Kalau dahulu nak masak pulut sangat renyeh. Perlu rendam dulu beras pulut, kukus, masukkan santan, kukus lagi untuk pastikan ia betul-betul masak. Barulah ia menjadi.
Sedapnya bila pulut digandingkan dengan rendang atau serunding. Ada sesetengah orang tak boleh makan pulut bimbang datang ‘angin kus-kus’ dan tak kurang yang sakit badan bila makannya.
Berbalik kepada cara masak pulut, dengan keadaan semakin moden dan semua orang nak cepat, segalanya pun boleh dilakukan . Dengan syarat, cara cepat ini sama dengan yang mak-mak kita masak dulu.
Tak kurang juga yang langsung tak berapa pandai nak mask pulut. Sampaikan ada terlebih air, pulut masih mentah dan sebagainya.
Waima, apa sekalipun, inilah cara yang paling cepat dan sesuai untuk orang malas, kata Mulia Nis dalam perkongsiannya tentang cara beliau masak pulut kuning.
Daun pandan mempunyai aroma wangi yang tersendiri dan sering digunakan dalam masakan harian mahupun pembuatan kuih muih. Tapi selalunya kita nak gunakan daun ni sikit je mungkin sehelai dua, jadi eloklah tanam sendiri pokok pandan ini di rumah. Jimat dan taklah terbuang membazir.
Namun nak tanam pokok pandan ada cara yang betul, barulah ia mudah ‘hidup’, daun lebar dan subur. Boleh gunakan samada keratan berakar atau pucuk pangkal pokok, malah boleh juga ditanam dalam pasu mahupun terus dalam tanah.
Jadi sebelum tanam Pokok Pandan, kena ada ilmu dan asas dalam menanamnya.
Tanaman ini tidak rumit untuk diusahakan kerana ianya mudah tumbuh di atas apa-apa jenis tanah berikutan daripada ciri akarnya iaitu akar udara.
Ianya tidak rumit dari segi suhu, pH, kelembapan, taburan hujan dan sebagainya. Akan tetapi, untuk jaminan kesuburan dan kualiti hasil yang terbaik, ianya perlu diusahakan di kawasan tanah lapang dan mempunyai kadar naungan terhadap matahari yang sederhana.
Ianya sesuai pada pelbagai jenis tanah. Tiada sebarang kekangan untuk mengusahakan penanaman secara terus ke tanah, dalam polibeg ataupun pasu.
a) Tanam Dalam Pasu
Untuk penghasilan yang terbaik, saya mengesyorkan menggunakan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Kemudian, penuhkan pasu ataupun polibeg dengan mengisi tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari bahagian permukaan sebelum ditanam.
b) Tanam Terus Dalam Tanah
Untuk secara terus atas tanah, sediakan lubang berukuran 25cm x 25cm dan benih pandan sudah boleh terus ditanam.
Kemudian boleh terus tanam pada tanah, polibeg ataupun pasu seperti yang dinyatakan tadi dengan memasukkan pada lubang yang berukuran 25cm x 25cm.
Seterusnya, timbus dan padatkan tanah keliling bersama dengan benih pandan. Akhir sekali, siram benih yang ditanam pada kadar yang mencukupi sehingga kelihatan basah dan lembap.
Siram tanaman sebanyak 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Keperluan air perlulah mencukup bagi memastikan daun yang terhasil lebih lebar dan kekal subur.
Bagi mengelakkan serangga perosak, haiwan berbahaya dan penyakit serius pada pokok pandan, penting mencantas daun kering dengan kerap. Sekiranya tidak dilakukan, berkemungkinan kawasan tanaman akan mengundang kehadiran haiwan tidak diingini seperti ular, tikus dan sebagainya.
Jika telah tumbuh tunas baru pada rumpun yang sama, potong sahaja rumpun yang lama dan pindah untuk penanaman baru.
Sebagai langkah kawalan rumpai, cabut dan buang rumpai yang tumbuh di keliling pokok. Sebaiknya gunakan kaedah manual samada menggunakan tangan ataupun mesin rumput. Ini bagi mengelakkan tempias semburan racun secara terus yang boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap pokok pandan.
Tabur baja dengan menggunakan baja NPK (21:21:21) yang dikhaskan untuk pertumbuhan daun. Baja perlu digunakan sebanyak 5g sepokok bagi tanaman dalam pasu ataupun polibeg dan 10g sepokok bagi tanaman di atas tanah.
Daun boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam dengan memotong bahagian pangkal rumpun menggunakan pisau yang tajam. Untuk pemprosesan yang lebih baik, sebaiknya pangkal tersebut dibuang terlebih dahulu.
Boleh dikatakan makanan lauk kebanyakannya berlendir dan hanyir. Ada macam-macam petua yang mak-mak boleh ambil untuk hilangkan masalah ini termasuklah udang.
Sedapnya udang! Masakannya pun boleh dipelbagaikan. Tapi kalau yang ada masalah gout itu, kena elakkan.
Namun, nak beli udang pun bukan sebarangan sebab silap beli, udang dah tak segar. Ini belum lagi hanyir dan berlendir. Sementelah kalau nak masak, kena buang warna hitam di bahagian belakang udang.
Bagaimana nak pastikan udang yang mak-mak beli ini kekal segar, tak hanyir dan tak berlendir. Mungkin petua ini biasa dengar tapi belum cuba. Jadi, apa kata nanti bolehlah buat pada udang atau makanan laut lain yang mak-mak beli nanti.
Masak udang sambal petai memang sedap. Tapi kalau udang dah lembik, tak sedap jugak, kan!
1. Ini cara mudah nak keluarkan kotoran dari badan udang yang size kecil dan sederhana, sebaiknya cucuk guna LIDI SATE aje.
Nak guna pisau @ gunting pun tak ada masalah tapi kalau udang tu besar dan segar boleh la. Kalau tak berapa nak PROO kompem hancur terkulai terus.
2. Gunting saja hujung kepala tu. Tak perlulah penggal kepala udang tu sebab kemanisan udang tu datang dari kepalanya.
3. Lepas dah cuci semua udang tu, perah limau untuk buang bau hanyir dan toskan. Better guna limau nipis laa sebab bau dia lebih wangi dan kuat.
4. Jangan lupa lumur garam tanpa air plak untuk hilangkan lendir-lendir yang keluar disebabkan bilas dengan air limau tadi.
.
5. Bilas semua udang dan sedia untuk dimasak. Kalau nak simpan, masukkan dalam bekas yang berisi air dan bekukan.
P/s : Cara nak hilangkan bau hanyir dan kekalkan kesegaran ni, boleh gunakan untuk makanan laut yang lain juga. Asalkan asal usul dia dari air tawar / laut.
Mingguan Wanita : Garam dan limau nipis ni boleh gunakan untuk makanan laut lain juga. Kena cuba.
Ramai yang dah cuba buat sendiri “Crab Rangoon” super crunchy, resipi viral di TikTok yang simple tapi sedap ni. Mak-mak boleh buat minum petang untuk keluarga, anak-anak pun mesti suka. Rasa berlemak, rangup, pedas manis dicicah pula dengan sos cili Thai. Memang berbaloi buat.
“Crab Rangoon” resepinya akak belajar 25 tahun lepas dengan sorang Chinese Chef. Boleh pakai apa-ape jenis cream cheese. Saja tunjuk Bega, manalah tau boleh jadi Duta.hihi
Mingguan Wanita: Sedapnya. Boleh cuba buat sendiri “Crab Rangoon” super crunchy resipi viral di TikTok yang simple tapi sedap ni. Boleh buat untuk minum petang.