Lumrah wanita bersifat lemah lembut, tak ramai yang sanggup menyahut cabaran melakukan aktiviti ekstrem seperti masuk hutan, gua, meredah sungai berarus deras dan sebagainya. Jika tidak kuat dan berani melakukan aktiviti ini pasti sukar untuk dilaksanakan.

Diberi cabaran ekstrem, masuk ke gua di Taman Eko Rimba Batu Maloi,Tampin Negeri Sembilan, Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow, Ainaa Kamalia Jamaludin, 27 tahun yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor berani menyahut cabaran ini.

Cabaran Ekstrem Masuk Gua, Kamalia Cerita Dalam Perjalanan Balik Terhidu Bau Wangi!

Hidu Bau Wangi Ketika Perjalanan Balik

Berkongsi pengalaman menjejakkan kaki ke dalam gua, macam-macam aksi yang perlu dilakukan.Kena berenang dalam air, merangkak, meniarap malah turut memanjat batu. Menurut wanita ini, antara cerita menarik untuk dikongsikan adalah perasaan beliau ketika di dalam gua.Dalam suasana gelap dirinya terbayang terperangkap dalam gua. Dengan keadaan yang sempit dan risau kepala air naik atau pasang, ketika itu hanya berdoa keselamatan diri.

IKLAN

Malah Kamalia juga turut berkongsi pengalaman mistik yang dilalui dalam menyempurnakan tugasan tersebut.

“Ketika dalam perjalanan balik, ada beberapa orang dikalangan kami yang terhidu bau wangi. Sebab waktu tu adalah dah nak senja dalam pukul 4-5 petang.Jadi dalam perjalanan balik, kami terhidu bau wangi.Orang kata kalau hidu bau-bau wangi dalam hutan jangan tegur,” jelas Kamalia.

IKLAN

Jangan Takut Masuk Gua

Pesanan Kamalia juga, buat wanita yang pertama kali masuk ke gua jangan takut dan bimbang ambil sebagai satu cabaran. Kepuasan dapat dirasai setelah berjaya mengharungi cabaran tersebut.

“Kepada wanita diluar sana, katakanlah kalau anda memang tak pernah langsung masuk gua, ini adalah kali pertama untuk anda cuba, jangan takut, jangan risau sebab Kamalia pun pertama kali pergi ke gua, jadi ambil ini sebagai salah satu cabaran dalam hidup anda, dan redah je. Anda akan dapat kepuasannya bila dah keluar gua nanti”, ujar Kamalia.

IKLAN

Adakah KAMALIA memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.

Cabaran Ekstrem Masuk Gua, Kamalia Cerita Dalam Perjalanan Balik Terhidu Bau Wangi!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI