Ikan siakap rebus tomyam ini memang resepi mudah sedia lagi menjimatkan masa. Cuma 20 minit saja diperlukan untuk penyediaannya. Suri tak perlulah nak bazirkan waktu memasak menu yang rumit, lagipun ketika ini ramai daripada anda bekerja dan tak punya banyak masa.
Ini perkongsian daripada Chef Ustazah Wan Habsah. Menu ini bukan saja sesuai dihidang untuk makan malam, siakap rebus tomyam juga sesuai dijadikan juadah makan tengahari keluarga.
Bahan-bahan Siakap Rebus Tomyam (Rujuk Pada Gambar)
1. Serai, halia dan cili api diketuk kasar (dititik).
2. Mayam 3 biji bawang besar dan 1 labu bawang putih.
3. Rebus air dan masukkan serai, halia, bawang besar dan bawang putih.
4. Masukkan 3 ekor ikan Siakap.
Ads
5. Masukkan 1/2 cawan sos tiram.
6. Tambah 3-5 sudu pes tomyam.
7. Masukkan bunga kantan, cili api serta garam.
Ads
8. Perah limau nipis dan potong daun limau purut. Buang urat tengahnya.
9. Tepung jagung sebanyak 3 sudu dibancuh dengan air. Jika suka pekat tambah lagi tepung.
10. Kacau dan masuk buah tomato potong dan daun limau purut. Masuk bancuhan tepung dan air perahan limau nipis.
Ads
11. Sedia untuk dihidangkan.
Anggaran memasak: Antara 10 – 15 minit
Resepi ikan siakap rebus tomyam ini enak dimakan panas-panas dengan nasi putih. Nak lagi kick boleh gorengkan telur dadar. Mak mertua lalu dekat sebelah pun boleh tak perasan nanti.
Resepi daging dendeng ini memang panjang stepnya, tapi berbaloi untuk dicuba. Sebabnya resepi ini asalnya resepi turun temurun keluarga Ketua Chef Umi Shida Alias yang dikongsikan semula oleh Puan Ilya Sazuani Radzuan Ahamad ketika beliau” mengikuti kelas masakan bersama Ketua Chef Umi.
Lagi-lagi waktu Raya Haji nanti tentu ada daging korban yang diberikan. Bolehlah suri cuba membuat daging dendeng ini. Kalau ikut satu per satu cara yang ditunjukkan di bawah, insyaAllah resipi daging rendang dendeng anda ini pasti menjadi dan enak rasanya.
“Alhamdulillah, semalam dapat belajar buat secara khusus Daging Rendang Dendeng dari Ketua Chef Umi Shida Alias. Resepi turun temurun dari keluarga Umi di kampung.”
“Kami mula dari pukul 11 pagi, habis masak semua dalam 5 petang. Daging denndeng ni memang menjadi kegemaran kami kalau beraya rumah Umi. Dah banyak lama tunggu masa nak belajar, akhirnya Allah izinkan juga semalam.”
Kelas memasak ini turut dihadiri rakan baik yang sudah dianggap kakak sendiri iaitu kak Norlie Kifle dan kak ita Yusnita Ismail.
“Masakan ini bukan mudah kalau hanya mencatat resepi. Kena di perhatikan cara-cara, selok-belok dan pesanan-pesanan. Barulah betul.
“Resepi yang akan saya sertakan di sini, halal buat semua. Semoga keberkatan perkongsian turun temurun ini dapat memberi manfaat buat kita dari dunia sampai hari mendatang.”
Sukatan bahan-bahan yang tidak dicatatkan dan cara-caranya ada di bawah. Sukatan tidak disertakan kerana Anggaran saja dari Umi.
Nota hakak: Orang lama memang begitu caranya, tak perlukan sukatan tepat bak resepi Mat Salleh. Tapi agak-agak itulah rahsia ‘air tangan’ masakan orang lama yang orang muda kena faham dan praktis sampai banyak kali… sampai menjadi.
Daging segar – 6kg
Bawang kecil
Halia
Bawang putih
Cili kering – 300gram
Kicap manis
Kicap masin
Asam jawa
Gula
Garam
Minyak
Rebus daging selama 30 minit sahaja.
Daging potong saiz macam ni.
Potong dengan ketebalan dan saiz di atas. Ketuk dengan halu lesung sampai menjadi nipis 75 % dari saiz asal dipotong tadi.
Petua: Nak mengetuk daging ni, kena ketuk tepi dulu. Lepas tu baru ke tengah.
Kami kupas semua. Tapi taklah guna semua.
Ini bawang putih dan halia yang siap dikupas.
Bawang kecil muda.
Itu sahaja halia dan bawang putih yang digunakan. Pastikan halia kurang dari bawang putih.
Semasa proses untuk kisar bawang.Pastikan semua bawang, halia di basuh dengan selawat dan toskan. Kisarkan kasar bawang kecil. Jangan terlalu halus. Pastikan ada kasar kasar. Kalau rajin, bolehlah tumbuk dalam lesung batu.
Nanti untuk menumis, bawang ni tak digunakan habis. Ada dalam 1 cawan lebihan bawang kecil kisar. Namun berbeza dengan halia dan bawang putih. Bawang putih dan halia kena kisar halus.
Cili dipotong kecil dan direndam dengan air panas. Bukan rebus. Hanya rendam air panas.
