ajak suami jaga anak

Nak ajak suami suami jaga anak dan kemas rumah pun kena pakai petua, ini yang Hakak nak pesan dari awal perkahwinan. Ok, pernah tak rasa sangat penat di tempat kerja dan pulang ke rumah sambung pula memasak, menyediakan makanan, mengemas, menguruskan anak-anak dan rasa hati nak merintih kepenatan? Nak minta suami tolong pun, belum tentu si dia mahu.

Jangan mengeluh, mungkin si suami rasa janggal untuk membuat kerja orang perempuan atau penat pulang dari tempat kerja. Untuk elak berlakunya salah faham, apa kata anda mencuba 5 cara paling lembut dan mesra ni, siapa tahu suami akan terus rajin membantu tanpa di minta apa lagi di paksa.

1. Mulakan seawal perkahwinan
Kalau baru berkahwin, elok mulakan rutin seawal perkahwinan agar terbiasa dengan tanggungjawab menguruskan rumah tangga. Di awal perkahwinan adalah masa yang sesuai kerana setiap pasangan mula untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat.

Mungkin si suami tidak diasuh untuk melakukan tugas-tugas mengurus rumah oleh keluarga. Haaa.. inilah tanggungjawab anda, ajak pasangan mengurus rumah. Tapi jangan paksa, bagi dia masa. Gunakanlah perkataan “tolong” setiap kali anda meminta bantuan si suami. Elak daripada ayat yang berunsurkan mengarah atau memaksa.

IKLAN

2. Serahkan tugas yang sesuai
Nak suami membantu, jangan pula kita berikan tugasan yang dia tak suka. Kenal pasti tugas yang sesuai dengannya seperti membuang sampah, membersihkan kipas dan siling, membersihkan longkang, membersihkan tingkap, kemas meja selepas makan, dan sebagainya.

Zaman sekarang ramai suami yang membantu menguruskan anak-anak seperti memberi makan anak, mandikan dan pakaikan baju anak-anak dan ada juga yang memasak.

3. Jangan perli, buat bersama
Agak tengok suami macam tak yakin untuk melakukan tugas-tugas itu, awal-awal elok anda teman. Misalnya, memasak sama-sama, mengemas meja selepas makan bersama, mandikan dan pakaikan baju anak bersama. Bukan sahaja anda dan pasangan anda menguruskan rumah, malah hubungan yang terjalin antara anda berdua akan bertambah erat.

IKLAN

Paling penting, jangan sesekali bandingkan caranya dengan cara kita buat kerja. Mungkin suami kurang teliti berbanding anda atau sebaliknya. Terimalah seadanya dan beri masa buat suami, suatu hari nanti pasti akan biasa melakukannya.

4. Berikan ganjaran untuk semangat
Berikan hadiah atau ganjaran kepada si suami? Haa… ini akan membuatkan si suami rasa dihargai. Anda boleh memberikan ganjaran dengan memasakkan makanan kegemarannya, belanja menonton wayang atau membelai dengan urutan setelah penat membantu anda memasak di dapur dan mengemas meja makan selepas makan. Eh, tapi jangan sampai mengungkit, ya!

IKLAN

5. Pujilah pasangan
Ya, suami akan rasa dihargai dan buat si dia rasa rela hati untuk tolong anda kemudian hari.

Owh ya, jangan lupa selit motivasi padanya, walaupun si dia membantu dalam menguruskan rumah tangga, dia tetap macho dan lelaki yang gagah perkasa kerana membantu kaum hawa yang lemah. Membantu anda di rumah bukan bermakna si suami dayus atau anda ‘queen control’.

Macam mana kaum wanita, agak-agak boleh tak ‘pancing’ suami untuk tolong kerja rumah selepas ini? Moga ada salah satu tip ini yang boleh dekatkan suami ke dapur dan kemas rumah. Bukan nak suruh buat semua, janji dia ada tolong. Itu lebih dari syukur!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI