Ramai yang gemar menanam pokok bunga kertas. Berapa ramai yang faham cara baja pokok bunga kertas dalam pasu tanpa menyebabkan akar pokoknya mati akibat terlebih baja.
Bukannya boleh tabur baja sembarangan. Jika salah membaja pokok bunga kertas pun boleh menyebabkan akarnya menjadi rosak.
Lelaki ini, Mahadir Hj Han berkongsi cara membaja pokok bunga kertas dalam pasu. Dan kaedah betul yang dikongsikan ini menghasilkan bunga kertas yang cantik, meriah merimbun.
Pesannya lagi, ketika proses pembajaan pokok bunga kertas pastikan jangan ada rumput dalam pasu pokok bunga kertas anda itu.
Cara Baja Pokok Bunga Kertas
Ini cara saya lakukan pembajaan,
Ads
Basahkan keseluruhan tanah. Bagi melimpah dan lebih bagus kita dapat lihat air keluar dari lubang pasu.
2. Biarkan 30 minit (time ni kita tengok ada air bertakung atau tidak). Kalau ada, bermakna ini benda yang tidak bagus.
3. Selepas 30 minit, gemburkan tanah keseluruhan. Bermula dari tepi pasu sampai pangkal pokok. Mesti ada yang tanya; akar terputus tak ada masalah ke?
Ads
Jika Akar Pokok Bermasalah, Ini Yang Saya Lakukan
Putuskan akar halus kerana kita dapat had kan pertumbuhan akar yang terlalu banyak.
Gunakan gunting atau benda tajam untuk tujuan gembur.
Penerimaan baja untuk akar lebih berkesan.
Kebiasaan pokok yang ditanam dalam pasu, perkembangan akar lebih cepat.
Saya guna baja no. 53. Baja ini memang dah siap campurannya cuma tabur saja. Boleh beli di shopee.
4. Taburkan baja. Siram sekali lagi bagi tujuan untuk basahkan baja yang baru kita letak. JANGAN BANYAK AIR.
5. Hari berikutnya, siram jika perlu atau siram jika lihat permukaan tanah kering atau siram setiap hari. Tetapi basahkan sikit saja bahagian atas.
HASIL BERJAYA SEKIRANYA KITA DAPATI POKOK NAMPAK SEDIKIT LAYU.
Campuran Tanah Untuk Tanam Pokok Bunga Kertas
Cara saya, gunakan tanah merah bakar kerana tanah jenis ini tidak menyimpan air. Berbeza dengan tanah hitam.
Pokok bunga kertas perlukan basahan sementara bukannya kelembapan berpanjangan. Sebab itu, kita boleh lihat bila keadaan atau musim panas, bunga kertas akan meriah berbunga berbanding musim hujan.
Mingguan Wanita : Selain bunga Rose Jepun, mak-mak pun minat tanam pokok bunga kertas di halaman rumah.
Selalunya urusan melipat baju memang renyah berbanding membasuh dan menyidainya. Kena tunggu ada ‘mood’ dan ada masa yang sesuai, barulah nak ‘menghadapnya’ lipat satu persatu. Memang lebih penat bila ada anak kecil yang ramai, maknanya makin banyak baju yang perlu dilipat.
Malah lebih ‘syahdu’nya bila dah elok siap lipat semua, jenguk dalam almari, habis berterabur baju-baju yang ada pula sebab lipatannya mudah terbuka, ketika anak-anak tarik baju dari laci.
Sebenarnya ada trik mudah bagi penyelesaian masalah ini. Barulah lipatan baju tak mudah terbuka, tetap elok tersusun kemas dalam almari!.
Menerusi perkongsian video di tiktok yang dikongsikan oleh Puan Juelinerwinnie ada cara tersendiri dalam melipat baju.
1. Hampar/ bentang kan baju t-shirt yang ada. Biarkan ia dalam keadaan terbalik.
2. Lipat bahagian kiri dan kanan baju.
3. Kemudian lipat ke atas.
4. Selepas itu, lipat lagi untuk kecilkan ia.
5. Kemudian terbalikkan, keluarkan pada bahagian leher baju dan kemaskan.
Siap!
Boleh rujuk video tutorial lipat baju seperti berikut.
Menarik juga cara lipat baju macam ni, barulah elok kemas tersusun, baju pun tak berterabur bila ditarik keluar dari laci nanti.
Selamat Mencuba! pic.twitter.com/bL2lYqftCj
Menurut Puan Juelinerwinnie, dia suka dengan cara lipat baju seperti ini keran menjadikan baju lebih kemas, tak mudah terlerai/terbuka lipatan baju bila ditarik keluar dari laci almari setelah disusun.
Mingguan Wanita : Menarik juga trik dan tip lipat baju yang dikongsikan ini. Barulah baju yang dilipat tetap elok kemas tersusun, tak berterabur dalam almari. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini nanti.
Sumber : Tiktok juelinerwinnie
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT WANITA : https://t.me/bangkitwanitaMW
Bila rasa tak sihat, badan mula panas, selain ambil ubat, terus kita cepat-cepat ke hospital atau klinik untuk dapatkan rawatan daripada doktor bertauliah.
