Memang seronok beli sayur-sayuran tak kiralah di pasar basah, kedai mahupun di pasaraya. Nak beli sayur pun ada tipsnya, kena pandai pilih barulah sayur-sayurnya betul-betul segar. Bukan main ambil dan beli je. Bukan apa bila sayur-sayur yang kita beli segar, ia boleh tahan lama, disimpan tak mudah busuk malah bila dimasak pun bertambah sedap.
Mak-mak yang nak beli sayur tu, boleh rujuk perkongsian daripada Dr Hani Mynis ni sebagai panduan;
Rutin Mingguan: Shopping barang dapur
Tips beli sayur
Tipikal kebanyakan isteri-isteri mak-mak bab shopping paling kitorang suka. Kalau hani, paling syok masa shopping sayur. Satu, seronok nya kalau tengok sayur hijau-hijau fresh-fresh segar bugar dari ladang. Dua, seronoknya lah kalau jumpa sayur-sayur kampung yang rare, ulam-ulam yang susah nye nak jumpa kat kedai runcit area rumah atau pasaraya.
Alang-alang Aqil tengah tido tengah hari dia, hani share sikit tips beli sayur (sayur apa je yang hani terfikir sekarang lah) ye.
1. Sayur berdaun (sawi bayam kangkung)
Pilih yang batangnya kecil daunnya besar (kurang pahit)
2. Bendi
Selalu orang cakap kalau nak pilih bendi yang muda, patahkan hujung bendi kan? Kalau senang patah, muda lah tu.Haha pernah sekali kemain ralit dok nak patahkan bendi, kena tegur dengan tokey sayur haha.
Dia ajar kalau nak tahu bendi muda ke tua tak perlu patahkan hujung pun, memadai tekan-tekan, pegang sikit-sikit bendi tu, kalau rasa lompong je dah tua lah, kalau tekan padat je rasa maka itu bendi muda. Cara lain tengok hujung dia, kalau panjang je, muda; kalau kontot je dah tua la tu.
Ads
3. Kacang Panjang
Sama macam bendi, just pegang dan tekan-tekan sikit, kalau lompong je rasa macam kosong je dalam tu, tua lah dia. Tapi kacang panjang senang sikit nak tengok, visually kita dah boleh nampak dia tua ke muda. So pilih yang kurus-kurus slim-slim takde benjol-benjol sepanjang kacang panjang tu.
4.Tomato
Nak pilih tomato kena tahu bila kita nak masak dia (sebab tu kena buat meal planning before shopping). Agak-agak nak guna tomato tu lagi 4-5 hari beli yang kehijauan sikit. Agak-agak nak masak esok lusa boleh beli yang merah dan dah masak ranum gitu.
5. Timun
Timun ni senang nak pilih, pilih yang kurus, lurus dan pangkalnya hijau tapi bukan hijau terlalu pekat (takut timun pahit) dan hujungnya masih kehijauan. Kalau hujung nya dah putih atau kuning maknanya itu timun tua.
Ads
6. Peria
Peria yang tua lebih pahit dari yang muda, pilih yang rupanya elok dan tak de kesan pecah. Nak tahu yang muda ambil yang garisan-garisan kat luar peria tu rapat-rapat daripada yang jauh-jauh. Peria yang kecil bermakna dia lagi muda dari yang besar.
7. Lobak
Pilih yang saiz sederhana, kurus-kurus, warna terang dan takde kesan torehan atau berlubang. Lagi manis.
8. Sayur Berubi
Macam ubi keledek/kayu, pilih yang takde kesan potong atau torehan (kalau ada, dia dah kurang manis), yang belum bertunas dan tidak berlubang-lubang.
Ads
9. Terung
Pilih yang warnanye sekata, terang, tiada tompokan perang/putih, takde lubang-lubang dan kawasan lebam. Pilih terung berdasarkan menu masakan. Kebiasaanya terung bulat untuk masakan berkuah (kari, asam pedas, kuah dalca, lemak cili api). Terung pnjang untuk makanan bergoreng atau sedikit kuah (terung goreng sambal berlada, terung masak kicap, pajeri terung)
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak bolehlah cuba tip yang dikongsikan bila nak beli sayur-sayuran, barulah betul-betul segar dan masakan pun jadi lebih sedap bila dimasak nanti.
