Cara ‘survive’ dalam keadaan ekonomi sempit “Turunkan ego, ‘downgrade’ gaya hidup kita”. Setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi perkongsiannya di Facebook.

Hari ini mak-mak kenalah terima hakikat bahawa banyak barang yang mengalami kenaikan harga. Hakikatnya, isu kenaikan harga barang terus membelenggu kita semua.

Tapi nak tak nak hidup perlu diteruskan walaupun banyak harga barang naik, namun kita perlu tempuhi keadaan ekonomi walaupun poket tidak tebal.

Cara ‘Survive’ Dalam Keadaan Ekonomi Sempit

Dalam keadaan ekonomi sempit ini juga mak-mak kenalah mula menguruskan kewangan dengan bijak. Ikuti perkongsian Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol tentang pengurusan kewangan buat kita semua. Semoga apa yang dicoretkan ini memberi manfaat buat kita semua terutama golongan mak-mak.

“Bagaimana Aku Cuba “Survive” Dalam Keadaan Ekonomi Sempit Sekarang…

“Camna nak survive ni bro? Semua benda naik harga. Ayam, ikan, daging semua mahal. Telur pun makin mahal. Gaji tak naik tapi kos hidup makin lama makin tinggi…”

Itulah keluhan yang makin kerap Aku dengar dan baca sejak akhir-akhir ini

“KURANGKAN HUTANG DAN KOMITMEN BULANAN, TAMBAHKAN SUMBER PENDAPATAN…”

Itulah formula yang sering diulang-ulang oleh pakar kewangan bila setiap kali isu ini dibincangkan.

Cakap mulut memanglah senang. Nak buat tak senang bro.

FIRST, kena turunkan ego…Takde cara lain melainkan kita “downgrade” gaya hidup kita. Kurangkan komitmen bulanan kita.

Contoh kalau dulu Aku pakai Honda CRV pergi kerja, sekarang Aku guna Axia sahaja sejak 2018. CRV tu pun dah 9 tahun umurnya. Dah makin berusia…

IKLAN

Kalau kerap sangat guna, kos maintenance pun boleh tahan tinggi juga

Orang kita ni suka ukur kejayaan dengan melihat brand apa kereta yang kita pakai. Bila lihat kawan downgrade terus kutuk, perli dan kecam. Seolah-olah life kawan tu loser sangat.

Turunkan Komitmen Serendah Mungkin 

Meh abang pilot nak advice… Kalau ada kawan kita yang camtu, kau buat-buat pekak dan abaikan saja. Kita hidup bukan untuk impresskan mereka.

Yang sakit nak bayar sampai ikat perut tiap-tiap bulan tu kita, bukan depa…

Yang stress sampai gaduh laki-bini nak bayar hutang tu kita, bukan depa…

Yang bakal merana kerana sikap ego dan tak nak kalah nanti tu ialah keluarga kita, bukan depa.

So now, Aku cuba turunkan komitmen sekarang serendah yang boleh. Elakkan benda-benda yang tidak penting dan beli benda yang betul-betul perlu sahaja.

Listkan benda-benda yang kita bayar tiap bulan tapi minimum sangat penggunaannya.

IKLAN

SECOND, kawal belanja harian kita terutama bab habits dan makanan. Cara Aku adalah kurangkan makan ditempat-tempat yang “high class” dan harga “world class”. Sebulan sekali tu kira oklah.

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Sekadar nasihat untuk kebaikan…

▪︎ Kepada yang asyik tukar-tukar sport rim dan suka habiskan duit kat aksesori kereta itu, Aku wish good luck…

Aku faham. Hobi kita tak mahal, setiap orang ada minat dan hobi masing-masing… Kalau mampu teruskanlah dengan minat tu. Buat yang tak berapa mampu tu harap sedar diri sebelum terlambat.

▪︎ Kepada yang merokok dan hisap vape tu boleh dah slow-slow reduce atau berhenti terus lagi bagus.

Kalau sampai terpaksa pilih antara susu & pampers anak dengan rokok atau vape, itu dah kira kronik sangat dah tu. Berubahlah kawan…

▪︎ Kepada yang suka bergaya dengan aksesori beg dan pakaian branded, kawal nafsu anda. Bukan tak boleh nak “reward diri” tapi beringatlah… Ukur baju dibadan sendiri.

Mungkin sekarang kita rasa mampu tapi sekali Allah turunkan Covid-19, tengok berapa ramai yang dulunya megah dan mewah sekarang dah terduduk menyembah bumi…

So lesson learned here, Beringatlah. Langit tak selalu cerah. Hidup ini tak selalunya indah,” luah Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol.

IKLAN

Baca Disini : Wanita Kena Bijak Menabung, Ayda Jebat Nasihat Jangan terlalu Boros Ketika Berbelanja

“Bukan Setakat Bagi Duit Belanja, Tanggungjawab EMOSI Pun Kena Ambil Tahu,” Norman Hakim

“Ukur Baju Biarlah Di Badan Sendiri” Komen Warganet 

Merusi komen ramai yang bersetuju dengn pendapat tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol. Malah ada yang berpendapat memang wajib kita berbelanja mengikut kemampuan.

Mingguan Wanita :  Zaman ekonomi tidak menentu ini bijaklah dalam menguruskan kewangan. 

Sumber : Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol

Sumber Foto : Canva  

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.