Namun, ada juga daripada kita lebih selesa hanya mengambil ubat di rumah. Katanya, dua tiga hari akan elok dan sihat. Itu mungkin jika masalah kesihatan yang tidak memudaratkan.
Syukurlah dengan hanya ambil ubat yang dirumah saja. Maklumlah, dengan keadaan sekarang ini, patut kena siap sedia dengan ubat-ubatan. Kecuali jika simptom yang teruk, nak tak nak kena dapatkan pengesahan daripada pakar kesihatan.
Ada juga yang selesa mengambil ubat dan ‘susah’ untuk ke klinik atau hospital. Ada baiknya, jika kita tahu kondisi diri, boleh ambil ubat di rumah yang memang disimpan di rumah. Jadi, tidaklah bersesak-sesak dengan orang sakit yang lebih memerlukan.
Apa yang penting, ubat yang ada di rumah itu sekadar yang asas. Sebab ada masanya, doktor pun turut beri ubat yang sama bila ke hospital atau klinik. Jadi, inilah ubat yang wajib kita simpan di rumah seperti yang disarankan oleh Dr. Asmi Syabil.
Ubat-ubatan yang wajib anda simpan dirumah,asrama atau diatas kereta.
—————————————————————
Ramai sedia maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan.(Tapi sentiasa tidak pernah surut)
Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar. Antaranya seperti:
Jadi, kali ini jom kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan di rumah sebagai ‘First aid kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar kita tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.
Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung di antara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan.
Ini antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.
(Sila baca deskripsi di setiap gambar ye)
Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala (simptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.
Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.
Dos disyorkan : 2 biji (sekali makan) tiga kali sehari.
Jangan melebihi 8 biji sehari.
Ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama.
Dos disyorkan : 1 biji, 3 kali sehari.
Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk,oleh itu jika anda rasa seperi mengalami kesan ini,elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi mereka yang bekerja.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.
Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol.
Untuk yang ada gout mesti dah kenal sebab antara ubat yang wajib makan apabila kena serangan gout.
Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastritis.
Untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan.
Muntah disebabkan keracunan makanan juga boleh dikurangkan.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
Selalu digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut,gastritis dan juga GERD.
Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid di dalam perut.
Ubat untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.
Sama seperti Lomotil diatas,ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
Sepertimana yang kita ketahui,badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik.
Dan garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.
Oleh itu ORS ini sering dipreskripsi okeh para doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.
Bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.
Dos disyorkan : 15 ml 3 kali sehari.
Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.
Boleh ja beli dimana-mana farmasi hatta di 7-eleven daripada penat korang menunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.
Yang ini pun banyak dijual di luar dan sangat-sangat berguna untuk mengurangkan sakit-sakit otot atau lenguh-lenguh badan.
Takkan nak ambil LMS pun korang nak melawat jabatan kecemasan pukul 1-2 pagi,ye dak?
Yang ini eloklah beli dan simpan satu di rumah untuk cek sendiri suhu badan kalian atau anak-anak samada demam atau tidak.
Boleh didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk dan kebanyakkannya mudah digunakan.
Julat untuk suhu normal ada pelbagai mazhab.Tapi kebiasaan yang digunakan adalah:
Suhu 38°C dan ke atas = demam
Sebab apa kalian kena simpan sekali benda ini di rumah terutamanya bagi pasangan-pasangan yang memang berhasrat mendapatkan cahaya mata?
Sebab para doktor di jabatan kecemasan ni dah penat nak melayan pasangan-pasangan yang datang ke jabatan kecemasan semata-mata untuk confirmkan kehamilan mereka.
Kalau dah kalian beli di farmasi dan buat di rumah tu positif,hamil lah tu.Tak payahlah nak datang melawat kecemasan hanya untuk double confirmation.Tak cemas pun.
Kurangkan sikap pentingkan diri dan bagilah peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan ye.
Mingguan Wanita : Betul sangat, ubat-ubatan ini memang wajib kita simpan. Nak-nak kalu ada masalah tengah malam, bolehlah membantu. Moga bermanfaat.
Sumber Dr.Asmi Syabil
Pegawai Perubatan Kecemasan
#RawatanAwal
#FirstAid
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bila masakan menggunakan telur seperti kari, masak lemak dan sebagainya, jika salah tekniknya memang telur mudah hancur dan pecah dalam kuah. Sebenarnya ada caranya untuk pastikan telur tak pecah bila masak. Menariknya, petua telur jadi elok, bulat atau bujur mudah saja.
1. Didihkan air panas masukkan 4 sudu cuka.
2. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biar masak.
Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur tu akan jadi bulat atau bujur. Lepas dah masak tapis dan masukkan telur tu dalam kuah kuning yang telah dimasak.
Kontroversi seorang wanita yang didakwa "memadukan suami" di mana pada siang hari berada di rumah suami kedua dan malam di rumah suami pertama seperti didedahkan oleh adik iparnya, Ekin Derahim jelas mengejutkan masyarakat.