Cendol Versi Tiada Mesin Parut Ais, Bekukan Dulu Santan & Susu!

Share

Musim panas ini sedapnya dapat makan cendol sejuk.

Tetapi disebabkan wabak Covid19 ini masih lagi berleluasa, pasti kita rasa malas hendak keluar membelinya, kan?

Apa kata kita buat sahaja cendol sendiri di rumah.

Perkongsian resipi daripada pemilik akaun Facebook Rena Masni Hamdan di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) ini boleh kita jadikan panduan.

Cendol Versi Tak Ada Mesin Parut Air Batu

Bahan-bahan

Guna cedok Tesco
1 paket kecil Santan Kelapa Sawit
¼ tin susu cair Saji
1 paket cendol segera
1 sudu kecil garam halus
2 sudu jagung cream dalam tin Cap Ayam
Air gula merah(ini sahaja dimasak)

Baca sini:
Popia Bergedil RANGUP, Celup Dalam Telur & Digoreng Rasanya Lebih SEDAP!
Resipi Asli Thai, Ayam Goreng Hat Yai Lembut Dan Moist!

Cara buat:

1. Bancuh Santan dan susu cair bersama 1 liter air masak dan garam. Kacau sebati.

2. Simpan santan sehingga tahap sejuk bekunya menampakkan ais kristal macam dalam gambar cukup. Kalau terlajak beku, blender la…banyak lak kje ye..

3.Aduk-aduk (bahan-bahan lain) campur-campur siap…boleh makan terus.

Kalau ada tapai bubuh tapai, kalau ada pulut bubuh pulut..Yang ngada nak Durian tu pandai-pandai korang la.

 

Info penting: Cendol ini perlu disimpan semalaman di dalam peti sejuk beku sebelum digunakan.

Sumber/ Foto: Rena Masni Hamdan

Baca sini lagi:
Buat Sendiri SOS CHEESE WEDGES. Senang Sangat Dan Puas Hati

IKLAN