Ayam boleh dikatakan barangan mentah wajib ada dalam peti sejuk setiap kali beli ‘lauk’ di pasar. Jika selalu ayam yang dibeli diasingkan dalam beberapa bekas dan disimpan terus dalam peti sejuk. Namun, bila simpan cara begini ayam beku tersebut jadi keras, melekat dan lambat dicairkan.Sebenarnya ada cara mudah untuk simpan ayam dalam peti sejuk. Barulah ayam elok seketul-seketul tak melekat, senang direndam dan cepat dimasak.
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Suzana Zainal ini.
Saya nak berkongsi cara saya simpan ayam atau daging atau ikan
Cara-Caranya:
1.Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2.Selepas itu letak dalam dulang, pastikan tak melekat antara satu sama lain.
Ads
3.Masukkan dalam tempat beku dalam 2 hingga 3 jam.
4.Selepas dah beku ambil satu persatu dan masukkan dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang, tak payah rendam semua, cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
MW:Setiap orang ada cara dan tip yang tersendiri. Menarik juga cara simpan ayam begini.Elok seketul-seketul tak melekat dan senang nak masak. Jadi tak perlu rendam semua, ambil beberapa ketulan yang di mahu dimasak sahaja. Malah ayam beku pun cepat cair dan tak keras bercantum-cantum.
Sumber: Suzana Zainal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buat biskut mahupun kek perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.
Bagi mak-mak yang suka buat biskut baik untuk suka-suka makan sendiri mahupun buat bisnes jual biskut, baca perkongsian tip yang dikongsikan oleh Puan Maz Samad ini.
Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali harung, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
MW: Semoga perkongsian tip buat biskut ini bermanfaat. Jadi bila nak buat biskut, ingat tip yang dikongsikan ini iya. Barulah buat biskut elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.
Buah Tembikai antara buah kegemaran ramai dan mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun bukan mudah untuk memilih buah tembikai yang rasanya segar, manis dan merah cantik!.Seringkali ramai yang menyesal dan kecewa membeli buah ini, akibat tersalah pilih. Buahnya tawar, pucat, tak segar dan kurang berair.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Musyahadah Oo jika nak nak beli buah tembikai ini. Ilmu pilih buah tembikai ini diajar oleh Penanam Tembikai sendiri.
Semalam saya pergi Econsave beli tembikai. Lepastu saya nampak uncle Cina pilih-pilih. Saya perhatikan dia berpusing-pusing memilih tembikai semua tak kena. Saya pun bertanya kepoh;
“Uncle apasal uncle pilih-pilih sikua (tembikai) semua tak kena?” sambil campur cakap cina lah saya.
Uncle pun jawab “Amoy…mai saya ajar, ni no1 ‘belalai kerinting’ menandakan buah pertama. Manakala no2 ni buah kedua dan yang lurus ni no3 menandakan buah seterusnya.
Kalau you ah nak manis ambil buah no 1 merah cantik, ok. Lagi ah, kalau nak tau kulit tu tebal dan nipis tengok biku (bontot) dia. Kalau lubang besar macam ni ah kulit tebal. Kalau lubang tu kecil tanda kulit nipis ah.
Ok you mau mana? Saya pun jawab nak yang manis, uncle!!
Ok dia suruh saya pilih bagi can cari tembikai belalai kerinting.Dapatlah.
Uncle pun senyum, saya macam budak baru belajar. Uncle pun berlalu saya ucap, “xie xie ni uncle”.
Dalam hati ada betulkah uncle nih? Dia kata ia penanam tembikai.
Hahhh…ni sebelum potong saya cerita suami untuk membuktikan tembikai yang saya beli MANIS merah tapi kulit agak tebal sebab saya pilih lubang bawah besar .
Jeng jeng jeng jeeng, bila potong. Eeeh betullah, manis merah cantik memang kulit tebal sikit.
Ilmu ya, boleh kita dapat di mana-mana jangan malu bertanya.
Sekadar perkongsian. Siap snap gambar di econsave sebab nak buktikan suami dan anak kata fresh, manis betul.
Permulaan baru berkahwin dan memulakan kehidupan rumahtangga, serba serbi kena berjimat. Perabot dan perkakas elektrik seadanya, apatah lagi jika masih menyewa rumah. Jika di rumah masih tiada almari, boleh cuba DIY sendiri buat macam ni. Bajet baru RM40, memang jimat dan sesuai letak baju bayi atau anak-anak yang ringan.Malah barang-barang juga boleh dapatkan di Kedai Eco dan Mr DIY je.
Sejak kami sewa rumah kami takda almari. Ada la almari 2 pintu time Ekin bujang dulu.Sekarang 3 orang dah, mana muat selalu lipat-lipat susun atas lantai bilik belakang. Nak beli almari mahai nauu laki kerja sorg oii.
So terfikir laa nak buat macam ni dalam RM30-RM40 je sebiji. Boleh kami suruh laki kami buat dalam 2, 3 biji hahah (DIY ni untuk bahagian penyangkut sangat elok laa untuk baju baby atau anak-anak. Kalau baju kita ni berat)
PVC paip 11 batang (RM 1.60/sebatang DIY Balik pulau)
Elbow paip 10 pcs (RM0.41/pcs DIY Balik pulau)
T-Socket paip 6 pcs (RM 0.66/pcs DIY Balik pulau)
Cable tie (1 paket RM 2.56/sepeket DIY Balik pulau)
Bakul 6pcs (RM 2.10 Eco dekat Relau)
Fitting D/E socket 2pcs (RM0.47/1pcs DIY Balik pulau)
Socket fitting ni untuk sambungkan bagi penyangkut tu bagi tinggi sikit dalam gambar ni kami tak bubuh lagi)
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.