Kemalangan berlaku memang tak dapat diduga. Apatah lagi jika kereta yang dipandu pula terbabas di kawasan berair seperti sungai dan tasik. Memang boleh jadi panik dibuatnya. Malah kebiasaannya, pintu kereta pula tidak boleh dibuka.
Sebenarnya bila berlaku situasi sebegini, ada cara untuk selamatkan diri. Iaitu dengan usaha memecahkan cermin pintu kereta berbanding cermin pada bahagian atau belakang.
Baca perkongsian bermanfaat ini sebagai panduan;
Biasa dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik? Tahu tak, hampir mustahil untuk bukak pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?
Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.
Bila dalam keadaan cemas macam ni, instinct pertama mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!
Bila kereta tengah dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan kita takkan boleh bukak pintu kereta.
Air masuk = pressure in Buka pintu = pressure out
Andai kata gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah:
1. Lari ke tempat duduk belakang.
2. Pecahkan cermin pintu kereta.
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta.
“Kenapa kena lari ke tempat duduk belakang?”
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.
“Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!”
Sekiranya tak ada glass breaker, boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.
Ads
Kenapa pecahkan cermin lebih selamat?
Sebab kalau tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan dah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk korang berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih lebih lagi dalam keadaan cemas.
Sama juga kalau nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar baling batu pun boleh pecah cermin tu. Lagi senang penumpang nak keluar.
Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?
Kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ni pula, sekali pecah hancur berderai.
Info Ekstra!
Ambil nasihat abang bomba, pastikan tingkap terbuka sedikit sebelum melalui kawasan berair seperti sungai dan tasik, bagi mudah menyelamatkan diri jika kereta terbabasa dan terperangkap dalam air.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat jadi jika kereta terbabas dan terperangkap dalam air, pastikan pecahkan cermin pintu kereta sebagai usaha untuk selamatkan diri.
Selalunya kalau beli daging di pasar memang boleh pesan siap-siap pada penjual untuk potongkan ikut potongan yang kita inginkan. Namun kalau dapat daging korban, jenis seketul besar memang buntu juga nak dipotongnya. Ada cara dan kaedah tertentu untuk potong daging ni bagi lembut dan tak berbau bila dimasak. Bukan apa bila salah potong dan caranya, dagingnya akan jadi liat bila di masak walaupun ikut macam-macam petua untuk lembutkan daging.
Baca tip potong daging yang dikongsikan oleh Puan Noor Niza ini sebagai rujukan.
“Siapa nak mudah potong daging bagi lembut..ni saya dah tunjuk cara. Nanti boleh cuba.”
“Pertama potong daging lawan urat, baru letak cuka atas daging. Selepas itu tekan-tekan daging tersebut bagi keluar darahnya. Nanti dah masak lembut lah daging tu, bau daging pun tak kuat. Basuh dengan tepung pun boleh jugak”
Cara-caranya:
1.Ni urat daging.
2.Ambil bahagian ikut urat dulu, potong tengah-tengah dulu.
3.Nanti nampak urat melintang jadi senang dipotong. Ikut tanda ungu bila nak potong daging.
Selamat mencuba!
MW:Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada dapat daging korban,atau beli daging tu boleh ikut tip yang dikongsikan barulah bila dimasak dagingnya mudah lembut dan tak liat.
Pokok snake plant yang tiba-tiba viral ini rupanya senang dijaga dan tak perlu belai lebih-lebih. Hanya siram dua kali sebulan.
Jadi sesuailah untuk mak-mak yang super busy dan tak cukup masa untuk “manjakan”tanaman. Tak kisahlah pokok ini betul ke tak penyerap atau penyedut habuk, asalkan rumah bertambah berseri.
Ikuti perkongsian Yuslan Ibrahim, katanya pokok ini teramat senang nak jaga.
Alhamdulillah… Siap lima pasu pagi ini pokok viral … Orait abam nak share tips tau… Moh share laju-laju..
Snake Plant ini teramat senang menjaganya… Di sini saya senaraikan simple tip penjagaan pokok viral ini :
1. Siram 2 kali sebulan sahaja, jangan kerap siram nanti mati atau busuk pokoknya.
2. Sesuai indoor dan outdoor, kalau indoor kadang-kadang letak tepi pancaran matahari untuk pastikan daunnya sihat dan hijau.
3. Semai dengan soil yang 3IN1 ada dijual dekat nursery. Selepas 3, 4 bulan bolehlah letak baja bulat hijau untuk daun Itu (jual di kedai Eco). Kalau ada baja organik lagi bagus.
4. Pokok ni cepat biak, bila sudah banyak anak tu, pindahlah ke pasu lain.
5. Nak cantik tanam dalam pasu yang jual dekat nurseri yang comel-comel itu.
6. Tip hendak cepat membiak, tanam outdoor macam kami, cepat gila membiaknya.
7. Pokok ini tak perlu tilik dan belai serta siram, nanti terbantut dan busuk daunnya.
MW: Apa lagi mak-mak, jangan risau tangan panas. Insyallah pokok ni confirm hidup, mudah sangat nampaknya nak tanam dan bela.
Saya anak sulung daripada tujuh beradik perempuan. Alhamdulillah, sehingga kini masih hidup dengan harmoni. Enam sudah berkahwin, tinggal seorang yang masih belajar di USM, mengambil jurusan Komunikasi, mengikut jejak langkah kakak sulungnya ini.
Sama macam adik beradik lelaki, adik beradik perempuan juga suka bergaduh termasuk kami. Tapi lain cara bergaduhnya. Tarik rambut tu perkara biasa sambil saling kejar mengejar sekeliling rumah. Itu adalah antara kenangan ketika kecil.
Zaman membesar, rumah kami jadi perhatian ramai. Mana taknya. Rumah yang ada ramai anak dara. Orang kata, rumah kami nampak cukup ‘berseri’ walau pun sebenarnya rumah kami biasa saja. Rumah Felda. Jarak usia antara kami dua ke tiga tahun.
Kecuali si bongsu yang agak jauh. Ketika adik keenam berusia 8 tahun baru dia lahir. Mak kata, kes ‘accident’. Tapi dialah adik yang paling kami sayang, kami gelarkan dia sebagai ‘Chu’. Kini jadi kesayangan 10 orang anak saudaranya. Garang tapi sangat penyayang.
Sejak dulu kami berbagi tugas jika di rumah. Ada yang memasak, mengemas, menyapu sampah dan membasuh baju. Bangun pagi, masing-masing sudah tahu tugas masing-masing. Sehinggalah sekarang jika kebetulan giliran beraya di rumah mak ayah, kami akan berbagi tugas.
Tugas ‘mengasuh’ anak-anak diserahkan kepada adik bongsu. Jadi mak-mak boleh buat kerja dengan tenang kecuali ada yang hendak menyusu badan. Itu memang tugas Chu sejak dahulu lagi. Dia memang ‘teror’ bab mengasuh anak-anak saudara.
Kami pula ‘redha’ telinga saja bila dengar dia membebel dan marah anak-anak buah. Tapi takkan simpan di dalam hati kerana tahu dia sayang anak-anak buah macam anaknya sendiri.
Sepakat Sedondon Satu Keluarga
Mungkin kerana kami semua perempuan, jadi kami mudah sepakat dalam apa juga keputusan. Kami sekepala. Bila balik kampung dan berkumpul ramai-ramai, kami suka duduk berborak bersama. Riuh rendah sedangkan setiap hari pun ‘jumpa’ di dalam grup whatsapp famili.
Bila hari raya, tahun ini tahun ke 11 kami berpakaian sedondon seluruh keluarga besar kami. Daripada mak, ayah sehinggalah cucu-cucu. Ramai juga yang kagum bagaimana kami boleh sedondon satu keluarga besar.
Entahlah. Mungkin dah terbiasa sejak lama. Tapi, mungkin juga sebab kami semua perempuan. Jadi kami boleh sepakat. Jika ada ipar perempuan, mungkin berbeza. Entahlah kan.
Saya juga dipanggil ‘ibu’ oleh anak buah saya yang lain. Mungkin kerana mereka mendengar anak saya yang merupakan yang paling tua antara sepupunya memanggil saya ‘ibu’. Jadi, adik-adik sepupunya yang lain turut mengikut panggilan itu. Seronok juga kerana saya rasakan saya hanya ada seorang anak sahaja, tapi ada 10 orang anak.
Soal pertelingkahan pendapat perkara biasa. Tapi kena pandai-pandai selesaikan dan masing-masing kena berlapang dada dan tidak menyimpan dendam di hati. Kata orang, air yang dicencang tidak akan putus. Begitu juga dengan hubungan di antara adik beradik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...