Tak pe..tak pe.. nanti saya kemaskan semua
Tolong letak baju kat dalam bakul yang saya sediakan ye!

Aduh! Semua benda yang dilakukan di rumah semua tidak kena. Ada saja salahnya. Tak buat salah, buat lagi salah. Cerewetnya teramat sangat. Jangan pula bila ada tetamu datang, mata dok melilau sana sini takut anak-anak tetapi menyepahkan barang.

Tidak kurang juga bila kita dengar rintihan kawan-kawan yang sudah berkahwin. Kononnya, pasangannya punyai sikap yang cukup cerewet. Bukan sahaja dari segi makanan tetapi juga penampilan mahupun kebersihan.

Sememangnya pada awal perkahwinan tidak menjadi satu bebanan. Namun, lama-kelamaan sikap ini boleh merimaskan pasangan. Mengulas lebih lanjut bersama Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat.

Cerewet Sangat Sampai Boleh Merimaskan Pasangan

Jenis Cerewet

a)Cerewet kerana teliti dan teratur.
b)Cerewet kerana kebersihan dan kesihatan.
Ada sesetengah menganggap ia sebagai mengada-ada dan keterlaluan kerana melampaui, tidak logik dan tidak boleh bertolak ansur.
Dari segi psikologi, pasangan seperti ini sering dikaitkan dengan perangai seseorang yang agak perfectionist.
Ia juga boleh terdorong kepada sindrom awalan Obcessive Compulsive Disorder yang terdapat pada orang terlampau menjaga kebersihan dan kesihatan.

IKLAN

Terlalu cerewet kerana….

Apabila kita terlampau mendisiplinkan diri kita dan inginkan orang lain mengikuti cara kita. Ia berkaitan dengan faktor awal pembesaran yang dibawa ke peringkat dewasa.
Pasangan cerewet sering ingin dilihat seperti seseorang yang teratur dan pembersih dalam segi menjalani kehidupan seharian, menjaga pemakanan, penampilan diri, pembersih dan terlampau teliti dengan semua perkara.
Cerewet juga mempunyai sifat waswas serta kekhuatiran tentang perbuatan mereka sendiri.

Suami Atau Isteri Yang Lebih Cerewet?

Ia berbeza antara suami dengan isteri. Dari segi penampilan, kebersihan, pemakanan dan menjaga kesihatan, perempuan lebih cerewet daripada lelaki. Ini mungkin disebabkan pembawaan isteri dari awal dan mempunyai perasaan geli apabila melihat sesuatu keadaan atau ia mempunyai perangai secara semula jadi. Walau bagaimanapun ciri-ciri cerewet ini boleh berkurangan mengikut keadaan sekeliling dan kekuatan pengaruh di antara satu sama lain.

Baik Buruk Cerewet

Ia mempunyai sifat-sifat buruk dan membosankan tetapi ada juga sifat baiknya. Cerewet bukan lah satu sifat yang boleh dibuat-buat atau boleh bertolak ansur dan diterima ala kadar saja.

IKLAN

Sifat- sifat yang baik akan mendorong seseorang itu untuk menjaga disiplin, kesihatan dan kebersihan dengan lebih terperinci. Ia perlu memahami kenapa cerewet boleh berlaku kepada seseorang.

Perkara cerewet yang sering ditegur adalah seperti:
Tidak menutup kembali penutup ubat gigi yang telah digunakan.
Mengambil lauk makanan dengan tidak menggunakan sudu dan menggunakan tangan kanan yang penuh dengan nasi.
Tidak menyidai tuala mandi yang telah digunakan.
Tidak mengasingkan warna baju yang telah digunakan untuk dicuci.
Pengotor dan berbau busuk.
Tidak menaikkan kembali tempat duduk tandas selepas digunakan.
Memeriksa pintu berkali-kali untuk memastikan ianya telah dikunci dan sebagainya.

Tip Tangani Pasangan Cerewet

Setiap pasangan perlu memahami tentang cerewet yang sedia ada dan adakah ia boleh diterima atau tidak. Ada perkara yang ditegur itu benar dan telah disalah tafsirkan sebagai cerewet.

IKLAN

Ada cerewet yang boleh bertolak ansur. Ini semua terpulang kepada cara kehidupan masing-masing. Setiap cerewet yang dirasakan keterlaluan hendaklah di bincang supaya dapat diselesaikan secara aman atau difahami kenapa ianya berlaku.

Setiap pasangan mempunyai pilihan, menerima cerewet dan mengikutnya atau tidak mengindahkan cerewet tersebut.

Walau bagaimanapun setiap pasangan boleh agree and compromise setiap perbuatan supaya tidak mendatangkan keadaan yang membosankan

Panduan Suami Isteri

Untuk setiap pasangan, cerewet suami atau isteri tidaklah boleh keterlaluan dan mendalam sehingga menyentuh perasaan pasangan mereka dan orang lain. Jika cerewet ini ketara dan berlebihan, setiap pasangan tersebut hendaklah cuba mengubatkan sifat cerewet dan diri mereka melalui terapi yang sedia ada.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI