Mingguan wanita membuka tirai program bual bicara pada hari Isnin 15 Julai dengan topik yang cukup menarik. Cantik Tapi Sihat Ke? Menjadi tajuk perbualan yang dipilih untuk dibincangkan oleh hos MW, Siti Elizad dan juga Erra Fazira bersama tetamu selebriti dan pakar kecantikan.

Program dimulakan dengan memaparkan VT berkisar tentang perkembangan terkini Aliff Aziz yang sebelum ini dilanda kontroversi dengan kisah rumah tangganya. Aliff kini sudah boleh menerima hakikat atas apa yang berlaku terhadap dirinya.

Turut memeriahkan program bual bicara Mingguan Wanita kali ini iaitu Vicha dan juga Jiggy daripada Maharaja Lawak. Keduanya berkongsi pengalaman sendiri tentang kesihatan dan penampilan terkini masing-masing yang sudah banyak berubah.

Dr. Diyana Shah, Doktor Estetik juga dijemput untuk berkongsi tentang kecantikan dari sudut estetika. Beliau juga menyatakan bahawa wanita sememangnya obses dengan kecantikan dan sempat berkongsi tip untuk tampil cantik secara semulajadi.

Cantik Dan Sihat Itu Perlu Seiring

IKLAN

Kecantikan dan solekan memang cukup sinonim, Jurumekap terkenal Syedewa dan pelakon serta model yang sedang meningkat naik hadir sebagai tetamu jemputan dalam satu sesi demo solekan khususnya buat wanita yang berkulit gelap.

Di akhir rancangan pula, Indah Ruhaila menghiburkan penonton dengan single terbarunya berjudul ‘Pudar’.

IKLAN

Bagi anda yang terlepas menyaksikan siaran langsung program bual bicara Mingguan Wanita sebentar tadi, jangan lupa saksikan siaran ulangan program istimewa ini di Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121 pada jam 5 petang nanti.

 

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI