buah tembikai

Buah Tembikai antara buah kegemaran ramai dan mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun bukan mudah untuk memilih buah tembikai yang rasanya segar, manis dan juicy.Seringkali ramai yang menyesal dan kecewa membeli buah ini, akibat tersalah pilih. Buahnya tawar, tak segar dan kurang berair.Sebenarnya ada beberapa tips tertentu yang boleh mak-mak jadikan panduan sebelum membeli buah ini.

Tips Pilih Buah Tembikai

1. Kenali Jantina

Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air serta biji.Ia lebih sesuai dibuat jus berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat, kurang biji dan rasanya pun lebih manis, yang sedap dimakan begitu sahaja.

7 Tip Pilih Buah Tembikai Manis & Juicy, Barulah Tak Menyesal Bila Beli Nanti!

2.Tompokan Kuning

Pilih tembikai yang mempunyai tompokan kuning krim dan kadangkala oren.Ia menunjukkan tembikai tersebut telah berada lama atas tanah dan semestinya telah masak sempurna dan manis. Jika tompokan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.

7 Tip Pilih Buah Tembikai Manis & Juicy, Barulah Tak Menyesal Bila Beli Nanti!

3.Tompokan ‘Jaringan Lebah’

Jika sebelum ini kita pilih tembikai yang ‘bersih’ tanpa cacat cela, selepas ini pilihlah yang mempunyai tompok-tompok gelap seperti jaringan labah-labah ni. Sebenarnya lagi banyak tompok-tompok gelap ni lagi bagus buahnya. Sebab ia menunjukkan yang buah ini banyak kali dihinggapi sang lebah. Lebah kan suka buah-buah manis.

7 Tip Pilih Buah Tembikai Manis & Juicy, Barulah Tak Menyesal Bila Beli Nanti!

IKLAN

4.Tekstur Licin

Rasa tekstur permukaan kulitnya, jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.

5. Timbangan Berat

Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya tapi berat bila ditimbang. Ini menandakan isi tembikai segar berair.

6. Tangkai Kering

Pilih tembikai yang mempunyai tangkai kering dan kecut, bermakna tembikai tersebut telah masak sempurna. Jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum masak ranum sepenuhnya.

7 Tip Pilih Buah Tembikai Manis & Juicy, Barulah Tak Menyesal Bila Beli Nanti!

IKLAN

7.Tepuk Tembikai

Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.

7 Tip Pilih Buah Tembikai Manis & Juicy, Barulah Tak Menyesal Bila Beli Nanti!

Antara Khasiat Buah Tembikai pula;

1. Kandungan Air Yang Tinggi

Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.

2. Baik Untuk Jantung

Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.

IKLAN

Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.

3. Anti-Radang

Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

4. Penghadaman

Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.

5. Baik Untuk Kulit Dan Rambut

Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.

Semoga tips dan info yang dikongsikan ini bermanfaat, mak-mak bolehlah amalkan makan buah tembikai selalu dan ikut panduan ini sewaktu nak beli buah tembikai nanti.

Sumber: Hello doktor

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI