumah. Boleh dijadikan inspirasi untuk mak-mak yang lain juga.
4 Hero, 1 Heroin, Setiap Anak Ada Kelebihan Masing-masing
Saja nak kongsi-kongsi dengan suri kisah anak-anak bujang saya. Empat hero, satu heroin (ikut kelebihan masing-masing) dan saya ibu g malas.
Anak no.1, heroin, 14 tahun – tugas dia kemas-kemas rumah, sapu sampah. Hari Rabu, giliran dia basuh, sidai, angkat baju (setiap anak ada giliran).
No. 2, 14 tahun – tugas dia pergi kedai beli barang yang saya perlukan. Dia memang dah expert tentang barang-barang kedai ni. Setiap hari Selasa giliran dia membasuh.
Anak no.3, 13 tahun – tugas dia masak yang simple. Megi ke, buat air ke, sebab asal masuk dapur je petik api. Ada je benda dia nak buat. Kadang tengah malam pun masih g ke dapur. Tapi saya pesan kalau saya takde jangan pandai-pandai masak sendiri. Bahaya! Turn membasuh hari Isnin.
No.4, 13 tahun gak – yang ni tugas dia, ikut suka saya nak suruh apa. Basuh pinggan ke, isi air dalam botol, kadang tolong yang lain-lain je. Turn membasuh, rabu.
Anak no.5, 12 tahun – sebab dia suka main je. Keluar masuk rumah, saya tugaskan dia buang sampah, sapu-sapu bahagian luar rumah. Jumaat turn dia pulak ye membasuh.
Habis tu ibu buat apa? Semua anak yang buat? Apa lagi, layan suami je la. Wah..wah.. tak ada lah. Dalam masa yang sama tolong gak. Tapi hari Ahad saya basuh baju ya. 5 hari dah cukup kolum. Baju pun lipat sendiri punya.
Malam ni (ketika status dikongsikan) saya suruh masak sardin dan telur dadar (semua akan masuk dapur. Tapi selalunya dorang kerjasama) Dengar lah riuhnya itu.
Sampai tirai dapur pun jatuh dibuatnya.
Kalau saya masak, potong potong bawang, blender, bahan-bahan suh dorang semua siapkan. Saya tinggal masak je. Ikan, ayam saya la yang potong. Kang terpotong jari, saya gak yang susah nantikan.
Ibu ini juga bertuah kerana mendapat sokongan suami dalam hal mendidik anak-anak. “Suami banyak membantu. Apa-apa saya tak boleh handle, rujuk suami.
Maaf ya suri-suri. Panjang sikit story saya malam ini. Suri-suri jangan kecam tau. Komen murni je.”
#pdpr sesi ptg ye.
Mingguan Wanita : Bagus kan menetapkan jadual tugasan kerja rumah untuk anak-anak. Lagi-lagi di musim PKP ini, jika tiada aktiviti anak-anak pun cepat berasa bosan.
Perkara yang selalu suami terlepas pandang berkaitan dengan hutang nafkah isteri. Tanggapannya kerana isteri juga bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Bagaimana pula dengan isteri yang tidak bekerja.
Mungkin bagi isteri, semua ini tak kisah dan tak merasakan suami hutang nafkah isteri. Sebab mereka sama-sama berusaha mencari rezeki dan tanggung keluarga bersama. Kadang-kadang, suami berkira pula dengan isteri. Jadi kedekut, mentang-mentanglah isteri bekerja.
Hakikatnya, ingat kembali, setiap bulan cukupkah dengan duit yang suami ada atau merasakan rezeki selalu tak cukup. Adakah ini boleh dikaitkan dengan suami hutang nafkah isteri.
Perkongsian daripada Khairul Johari ini mengingatkan para suami agar tidak terlepas pandang terutamanya dalam hutang nafkah isteri. Jika isteri redha dan halalkan, alhamdulillah. Tapi janganlah sampai lupa tanggungjawab pula.
Suami jangan bandingkan isteri dengan wanita lain, kalau isteri buat perkara sama baru tahu ‘sakitnya.’ Suami terpedaya melihat bentuk tubuh wanita lain kemudian memilihnya dan tinggalkan isteri.
Mana mungkin kuku isteri yang tidak pernah ke salon membuat pedicure dan medicure menjadi cantik kerana saban hari dia menyental bilik air yang kotor agar suami tidak terjatuh ketika melangkah masuk ke tandas yang licin berbanding gadis lain yang hanya pandai melawa.
Suami Jangan Bandingkan Isteri Dengan Wanita Lain
Jangan juga bandingkan dada isterimu yang mungkin kurang montok berbanding wanita lain yang menegak bagaikan gunung Everest. Ini kerana melalui dada itulah lahirnya anak-anak cergas yang disusui hingga usianya dua tahun sebelum disusui oleh anak-anak lain yang berderet jumlahnya kerana melayan karenah nafsu suami. Jadi layak sajalah dada itu meleper kerana segala keringatnya sudah diperah.
Jika lelaki terpesona dengan haruman wangian wanita lain, mana mungkin disamakan haruman isteri yang berpanas-panas memasak di dapur, menggosok pakaian kerjamu biar kemas masa yang sama perlu melihat anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian. Kalau ada pun waktu istirehatnya adalah ketika anak-anak tidur dan sudah semestinya dirinya juga ingin berehat seketika melepaskan lelah.
Kalau Isteri Buat Perkara Sama Baru Tahu ‘Sakitnya’
Jangan kau terus terpesona dengan bibir merah gadis lain di sebalik lipstik dipakai serta sut pakaiannya yang nampak segak di matamu tetapi kau sendiri begitu kedekut mengeluarkan belanja untuk mencantikkan isterimu dan berkira-kira wang dikeluarkan.
Sering kalilah tatap mata jernih isteri kerana dirinya sudah berpenat lelah bagi memastikan semua keperluan suami tersedia di depan mata. Tinjau jugalah hati isteri yang mungkin kekosongan kerana tercari-cari di mana suaminya yang mungkin tengah berseronok dengan wanita lain sedangkan hatinya sepi.
Setiap lelaki normal, memang menyimpan hasrat untuk berkahwin lebih daripada satu, sekalipun dia belum pernah diuji dengan perkahwinan. Sebenarnya, keharusan berpoligami di dalam Islam adalah diberi kepada pasangan yang mempunyai masalah dengan perkahwinan yang sedia ada. Tapi dengan syarat-syarat tertentu seperti sakit, gila, mandul dan sebagainya.
Hukum poligami dalam Islam adalah harus. Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka, maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang baik daripada perempuan-perempuan yang (lain) dua, tiga atau empat.” (Surah an-Nisa’, ayat 3) tapi jangan terus menyakiti hati isterimu dengan membandingkan dirinya dan wanita baru yang bertakhta di hatimu.
Jadi jangan bandingkan pengorbanan isterimu, sakiti hatinya kerana itu sememangnya tidak adil sama sekali.
Nota: Artikel ini diolah daripada artikel asal Kashoorga
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...