Cili juga kena kisar lebih kasar dari ni. Kalau boleh ada 1 kali yang halus. Lepas tu semua kasar. Kasar lebih sikit dari gambar ni. Jangan kasar sangat pulak. Kang tak jadi.
Daging yang siap dia tumbuk, diperapkan dengan kicap manis dan kicap masin. Perap lama sikit. Tapi semalam kami perap dalam 30 minit jer.
Masa ni juga tiada sukatan. Pastikan semua daging bersalut. Seimbang rasa manis dan masin dari kicap. Siapa yang lebih manis, lebihkan kicap manis dari kicap masin. Siapa yang nak lebih masin, lebihkan kicap masin dari kicap manis.
Panaskan kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan daging. Semasa goreng daging, kena main-main api. Kena jaga api, jangan tinggal pi main wassap, sat lagi makan daging arang, bukan daging dendeng.
Kami buat dua kuali semasa menggoreng. Supaya cepat.
Ini antara kesalahan yang Ketua Chef jumpa. Daging tak diketuk dengan betul.
Okay, sekarang nak tumis sambal. Pastikan guna minyak yang goreng daging tadi. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bawang putih dan halia dulu. Tunggu dalam 5 minit baru masukkan bawang kecil kisar. Tumis lagi. Sampai naik bau.
Tumis lagi… sabar… jangan kelam kabut nak masuk cili kisar.
Dah pecah minyak tumisan bawang tadi, masukkan cili kisar. Tumiskan sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan gula, garam dan asam jawa. Asam jawa jangan terlebih, nanti pahit sambal ni. (Asam jawa saya lupa nak snap gambo)
Dah pecah minyak, masa untuk terjunkan segala daging yang siap digoreng. Terujanya kami!
Kacau sampai sebati. Dan kecilkan api, biar dia mereneh lama sikit sampai kering sikit. Tapi kalau terlalu kering, tambahkan air daging. Kalau tidak, tak perlu.
Nampak tak dalam kuali tu? Hahaa dah nak siap tu. Dalam 30 minit kami reneh. Muka tak sabar nak makan.
Balik rumah, terus makan dengan nasi putih panas panas. Inilah kegemaran saya!
Daging korban waktu raya haji nanti bolehlah dicuba untuk membuat daging rendang dendeng ini. Tentu lebih lembut dan manis sebabnya guna daging baru.
Sumber/Foto: Ilya Sazuani Radzuan Ahamad via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 bukan sahaja tular berkait dengan pingat emas yang diraih dan kehebatan pemain malah makin ralit dengan tumpuan netizen pada ketampanan pemain yang terlibat.
Antara atlet yang menjadi tumpuan ialah putera raja yang kini mencuri tumpuan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen iaitu anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bolkiah dan bekas isteri Hajjah Mariam dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Sementara atlet wanita yang menjadi sebutan ramai pula sudah tentu dari gimnastik iaitu Farah Ann yang merangkul emas.
Begitu juga dengan skuad bola sepak Malaysia yang sudah layak ke peringkat final.
Memang isu Sukan Sea sedang ‘trending’ dan semua orang berebut nak tahu tentang acara dan kemenangan terbaru setiap hari.
Nak dijadikan cerita dalam kesibukan netizen update mengenai Sukan Sea, tetiba nama peserta Pencetus Ummah musim pertama iaitu PU Rahmat menjadi PANAS selepas dia membuat satu tweet yang akhirnya menjadi viral.
“Yang perempuan bergetar melihat Putera Mateen”
“Yang lelaki keras melihat Farah Ann”
Ramai netizen yang terkejut dan membalas tweet PU Rahmat kerana seperti tidak sesuai, malah dilihat seakan mencari publisiti dengan cara tweetnya yang berbaur lucah.
Namun maksud sebenar PU Rahmat ialah untuk mengatakan bahawa sebagai orang Islam, kita seharusnya menjaga pandangan mata. Tetapi lain pula yang difahamkan oleh sesetengah pengikut laman twitter sehingga ramai yang menegur dan memberi pandangan mereka tentang tweet PU Rahmat ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai yang tak tahu pasal tukar tayar, kadang ada sesetengahnya main beli dan serah bulat-bulat pada pomen dan kita cuma bayar! Tolonglah berhati-hati sebab ini boleh bahayakan keselamatan anda dan ahli keluarga yang lain. Untuk bacaan penuh, baca perkongsian Yusaini Yamin ini…
Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar. Yang baharu ada RM175 @ RM185. Baik amik yang baharu, puas hati. Minta diorang bawa keluar tayar tu, nak tengok. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yang harga RM175.
Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dah mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lagi kene sound lah.
“Tayar lama u jual RM175 ke? Tau tak tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia pergi tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula diorang bagi RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar.
Hmmmmm… tayar korek pun dah RM80. Baik amik yang ni. So dapat lah 4 biji tayar baru dengan mula harga RM420 rim 15′.
Moral of story?
Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Diorang akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita tak tertipu.
Berikut ialah senarai kod yang patut kita tahu.
Semoga dapat manfaat bersama.
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).
Info Pasal tayar kenderaan;
Contoh 205/65/R1594H
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam
Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam
SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.
Tercatat Di Sisi Tayar.
Contoh 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.
Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.
Kredit: Yusaini Yamin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rendam muka dalam air sejuk, bukan hanya kurangkan mata sembap tapi reset emosi. Masih ramai yang pandang remeh dengan tip ini tetapi sebenarnya merendam muka dalam air sejuk waktu pagi banyak manfaat.