Mudah rupanya nak buat feature wall cantik pada ruang tamu ala-ala corak Wainscoting bajet dalam RM50 je. Barulah berseri sikit dinding tu nanti daripada dibiarkan polos tak berhias. Raya pun dah nak dekat, mak-mak boleh lah pujuk encik suami tolong cat sebagai persiapan awal untuk cantikkan rumah.
Berikut perkongsian oleh Shafeq Bada sebagai rujukan;
“Hari raya lepas bajet banyak burst. Jadi terpaksa la deco umah ala kadar. Bagi yang baru nak duduk rumah baru, tak banyak deco atau perabot boleh cuba buat ni dekat ruang tamu.”
“Asalnya dinding memang kosong tak letak apa-apa. Frame pun nak beli cost dalam beratus gak. Last-last beli set roller kit (brush, roller & masking tape) dalam RM20 kat kedai Mr.DIY & cat nippon rm29.90 (1 liter) dan inilah hasilnya. Dinding ala-ala corak wainscoting idaman den. Tak payah beli frame gambar banyak-banyak dah nampak penuh rumah.”
1. Gunakan ‘masking tape’ untuk buat bentuk square/frame.
2. Mulakan dari frame kiri & kanan dulu, last baru frame yang tengah supaya nampak balance.
3. Pastikan jarak tiap bucu square dalam 1 kaki.
3. Bila frame dah siap lukis pakai tape, boleh lah cat macam biasa.
IKLAN
4. Bila dah siap cat, biarkan sampai cat kering.
5. Buka balik masking tape yang dibuat tu then settle. Cuma kena touch up sikit dekat bucu-bucu frame tu jela pakai cat. Then siap!
IKLAN
Buat ni tak sampai setengah hari pun. Tak payah pikir nak beli wallpaper dah. Bajet sikit dan amik masa pun sekejap. Boleh la try nanti ye. Hehe
Mudah kan dan cantik, boleh lah buat sendiri dirumah nanti.
Selamat mencuba!
Wanita yang sempurna segalanya dititiberatkan bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aspek kebersihan sememangnya dititikberatkan apatah lagi bagi tanggalkan daki dan kehitaman di bahagian anggota badan.
Namun mereka yang mempunyai masalah bahagian bawah lengan atau lipatan leher yang gelap atau kehitaman perlu memandang serius dan mengambil langkah segera mengatasi masalah ini. Malah anda juga boleh gunakan bahan alami iaitu Daun Sirih untuk merawat diri dan membersihkan bahagian anggota badan yang kehitaman.
Salah satu puncanya disebabkan oleh penggunaan deodoran yang tidak sesuai sehingga berlakunya masalah bawah lengan hitam atau warnanya yang tidak sekata. Jika kulit kamu tergolong dalam golongan kulit sensitif ia boleh menyebabkan bahagian tersebut bermasalah.
Penggunaan deodoran yang tidak dibersihkan dengan sempurna boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang menyebabkan jangkitan kulit sehingga mengubah warna asal kulit.
Mungkin disebabkan oleh perubahan hormon atau genetik terutamanya ketika hamil.
Gunakan alat pencukur dengan betul. Pastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih sebelum digunakan bagi mengelakkan pembiakan bakteria. Elakkan juga daripada terluka kerana ia boleh meninggalkan parut.
Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. Penggunaan alat cukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan bawah ketiak menjadi gelap.
Pakaian yang ketat pada bahagian bawah lengan, leher dan tepi paha boleh menjadi faktor penyebab.
Sering mengabaikan bahagian-bahagian ini ketika membersihkan diri terutamanya ketika mandi.
Badan yang bersih akan membawa keceriaan (gambar sekadar hiasan)
Cegah Kehitaman & Daki
Setiap kali mandi pastikan kamu tidak mengabaikan bahagian bawah lengan, leher dan tepi paha. Bahagian-bahagian ini sangat memerlukan perhatian selain daripada wajah kamu. Mandi dengan sempurna!
Pakailah bedak anti bakteria. Selepas mandi sapukannya pada bahagian-bahagian ini untuk mengurangkan peluh.
Sekali sekala gunakan skrub ketika mandi. Ia boleh membantu menanggalkan sel-sel kulit mati malah menyahkan daki daripada kulit kamu.
Jangan sesekali terfikir menyemburkan minyak wangi pada bahagian bawah lengan. Ia boleh menggalakan pembiakan bakteria.
RAJINLAH RAWAT DIRI DENGAN DAUN SIRIH
Petua ini bukan sahaja bantu menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan menanggalkan daki dan kesan hitam.
Bahan-Bahan: Daun Sirih Segenggam Beras
Cara Membuat: 1. Kisar segenggam beras sehingga halus. 2. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama dibahagian ketiak dan celah paha. 3. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan.
Selalunya, bila membuat air teh, uncangnya akan terus di buang. Maklumlah sudah tidak boleh digunakan dan sudah hilang kepekatannya.
Walau bagaimanapun, ada juga yang tahu serbuk teh terpakai ini boleh digunakan untuk suburkan tanaman. Kalau dahulu, ada juga yang guna untuk lembutkan tangan dengan menggunakan hampas teh. Betul tak?
Sebenarnya, ada beberapa faedah lain yang boleh digunapakai dengan bahan ini. Mungkin ramai yang tidak tahu. Inilah yang dikongsikan oleh No Or tentang petua menggunakan bahan terpakai ini.
Lepas buat teh, jangan terus buang uncang. Ada tip kecantikan yang hanya menggunakan teh uncang saja. Senang sangat caranya.
