
Isi Kandungan
ToggleBuat mak-mak peminat kuih tradisional Putu Bambu, kini ada cara mudah untuk buat kuih ini. Jika selama ini acuannya adalah menggunakan batang buluh, tapi menerusi perkongsian Azila Abdullah, cara yang lebih mudah menggunakan acuan kuih lompang. Namun begitu salah satu tip yang dikongsikan agar putu bambu ini ‘menjadi’,jangan tekan padat pada adunan tepungnya.Musim sejuk-sejuk ni, makan panas-panas mesti bertambah sedap!
Berikut antara perkongsian resipi wanita ini;
“Petang ni kita try buat putu bambu..Alhamdulillah jadi.sebelum ni buat tekan kemain kuat lagi.Rasa tepung je..kena 3biji kenyang”.
Bahan-Bahan:
2 cawan Tepung Beras
1 cawan air
Sedikit Gula merah
Daun pandan
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Masak air dalam periuk letak daun pandan dan garam.Apabila garam dah sebati, air dah panas, bau pandan pun dah naik padamkan api.
2.Dalam bekas yang lain, letak tepung beras, masukkan air yang dimasak 13 sudu besar.
3.Gaul tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.

4.Ayak tepung guna penapis yang lubang dia agak besar. Penapis kecik susah nak ayak.
5.Dah siap, masukkan sikit tepung tadi dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi sikit.

6.Kukus selama 15 minit.


Tip Ekstra!
- Tudung periuk tu letak kain untuk elakkan wap air masuk pada acuan kuih.
- Jangan tekan tepung tu bagi padat.

Selamat Mencuba!
Sumber: Azila Abdullah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Jangan Terlalu Cepat Mendewasakan Kanak-Kanak, Ajar Anak Seiring Dengan Umur’- Farah Lee

Isi Kandungan
Toggle‘Jangan terlalu cepat mendewasakan kanak-kanak, ajar anak seiring dengan umur’. Itu pendirian yang dipegang oleh Farah Lee,28 dalam mendidik anaknya Mariam Esabel,3. Penjelasan ini dinyatakan didalam laman instagram Farah Lee sendiri apabila ada yang mempertikaikan pakaian yang dipakai oleh anaknya tidak mengikut syariat, sejurus beliau memuat naik gambar anaknya di laman sosial tersebut, baru-baru ini.
Farah Lee pernah berkahwin dengan selebriti dan Pengacara TV, Ally Iskandar pada 2012.Namun, jodoh tidak panjang mereka mengambil keputusan berpisah tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel iaitu Maream Esabel, 3 tahun.
Bergelar ibu tunggal pada usia yang muda bukan perkara yang mudah, ada sahaja yang dipertikaikan termasuklah cara berpakaian yang dikenakan oleh Maream. Ada yang berpendapat, Maream tidak memakai pakaian mengikut syariat.
Berikut penjelasan oleh Farah Lee;
“Ada yang tanya kenapa tak ajar anak pakai ikut syariat?
Bila kena kecam tak pakaikan anak kecil ikut syariat be like, Hiks

Gambar semalam ada few tanya kenapa tak ajar Maream pakai ikut syariat. Tersentap juga mak Maream ni 3 tahun rasanya umur dia, bukan 13, apatah 30 #ommasarcastickasar hehe..
“Jangan terlalu cepat mendewasakan kanak-kanak. Kita perlu akur yang kanak-kanak bawah umur tak perlu pakai ikut syariat lagi kan? Tapi taklah sampai terlalu mendedahkan. Tambah kanak-kanak kuat bermain dan berpeluh, tutup litup, mereka takkan selesa. Kita juga sebenarnya banyak tak selesa, tapi sebab dah besar dan faham jadi kita teruskan.”
Ajar Anak Seiring Dengan Umur
Bagi saya, ajar anak seiring dengan umur
Saya ada kawan pakai tutup litup dari kecil tapi bila besar buka semula dan lagi bukan main. Saya ada kawan yang sebaliknya. Bagi saya, ajar anak seiring dengan umur. Praktikal tidak bermakna jika tidak diiringi dengan pemahaman.
“Waktu sekarang, bantu penuhkan perkembangan EQ mereka dahulu, bila besar, EQ stabil, senang faham dan rasional, jadi masa tu, mereka akan tahu bila perlu menjaga aurat dengan rela, bukan pakai kerana terpaksa. Buat sesuatu kerana faham, supaya kemudian tidak mudah terpengaruh orang.”
Itu pendapat saya lah. Saya tiada masalah dengan orang yang pakaikan pakaian muslimah pada anak-anak sejak kecil, kerana itu pilihan mereka :)”

Apa kata kita belajar terima preference orang yang berbeza-beza, selagi ia tidak melanggar batas agama? Life is short, learn to tolerate, spread positivity and be nice. Kita enjoy k? Sambil ingat Tuhan – Gambar sekadar hiasan hehs
[3years4months] #mareamesabel#ommabebel

Sumber : Farah Lee
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Budak Perempuan 4 Tahun Melecur Badan Ketika Main Bunga Api

Isi Kandungan
ToggleSungguh malang tidak berbau. Keseronokan dalam bermain bunga api menjadi tragedi menyayat hati apabila hampir separuh badan melecur teruk disambar api. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun melecur pada badannya dipercayai disambar api ketika bermain bunga api di Kampung Senara, Kubur Panjang, pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian tersebut berlaku jam 10.30 malam semasa mangsa bersama dua abangnya berumur tujuh dan 10 tahun sedang bermain bunga api di hadapan rumah mereka.
Api Membakar Tubuh
Menurutnya, secara tiba-tiba, terdengar teriakan mangsa di luar rumah dan ibu bapa mangsa terus keluar dan terkejut apabila mendapati api sedang membakar tubuh mangsa.
“Pada masa yang sama abang mangsa yang bermain bunga api bersama mangsa cuba memadam api di badan mangsa.
“Ayah mangsa terus berlari ke dalam tandas dan mengambil air menggunakan baldi lalu menjirus ke badan mangsa dan kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mangsa melecur lebih 46 peratus pada bahagian muka dan badan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Rabu.