Tak perlu pun keluar duit beratus ringgit nak dapatkan vanity mirror cantik ini. Sebab, dengan kos RM54 saja mak mak dah boleh buat sendiri vanity mirror guna barang kedai Eco.
Nak buat pun tak susah. Siti Tehaberkongsi cara hasilkan vanity mirror cantik lagi bajet. Di ajar juga bagaimana cara membuat dari zero sampai jadi vanity mirror tu. Nanti mak mak hiaslah ikut pilihan hati sendiri.
Vanity Mirror Guna Barang Kedai Eco RM2 Je Jimat!
Cantik tak vanity mirror kita? Hehe. Hari tu ada kotak lebih tak tahu nak buat apa, so kita buat vanity mirror la.
Jumlah kerugian :
Mentol 8pcs – RM16
Tempat letak mentol warna putih 4 plastik ada 8pcs – RM8
Cermin 4pcs – RM8
Plug 1pcs – RM2
Wallpaper 3pcs – RM6
Gam 1pcs – RM2
Frame kayu letak vanity mirror 4pcs – RM8
Bekas letak barang makeup 2pcs – RM4
Total keseluruhan : RM54 sahaja
Katanya, idea diperoleh dari grup Deco Deco. “Sebab duk tengok idea-idea dorang ni maka terjadinya vanity mirror DIY bajet ni. Takpelah DIY sendiri pun asal cantik dan puas hati. Jimat tak payah nak beli vanity mirror yang harga beratus tu.”
DIY Vanity Mirror Bajet
Tebuk lubang banyak mana yang korang nak untuk letak lampu tu. Cermin tu beli kat Eco RM2. Kotak recycle je mana-mana yang ada. Yang ni Siti guna kotak aircond. Besar sikit.
Ni je bahan yang digunakan. Semua beli kat Eco RM2.
Ni gam dan double tap yang digunakan untuk lekatkan kotak tu. Gam beli kat Eco RM2 jugak.
Pasang wayar macam ni je. Wayar hubby tolong pasangkan sebab tak pandai. Wayar pun korang boleh beli kat Eco RM2. Yang ni Siti guna wayar kat rumah je sebab ada lebih.
Dah siap tampal wallpaper sekali. Wallpaper pun beli di Eco RM2.
Ni contoh tempat letak barang makeup dan vanity mirror tu. Beli frame ni di Eco RM2 jugak. Contoh frame tu sebelah kiri, sebelah kanan tu dah siap tampal wallpaper.
Ok siap. Cantik tak? Bekas letak barang makeup tu pun beli di Eco RM2.
Mahunya tak teruja bila dengar penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kg dalam tempoh 17 hari selepas melahirkan anak. Masa itulah, kita rasa tercabar dan ingin tahu diet yang macam mana artis kesayangan ini lakukan. Mana tahu boleh dijadikan rujukan untuk peminat-peminatnya.
Siapa yang tidak mahu bila berat badan turun dan kembali langsing. Bertahun-tahun orang lain lakukan tapi yang turun hanya satu atau dua kilogram. Mahu geram dan sakit hati.
Diet Sesuai
Sebenarnya, bukan itu yang ingin saya perkatakan. Diet memang penting bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan kembali berat badan dan bentuk asal. Tetapi, satu perkara yang perlu diingat, jangan terlalu taksub untuk berdiet sehingga lupa pada si comel yang perlukan khasiat dari ibunya. Susu badan.
Selain makan minum yang berkhasiat perlu diambil, ibu juga perlu fikirkan tentang cara berpantang. Bukan setakat makan minum tetapi kesihatan dalaman hendaklah dititikberatkan.
Saya bukanlah seorang yang tertekan dengan berat badan terutamanya selepas melahirkan anak pertama, kedua dan ketiga. Biasanya, berat badan akan kembali normal sebaik sahaja habis pantang. Alhamdulillah. Cuma bila usia bertambah, berat badan agak susah sedikit nak turun.
Jaga Badan Dalam Pantang
Satu lagi yang perlu ambil kira adalah cara kita berpantang. Kebanyakan mak muda sekarang tidak begitu menitik beratkan pantang dan berpantang betul-betul. Memanglah masih muda dan anak baru masuk seorang. Tapi, ingat, kita tidak tahu apa akan berlaku bila usia anda memasuki 40an.
Bak kata orang tua-tua, bila dah masuk 40 an, mulalah badan rasa lain macam, angin, sakit badan dan macam-macam lagi. Habiskan pantang 44 hari dulu.
Pernah, ketika saya bersama keluarga membeli belah di sebuah pasar raya, saya melihat seorang suami sedang menolak isterinya yang duduk di kerusi roda sambil memangku bayinya masuk ke dalam pasar raya tersebut. Malahan, sambil berjalan-jalan, mata saya turut melihat sekeliling, Ada juga yang menyorong bayi yang masih kecil berjalan-jalan di dalam pasar raya itu.
Ooooo..mungkin mereka baru balik dari memeriksa bayi dan ingin membeli barang yang terlupa dibeli… Saya cuba berfikiran baik-baik dan tak mahu salah anggap. Tapi bagaimana dengan orang lain, mungkin dalam hati, kesiankan bayi yang tak tahu apa-apa dibawa ke hulu ke hilir, baik duduk di rumah sahaja.
Kadang-kadang, saya tidak faham, apa yang mereka buat. Mungkin dia berpantang suami isteri tanpa ditemani oleh orang tua atau mungkin juga orang tuanya tiada dan perlu berpantang sendiri.
Walau apa pun, cubalah habiskan pantang itu dahulu. Jangan ikut nafsu, kononnya bosan duduk di rumah dan ingin menikmati udara luar. Nak tak nak cubalah bertahan untuk tempoh 44 hari. Saya percaya mak-mak yang betul-betul berpantang, wajahnya akan berseri-seri sebaik sahaja masuk kerja selepas bercuti bersalin dua bulan (jika ibu bekerja).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai yang berkongsi di media sosial tentang makan kurma berintikan butter. Tak pasti sedap atau boleh telan atau tidak dengan dua kombinasi ni. Nak tahu rasanya kenalah cuba.
Bila berbuka mahupun bersahur mesti akan makan kurma dan sesetengah orang tak boleh ambil kurma berlebihan terutamanya yang ada masalah kesihatan.
Apa kelebihannya kalau makan kurma dengan butter? Ini jawapan dari pakar nutrisi, Syaza tentang khasiatnya.
Makan Kurma Berintikan Butter, Bagus Untuk Pesakit Diebetes
Sejak kebelakangan ini, banyak media sosial tunjukkan gambar kurma berintikan butter
Lately, banyak lalu lalang dekat wall saya kurma berintikan butter. Kalau dari sudut kalori boleh dikatakan memang kalori bertambah-tambah. Lagi-lagi kalau 3 inci butter yang dietaknya.
Elok-elok kurma 3 biji = 80kcal ditambah dengan butter 1 sudu makan untuk setiap kurma dah jadi 380kcal. Haa, macam makan nasi dengan lauk kalori nya! Tu pun kalau satu sudu kalau lebih?
Ada yang kata cara ni bagus bagi mereka yang ada masalah dengan insulin resistance kerana butter (sumber lemak) boleh melambatkan sedikit kenaikan paras insulin apabila dipasangkan dengan kurma (karbohidrat). Tapi betul ke?
Kurma Bukan Buah Tinggi Glycemic Indeks
Ikutkan kurma tu sendiri bukanlah kategori buah-buahan yang tinggi glycemic index, sebab ia sangat tinggi dengan kandungan serat.
Mengikut kajian rata-rata pesakit diabetes boleh mengambil 2-3 biji kurma atau satu sajian dan tidak menyebabkan kenaikan gula yang mendadak walaupun selepas 2 jam pengambilan.
Jadi kalau nak tambah tenaga? Extra kalori? Tapi tak nak makan nasi? Yes, boleh tambah butter atau sumber lemak yg lain cuma janganlah banyak sangattt..setakat hujung-hujung sudu pun dah membantu.
Dan pastikan butter! Bukan planta or margarine haa lagi teruk jadinya tak pasal-pasal lemak trans korang ambik.
Honestly saya rasa lg sedap kalau letak peanut butter, dan lebih bernutrisi. Bagi yang tak ada alahan boleh cuba ni.
Mingguan Wanita : Ok, lepas ni kena cuba rasa kurma berintikan butter ye.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.