Sumber Foto : Instagram Ozlynn Wati

Cabaran kejut sahur, Ozlynn kongsi tip bangunkan anak-anak dengan mudah untuk bersahur. Isteri kepada pelawak, pengacara dan pelakon Johan iaitu Ozlynn Wati sering berkongsi pelbagai tip berguna buat mak-mak.

Sempena bulan Ramadan ini, selain sibuk di dapur menyediakan pelbagai juadah mak-mak juga punya misi yang berat iaitu untuk membangunkan anak-anak bangkit tidur untuk bersahut.

Cabaran Kejut Sahur, Ozlynn Kongsi Tip

Sememangnya satu cabaran buat ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak kecil mereka untuk melaksanakan ibadah puasa.

Kadang-kadang tu sebagai mak-mak ada sifat kesian dan tak sampai hati nak kejutkan anak sahut.

Kena sampai hati nak bangunkan anak sahur ya dan kemudian ke sekolah. Jika mak-mak tak sampai hati memang anak sedap menarik selimut lagi, banyak cara nak melatih anak!

‘Berdehem’ Saja Berubah Muka Anak-Anak

Ikuti perkongsian dari selebriti yang juga ibu kepada enam cahaya mata bagi memudakan anak-anak bangkit sahur.

Tiga tip mudah ini boleh dipraktikkan.

Cabaran Kejut Sahur, Ozlynn Kongsi Tip “Mak Sediakan Sahur, Ayah Kena Bantu Kejutkan Anak-Anak” Cabaran Kejut Sahur, Ozlynn Kongsi Tip “Mak Sediakan Sahur, Ayah Kena Bantu Kejutkan Anak-Anak”

“Cabaran utama kejut bdk sahur adalah 1. selain dari kejut bgn dgn cara lembut, sentuhan mak atau ayah.. kali kedua panggil nama dah, kali ketiga dah ada tepukan di peha yek, kali keempat, guys bangun!! Dah nak azan!!

“Ke – 2. Pastikan anak-anak cukup tidur supaya tam cranky masa sahur. Hat nih dia ehekk ehek kita berdehem jer, berubah muka depa.

“Ke -3. Makanan sahur dah siap tersedia. Bebudak ni kan dorang walaupun seminit pun sangat berharga waktu tidur diorang.

“Kadang kita kejut adik abang yang bangun amik kesempatan membuta balik. Alasan tunggu adik.

Perana Ibu & Ayah Penting

“So apapun yang penting peranan mak dan ayah tu sendiri. Kalau mak dok sediakan sahur ayah kena la bantu kejutkan anak-anak suruh depa basuh muka, gosok gigi. Dapat depa mandi awal pun bagus baru segar. Lepas sahur tak adalah lah terus tidur dan standby subuh.

IKLAN

 

Cabaran Kejut Sahur, Ozlynn Kongsi Tip “Mak Sediakan Sahur, Ayah Kena Bantu Kejutkan Anak-Anak”

Cabaran Kejut Sahur, Ozlynn Kongsi Tip “Mak Sediakan Sahur, Ayah Kena Bantu Kejutkan Anak-Anak”

Latih Anak Berpuasa 3 Minggu Sebelum Ramadan

“Tapi tips yg paling berguna 3 minggu sebelum datangnya Ramadan, latih lah anak-anak untuk berpuasa ok.

“Pertama, supaya perut depa tak terkejut.

“Kedua, diorang dapat serasikan diri untuk bangun sahur.

“Ketiga, Dah tak cranky so awal-awal maybe ada yang puasa sekerat hari. Hujung-hujung sampai Ramadan boleh berpuasa dengan senang.

IKLAN

“Keempat, nanti bagilah reward untuk yang kecil-kecil rajin bangun puasa dan subuh untuk yang mana masih belum layak puasa. Tak apa bagi saja semangat, nanti diorang jadi biasa. Tak larat jangan paksa yang penting ajar dan diorang pon ada usaha.

“Selamat mencuba!” luah Ozlynn menerusi akaun rasmi Instagramnya.

“Terima Kasih Atas Perkongsian” Warganet 

Menerusi ruangan komen warganet berterima kasiha atas perkongsian yang diberikan oleh Ozlynn.

Cabaran Kejut Sahur, Ozlynn Kongsi Tip “Mak Sediakan Sahur, Ayah Kena Bantu Kejutkan Anak-Anak” Cabaran Kejut Sahur, Ozlynn Kongsi Tip “Mak Sediakan Sahur, Ayah Kena Bantu Kejutkan Anak-Anak” Cabaran Kejut Sahur, Ozlynn Kongsi Tip “Mak Sediakan Sahur, Ayah Kena Bantu Kejutkan Anak-Anak”

Menarik Lagi : Ozlynn Kongsi Tip Mudahkan Anak Bangun Solat Subuh “Pastikan Cukup Makan, Tidur Awal”

Makan Kat Restoran Mewah Pun Ozlynn Suap Anak “Pakai Tangan Mesti Yang Terbaik, Paling Best”

IKLAN

Mingguan Wanita :  Bolehlah amalkan tip yang diberikan oleh Ozlynn ni.

Sumber Foto : Instagram Ozlynn Wati

Ramadan ni mesti ramai tengah sibuk beli belah untuk hari raya. Jom tinjau tip beli baju raya sesuai dengan bentuk badan anda.

Amalkan diet yang betul sepanjang Ramadan.

Aina Abdul memang hebat, masuk bulan puasa ni dia teruja nak ke pasar Ramadan dan tak sabar nak tunaikan solat terawih di Masjid.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI