kecantikan

Kecantikan adalah sangat mahal bagi wanita. Jadi jangan ambil risiko guna produk kecantikan yang tiada jaminan keselamatan, tidak diketahui asal usulnyadan lebih penting lagi hanya menggunakan label cepat dan murah.

Kulit wanita perlu dibelai manja dengan penggunaan produk kecantikan wanita daripada bahan-bahan semulajadi, dibangunkan secara saintifik dan dibuktikan secara klinikal tanpa kompromi. Itulah nilai mahalnya kecantikan wanita.

Jadi kalau ada masalah kulit, selama mana kita boleh sembunyikan kekurangan pada wajah dengan solekan yang tebal. Bukan sahaja kulit tidak bernafas malah wajah wanita yang bersolek tebal kelihatan matang dan kadang kala terlihat tua daripada usia. Tambah pula bulan Ramadan yang bakal tiba nanti, lagi kita nak bebaskan wajah daripada sebarang solekan. Ada caranya agar anda tampak cantik walaupun tidak bersolek. Jom selongkar rahsianya!

1. Cuci Muka 2 Kali Sehari

Cuci wajah dua kali sehari, pagi dan malam adalah waktu yang paling sesuai. Pastikan sebelum tidur wajah bersih daripada sebarang kotoran. Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit. Namun jangan pula mencuci wajah secara berlebihan kerana perbuatan ini menyebabkan kulit menjadi kering dan hilang kelembapan semulajadi.

2. Pelembap Wajah

Selepas mencuci wajah, jangan lupa mengoles pelembap pada seluruh wajah dan leher. Pada hari siang, gunakan pelembap wajah yang mempunyai pelindung tabir suria. Ini dapat melindungi kulit sekaligus membantu kulit kekal lembap. Sapuan haruslah dilakukan secara nipis dan rata. Jika berlebihan bukan sahaja comot malah membuatkan kulit melekit.

3. Cara Kreatif Skrub Wajah

Bagi yang mempunyai kulit normal dan tidak berdepan masalah seperti jerawat, anda boleh menggunakan skrub yang dijual di pasaran untuk menyental kulit secara lembut. Skrub dapat membantu membuang sel kulit mati. Namun untuk golongan yang mempunyai kulit sensitif, ini caranya. Rendamkan tuala kecil dalam air suam, kemudian lap wajah secara perlahan-lahan. Kaedah ini membuang sel kulit mati dan membantu menjadikan kulit halus. Lakukan dua kali seminggu, kulit anda akan kembali menawan.

IKLAN

4. Penyegar Bebas Alkohol

Selepas bersihkan wajah, sebaik-baiknya gunakan penyegar. Penyegar ini dikatakan dapat kembalikan kelembapan kulit. Pilih penyegar bebas alkohol, ia lebih mesra dan merawat kulit dengan lembut tanpa mengeringkan kulit. Penyegar juga dapat membantu mengawal minyak pada wajah dan mengecilkan pori-pori. Haaa… jangan culas menggunakan penyegar kalau mahu miliki kulit yang cantik.

5. Jangan Tidur Selagi Tak Buang Mekap

Jangan sesekali tidur dengan wajah yang bermekap. Bersihkan solekan pada wajah menggunakan penanggal mekap. Pilih jenis penanggal solekan yang sesuai dengan jenis kulit. Sisa solekan boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan mengundang masalah kulit seperti jerawat. Untuk bahagian mata, gunakan penanggal solekan khas. Ini kerana bahagian ini sangat sensitif dan kulit di sekitar mata begitu halus.

6. Hentikan Tabiat Memicit Jerawat

Terlalu kerap menyentuh muka juga menyebabkan bakteria berjangkit. Terutama untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat. Usah memicit jerawat, ia bukan sahaja menyebabkan semakin teruk malah meninggalkan parut pada wajah. Elakkan juga perbuatan menggaru wajah.

IKLAN

Rajinkan Diri Waktu Malam

Ya, waktu malamlah waktu yang cukup sesuai untuk kulit bekerja. Mak-mak boleh ikut panduan bersihkan kulit sebelum tidur…

1. Mandi dengan air suam

Sekiranya anda menggunakan tab mandi, penuhkan tab dengan air suam terlebih dahulu dan campurkan buih mandian aroma terapi. Apabila tubuh berada dalam keadaan selesa, secara tidak langsung ia akan membuatkan minda dan badan jadi lebih relaks

2. Sapu losen, minyak

Selesai mandi, lumurkan losen badan atau minyak bayi agar kulit badan atau minyak bayi agar kulit badan dapat mengekalkan kelembapan semalaman. Tidak lupa juga pada tangan dan kaki, sapu krim khas untuk tangan dan kaki, ia amat penting bagi menyediakan tangan yang lembut dan lembap keesokan hari.

IKLAN

3. Krim pelembap kaki

Jika anda mengalami masalah kulit kaki yang kering dan mengelupas atau cekam bulu, oleskan krim yang mengandungi bahan seperti glycolic dan asid sali silik. Ini mampu menyingkirkan bakteria, selain melembapkan kulit. Jadikan ia satu rutin setiap kali sebelum tidur.

4. Pengudaraan

Pastikan udara dalam bilik sentiasa lembap kerana udara yang lembap dapat memastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan lembap serta bersinar keesokan harinya.

Tak susah, bukan? Nak kulit sihat dan cantik, haruslah jaga lebih! Gunakan tips untuk memilih produk skincare yang betul dan selamat. Pastikan tiada bahan-bahan kimia berbahaya atau sumber bahan yang diragui ketulenan dan keselamatannya.

Pemilihan produk skincare yang salah hanya boleh memberi jaminan kecantikan, putih dan berseri yang sementara. Bahkan anda terpaksa rela menanggung beban kulit muka rosak yang sangat buruk padahnya. Selamat bercantik-cantik!

Nota: Malam raya, pastikan tidur awal kalau tak nak ‘pikul’ eyebag pada Raya Pertama.