1. Petua lembut dan haluskan tangan Keluarkan serbuk teh dari uncang. Lumurkan ke seluruh tangan dan tapak tangan. Gosok perlahan-lahan selama 3-5 minit.
2. Petua cerahkan kulit muka, hilangkan pori terbuka & hilangkan jerawat : Uncang yang sudah diguna itu, buka dan keluarkan serbuk teh tu. Lumurkan ke seluruh muka dan leher. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas bersih. Boleh buat setiap hari, sampai dapat result yang anda inginkan.
3. Petua hilangkan mata panda (lebam di bawah mata) : Untuk petua ni perlukan 2 uncang teh. Sejukkan di dalam peti sejuk seketika. Lekapkan pada kelopak mata. Tunggu sampai hilang sejuk uncang tu
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mungkin untuk petua kecantikan boleh guna cara ini. Untuk tanaman pula ada caranya tersendiri. Boleh cuba dan amalkan untuk kecantikan semulajadi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pastinya anda akan teruja jika dapat berjumpa dengan selebriti kegemaran. Jika sebelum ini hanya dapat melihat kelibat mereka di sosial media dan televisyen tak salah jika bersua muka dengan mereka.
Ketika itu jangan lepaskan peluang bergambar, berselfie dan kemudian kongsikan dengan rakan-rakan di akaun sosial media anda! Pasti momen indah itu tidak akan dilupakan.
Nikmati Makan Malam Terindah Bersama Selebriti Kegemaran
Ada cara mudah tau, nak jumpa artis dan personaliti kegemaran! Sertai dan menangi Set Makan Malam Omakase di Nobu, KL bersama selebriti untuk dua orang bernilai RM2,000! Istimewanya disediakan 30 pemenang kesemuanya. Pilih saja selebriti kegemaran dalam senarai.
Tolonglah! Jangan lepaskan peluang ini dan jadikan diri anda salah seorang pemenang bertuah, anda akan nikmati makan malam terindah!
Caranya cukup ringkas ya mak-mak, TARIKH PERADUAN bermula pada hari Ahad 15 MEI jam 12 tengahmalam hingga Khamis, 30 JUN jam 11.59 malam.
Syaratnya mudah saja;
Anda cuma perlu membeli mana-mana Hada Labo H.A. Supreme Booster Serum
Kemudian kongsikan (pos) foto atau video anda bersama-sama produk di Instagram Story atau Shopee Feed dengan tanda pagar #HadaLaboBoostYourSkin dan tag @hadalabomalaysia
Kemudian terangkan mengapa anda memilih dan menyukai produk Hada Labo
Paling penting, jangan lupa setkan akaun anda kepada tetapan umum.
Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti pos terbaik!
Jangan lupa jika anda salah seorang pemenang Makan Malam Omakase yang bertuah lapangkan masa dan setkan tarikh 28 Julai jam 6.30 petang hingga 10.00 malam untuk bertemu dengan selebriti pilihan anda.
Sebelum melangkah pada hari penuh bermakna itu, pastikan penampilan anda yang terbaik. Serlahkan kejelitaan dan keanggunan anda untuk bertemu selebriti kesayangan!
Bantu Atasi Kulit Bermasalah, Beri Keyakinan Diri Pada Wanita
Wanita yang alami masalah kulit kering, kusam, garisan halus (kedutan) dan liang pori-pori besar pasti akan kehilangan keyakinan diri.
Pastikan produk yang ingin anda gunakan adalah betul dan sesuai untuk mengatasi masalah kulit seperti kulit kering, kusam, garisan halus (kedutan) dan liang pori-pori besar.
Memang wanita sifatnya ingin sentiasa cantik dan menawan pada pandangan mata orang lain. Namun anda harus bijak menitikberatkan kualiti dalam pemilihan produk rawatan wajah.
Pemilihan produk penjagaan kulit yang betul penting untuk memastikan kulit wajah yang lembut dan berseri. Semestinya dengan menggunakn set Hada Labo kulit anda akn lebih sihat berseri-seri.
Hada Labo Hydrating Set Penyelesaian Terbaik
Hada Labo Hydrating Set merupakan penyelesaian terbaik. Dapat memberikan kelembapan intensif dan menganjalkan kulit. Sesuai untuk kulit yang kering, kusam mahupun dengan tanda-tanda penuaan.
Terdapat tiga langkah untuk kembalikan kelembapan kulit secara intensif dan melembutkan wajah.
Langkah 1: Losyen Penghidratan
Aplikasikan Hydrating Lotion selepas mencuci wajah membantu mempercepat penyerapan produk seterusnya. Mengandungi empat jenis Hyaluronic Acid, Ceramide dan Amino Acid, kulit akan dilengkapi dengan hidrasi menyeluruh dan memperkuat lapisan perlindungan kulit bagi kelembapan berpanjangan. Pastinya kulit anda akan kelihatan lebih bersinar.
Dapat meningkatkan hidrasi dengan H.A Supreme Cera Booster. Paling istimewa, teksturnya yang ringan senang untuk diserap kulit. Juga mengandungi empat jenis Hyaluronic Acid untuk memberi kelembapan 24 jam dan merawat lapisan perlindungan kulit.
Sapukan Hada Labo Hydrating Light Cream ke wajah anda. Teksturnya yang ringan memudahkan penyerapan dan diratakan seluruh muka. Produk yang mengandungi kebaikan Hyaluronic Acid, Ekstrak Sakura dan minyak botanikal ini membantu kulit lebih lembut, anjal dan berseri-seri. Tanda penuaan juga akan hilang!
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...