Ditempatkan Di (PICU)
Mangsa ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), HSB dan doktor tidak dapat menentukan punca kecederaan mangsa setakat ini sama ada disebabkan oleh minyak pelita atau bunga api.
Arriz Sham berkata, bapa mangsa memberitahu ketika kejadian, mangsa sedang bermain bunga api bersama dua orang abangnya dan mengesyaki mangsa terkena pelita api yang dipasang di hadapan rumah ketika ingin menyalakan bunga api.
Mesti Baca:Anak Melecur Hampir Seluruh Badan Terkena Asid, Saluran Paip Sinki Jiran Meletup!
Baca Lagi Di Sini:Luka Melecur Agak Kritikal Hampir 70 Peratus Terbakar, Bakal Pengantin Terpaksa Ditidurkan!

Mingguan Wanita: Kasihannya. Pesanan juga buat mak ayah semoga pantau anak-anak kecil ketika mereka main bunga api atau mercun, bagi mengelakkan kemalanagan atau kejadian yang tidak diigini boleh berlaku.
Sumber: Sinar Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
COVID-19: Cuti TANPA Gaji, PERMOHONAN Bantuan Kewangan RM600 Dibuka 20 Mac

Isi Kandungan
ToggleSusulan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari, bermula 18 hingga 31 Mac, ada pekerja yang turut terkesan dengan arahan ini apabila terpaksa mengambil cuti tanpa gaji oleh pihak majikan.
Atas keperihatinan kerajaan, peruntukan RM120 juta disediakan bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19.Bantuan kewangan RM600 sebulan boleh dimohon bermula 20 Mac bagi golongan ini.
Bantuan kewangan ini dikendalikan oleh PERKESO dan akan disalurkan kepada majikan yang kemudiannya diperlukan untuk membayar terus kepada pekerja yang terlibat.
Permohonan bantuan kewangan untuk membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (CTG) ini adalah menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) (ERP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).
SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN KEWANGAN PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
ERP menyediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan berikut :-
- Semua majikan sektor swasta yang menggaji pekerja termasuk pekerja sambilan dan telah berdaftar serta sedang mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja layak diliputi dalam Program ERP.
2. Pekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja di sektor awam, mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang tidak diliputi di bawah program ERP.
3. Tempoh permulaan liputan Program ERP kepada majikan adalah ke atas mereka yang telah mengeluarkan notis CTG kepada pekerja mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.
KADAR BANTUAN & TEMPOH LAYAK
- Kadar bayaran bantuan kewangan adalah bergantung kepada tempoh notis mula CTG. Sekiranya tarikh notis mula CTG adalah sebulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 sebulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat.
- Sekiranya tempoh notis mula CTG adalah dua (2) bulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 bagi setiap bulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,200.
- Jumlah kelayakan bagi setiap satu permohonan tempoh notis mula CTG adalah antara 1 bulan hingga maksimum jumlah 6 bulan bergantung kepada notis mula CTG yang dikeluarkan oleh majikan sama ada secara sekali gus atau berturutan.
- Majikan yang telah menerima peruntukan bayaran ERR daripada PERKESO secara bulanan, adalah bertanggungjawab untuk mengkreditkan bayaran bulanan sebanyak RM600 ke dalam akaun bank pekerja yang terlibat dalam masa 7 hari dan i tarikh bayaran yang diterima daripada PERKESO.
Majikan yang mengemukakan apa-apa maklumat palsu, tidak benar atau mengelirukan kepada PERKESO atau majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja, boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan.

BAGAIMANA MOHON
Setiap permohonan hendaklah dikemukakan secara online atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh MAJIKAN bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.
Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.
Senarai Pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:
Nama Penuh Pekerja
Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
Nama Jawatan (job title)
Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi
Pengemukaan Borang Permohonan ERR C-19 Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) boleh dilakukan melalui emel atau online (sekiranya sistem telah tersedia) yang mana permohonan boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.

MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN
Di bawah merupakan pautan utama yang majikan dan pekerja boleh rujuk mengenai tatacara permohonan Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji ini. Maklumat lengkap boleh didapati di laman PERKESO.
1) KENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI
2) PEKELILING MAJIKAN BIL.2 TAHUN 2020
3) BORANG – ERPC-19
4) SOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau kemukakan pertanyaan anda menerusi email ke perkeso@perkeso.gov.my ATAU salurkan aduan/pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official
*** Maklumat lanjut mengenai Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) untuk pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji akibat penularan Covid-19 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
MW: Semoga ini bermanfaat, terutama buat pekerja yang memerlukan sumber kewangan akibat terkesan dengan Covid-19.
Sumber: Kerjaya.co, PERKESO, Bharian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI








