Bagi orang utara, bahagian isi putih tembikai juga boleh dibuat kerabu yang sedap. Nak buat kerabu ni bahan-bahan yang digunakan tak banyak pun, tapi sangatlah mudah nak buatnya.
“Hampa oii yang beli tembikai lepas ambik isi jangan la jadi pepatah orang kata habis madu sepah dibuang.Serpihan isi tembikai yang ada lagi di bawah tu ada faedahnya.”
“Bagi pencinta kerabu macam sis ni memang pantang la jumpa lepas beli tembikai wajib kerjakan sampai kulitnya.”
“Ni kat bawah ni dah tunjuk gupe serpihan tembikai dan lepas dikikis isi dalam lebihan. Try la buat sedap baqhang. Kerabu tembikai nama dia.”
Simple ja bahan-bahan dia.
1. Serpihan isi tembikai lepas potong
2. Bawang merah
3. Cabai Melaka(cili padi)
4. Belacan
Ads
Cara Membuat:
1.Kikis isi tembikai lebihan tu pastu picit je belacan dengan cabai melaka pastu potong bawang merah.
2.Gaul semua sebatikan dengan garam sikit dah cukup.
3.Tak yah nak gatal tangan campur gula atau aji bagai dah sedap dah rasa dia. Tak perlu semua tu. Cukup sekadar garam secubit. Dah siap ❤
Bila cuti lama ni adakalanya buntu juga mak-mak nak masak apa untuk minum petang.Boleh cuba buat resipi cakoi cicah sos karamel ni. Cara nak buat sangat mudah, bahan-bahan pun tak banyak. Yang penting gebu dan sedap!
“Hai, petang ni rumah awak makan apa. Rumah saya harini buat cakoi cicah sos karamel.Ni cara saya buat cakoi. Walaupun bukan resepi original tapi boleh lah buat makan, ada la jugak rupa cakoi.”
“Resepi sos karamel pun ada sekali saya sertakan. Semua resepi ini ikut cara yang saya selalu buat.”
300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum
2 sudu makan gula
½ peket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 cawan air
⅓ cawan minyak masak
1. Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
2. Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
3. Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
4. Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
5. Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
6. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
1 cawan gula
½ cawan susu pekat
½ cawan air
1 sudu butter
1. Masak gula atas dapur sampai perang.
2. Masukkan susu pekat dan biarkan ia sebati.
3. Tambahkan air supaya sos karamel menjadi cair.
4. Akhir sekali masukkan butter dan tutup kan api.
5. Sos karamel sangat cair ketika panas tetapi menjadi 2 kali ganda pekat apabila sejuk.
Sedapnya Tau Fu Fah, baik dimakan sejuk mahupun panas. Biasanya tau Fu Fah ni ada di jual di pasar malam. Namun dalam keadaan sekarang jika teringin nak makan tau fu fah lembut dan sedap ni, boleh buat sendiri je di rumah. Lebih sedap, jimat dan terjamin kebersihannya.
Mak-mak boleh cuba resipi Tau Fu Fah ekspres yang dikongsikan oleh Puan Nuradini Baharudin ini. Guna 3 bahan je, 15 minit dah siap! Paling cukup penting mudah, tak perlu rebus, kisar dan tapis kacang soya untuk mendapatkan airnya. Guna air kotak soya pun boleh jadi.
2 kotak besar Air soya (1 Liter)
Agar-agar bertali (1 bungkus-18 gram)
1 ketul Gula melaka (untuk kuah)
Gula pasir (pilihan)
1 cawan air
1. Didihkan secawan air dan masukkan agar-agar. Kacau hingga larut.
2. Masukkan air soya untuk beberapa minit dan tutup api.
3. Tapis untuk dimasukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
4. Untuk kuah, didihkan air dan masukkan gula melaka, tambahkan gula pasir jika suka manis.
5. Apabila air soya tadi sudah beku boleh lah dihidangkan bersama air gula melaka tadi.
Siap! Senang dan simple sangat kan? RUGI TAK CUBA. Boleh di makan semasa panas dan sejuk.
MW: Rupanya mudah je nak buat tau fu fah sendiri di rumah. Ikut cara ekspress ni, guna 3 bahan je dan ikut resipi yang dikongsikan pasti jadi.Lebih sedap, jimat, berbaloi, halal dan terjamin kebersihannya.
Sumber: Nuradini Baharudin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali hebat dan gemar memasak di dapur. Pelbagai resipi kerap dikongsikan didalam instagram khas aitangan_tunkuazizah yang sering menjadi rujukan buat followersnya. Baik dari jenis lauk pauk kampung, western, manisan dan pelbagai jenis resipi dikongsikan oleh baginda.
Jadi tak hairanlah, Tunku Azizah mendedahkan memiliki hampir 2,000 koleksi buku resipi masakan simpanan peribadi yang dikumpul sejak berusia 12 tahun.
“Buku-buku masak koleksi saya sejak dari umur 12 tahun, semuanya milik @t.afzan …. rasanya dalam 2000 buku”
Terbaru, tuanku ada kongsikan air tangan baginda iaitu “Bread And Butter Pudding” yang rasanya dikatakan sedap lain daripada puding roti yang biasa dimakan. Istimewanya resipi ini menggunakan isi kelapa muda. Baginda tuanku juga menyatakan bahawa”Bread And Butter Pudding” ini menggunakan resipi asal daripada Dinah Shore cookbook.
“Bread and butter pudding, lain dari yang selalu kita makan dan sedap !
“Resipi ini sedap, tidak perlu rendam roti lama. Saya gunakan isi kelapa muda”
6 keping roti Perancis
2 tin susu cair
2 1/2 cawan air
2 1/2 cawan gula
3 sudu kecil Esen Vanila
2 cawan kismis
2 cawan buah-buahan dalam tin/ fruit cocktails (ambil buah sahaja)
1 cawan isi kelapa
125gm mentega
6 biji telur
1. Rendam roti dalam susu, air, gula dan campur esen vanilla.
2. Biarkan terendam dalam satu jam dan kacau sesekali.
3. Panaskan oven suhu 350F.
4. Selepas 1 jam, tambahkan kismis, buah koktail, isi kelapa dan mentega yang telah dicairkan.
5. Pukul telur guna tangan atau mixer dengan kelajuan perlahan.
6. Campurkan telur pada campuran tersebut. Kacau sebati.
7. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca pyrex 3/4 penuh.
8. Bakar puding tersebut selam 1 jam.
Menurut baginda lagi, puding roti ini sedap dinikmati begitu sahaja dan tak perlukan kan sos kastard atau cream anglaise. Boleh juga gunakan apa sahaja jenis roti yang ada.
MW: Menarik resipi ‘Bread And Butter Pudding’ yang dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong ini. Mak-mak boleh lah cuba di rumah untuk anak-anak nanti, jika nak rasa kelainan puding roti yang selalu kita buat.
Pengorbanan abang sering tidak terlihat. Lelaki ini menyangka abangnya kedekut kerana hanya memberi RM100 kepada ibu, sebelum mengetahui pengorbanan sebenar selepas pemergiannya.