Pencarian wajah baru bagi hos Mingguan Wanita Talkshow akhirnya sampai ke kemuncak apabila para pemenang telah diumumkan pada hari ini. Keputusan diumumkan secara langsung oleh Dato Aznil Hj Nawawi, selaku Ketua Juri Pencarian Hos Mingguan Wanita di Mingguan Wanita Talkshow jam 12 tengahari tadi.
Syakirin Husnal Az Hari,30 dan Ainaa Kamalia Jamaludin, 27 telah dipilih sebagai pemenang Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow terbaru manakala Farah Diana Anuar, 34, telah dipilih sebagai calon ‘favorite’.
Pemenang pencarian hos Mingguan Wanita Talkshow, Syakirin & Kamalia
Ingin Tampilkan Kelainan
Terpilih sebagai wajah baru Hos Mingguan Wanita Talkshow, ternyata Kamelia dan Syakirin ingin tampilkan kelainan dalam program ini nanti. Begitu juga dengan Farah Anuar.
“Bila tengok hos-hos yang lain, kami semua berbeza umur. Mungkin Kamalia nak target penonton-penonton dan wanita yang lebih muda. Sebab bila kita tengok Mingguan Wanita, wanita muda macam ala ini untuk mak-mak, suri rumah lah. Tapi sebenarnya ini untuk semua orang. Bukan setakat wanita, tapi lelaki pun patut tengok sebenarnya, sebab lelaki pun patut tahu wanita ni bukan main-main,” ujar Kamalia
“Bagi Syakirin pula ingin memperkasakan wanita melalui ilmu pengetahuan, sebab Syakirin boleh bawa topik-topik berat dengan gaya yang santai. Sebab janganlah kita asyik cerita benda yang remeh sahaja kan. Sebab wanita ni penting sebenarnya.Sebab wanita inilah yang mendidik generasi baru, dialah yang melahirkan anak, mendidik anak.Kebanyakan rancangan intelektual ia terlalu berat, bila orang tengok, orang tukar channel.Sayang. Kita tak ada yang pertengahan, sama ada santai atau terlalu berat.So sekarang kita pertengahan tapi kita masih boleh membincangkan isu kesihatan, pendidikan dalam gaya mudah untuk orang faham pada masa yang sama orang macam ‘I can make better choices in my life as a woman, as a mother & as daughter,”ujar Syakirin.
Ads
“Bagi Farah pula,saya cintakan aktiviti luar. Melalui Mingguan Wanita why not kita bawa penonton berjalan-jalan atau mungkin ada aktiviti luar, bawa beriadah, hiking, berkhemah dan sebagainya dengan keluarga. Ada banyak tip yang kita boleh kongsi dengan wanita di luar sana. Hopefully menjadi kenyataan,” ujar Farah Anuar.
Syakirin dan Kamalia bersama Puan Yasheedah Yashaiya, Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat, Habib Jewels.
Hadiah Tajaan Habib Jewels
Syakirin dan Kamalia telah mendapat hadiah loket bertatahkan berlian dan batu permata emas putih 18K bernilai RM10,000 dan sejambak bunga tajaan Habib Jewels.Hadiah telah disampaikan oleh Puan Yasheedah Yashaiya, Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat, Habib Jewels.
Ads
Seramai hampir 400 peserta telah menghadiri sesi ujibakat yang diadakan pada 16 & 23 Februari lepas dan 9 orang finalis telah disenarai pendek. Finalis Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow lain yang terpilih adalah Atiqah Nabila, Shazwani, Alin Kamarudin, Mia Sara, Nisa Kay dan Alia Ajeerah.
Tahniah buat semua pemenang dan para finalis yang menyertai Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow ini. Semoga menjadi hos yang terbaik, menyampaikan informasi dan maklumat bermanfaat buat para penonton Mingguan Talkshow nanti. Teruslah menjadi ‘Teman Setiap Wanita’ dan Selamat Maju Jaya!
Dadah membinasakan diri, negara dan keluarga. Usaha pihak berkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan bertungkus lumus membanteras penyalahgunaan najis dadah ini seharusnya dipuji. Meskipun risiko diri menanti sewaktu bertugas melakukan serbuan operasi ini.
Mengikuti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi “Benteras Dadah” nyata bukan satu kerja yang mudah. Ia satu cabaran yang harus dilakukan dengan sempurna. Tugasan ini diberikan kepada salah seorang Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita, Farah Diana Anuar, 34, tahun yang berasal dari Bangi, Selangor.
Pengalaman ‘Mahal’ Tak Boleh Dijual Beli
Berkongsi pengalaman dalam serbuan sarang penagih dadah bersama penguatkuasa AADK, ternyata ia satu pengalaman yang sangat ‘mahal’ dan tidak boleh dijual beli buat dirinya. Ia pengalaman pertama kali Farah dalam melakukan serbuan ini dari rumah ke rumah bersama penguatkuasa AADK dalam Operasi Cegah 12 yang diketuai Puan Azura dan juga Tuan Shahril.
“Saya rasa nak berhadapan dengan benda tu memang sebenarnya kita tak boleh nak gambarkan di kotak fikiran kita. Sebab bila sampai di lokasi, tempat kejadian, rumah yang pertama tu, anda bayangkan bila penghuni tidak memberikan kerjasama, jadi penguatkuasa telah pun memecahkan pintu tu”
“Saya pula jenis yang Ya Allah , Ya tuhanku, tak boleh tengok benda-benda situasi macam orang bergaduh ke, atau situasi yang sebegitu. Saya akan rasa macam saya nak pengsan, saya nak pitam. Jadi bayangkan bagaimana saya cuba untuk mengawal diri saya, mengatakan dalam hati saya “Ya Allah Ya tuhanku Aku boleh buat”! Walaupun ‘muka ni dah kecil 10 inci’ tapi alhamdulillah saya dapat melakukannya,” jelas Farah.
Kepentingan Penguatkuasa AADK Wanita
Menurut Farah lagi, pengalaman ketika melakukan tugasan ini bukan sahaja eksklusif buat Mingguan Wanita, tapi untuk dirinya juga. Farah merasakan ia menjadi tanggungjawabnya untuk menceritakan pula pada anak-anakya nanti, generasi baru bahawa bahayanya melibatkan diri dengan najis dadah. Malah, Farah juga menghargai semangat kental dan menekankan betapa pentingnya Penguatkuasa AADK wanita.
“Paling penting saya bersama pegawai-pegawai atau penguatkuasa AADK yang kebanyakkannya adalah wanita pada malam itu. Jadi kita dapat melihat semangat mereka yang luarbiasa, begitu kental dan gigih berhadapan dengan situasi pada malam itu.Dan baru kita tahu bagaimana prosedurnya kalau melakukan serbuan dari rumah ke rumah, perlunya dan pentingnya ada penguatkuasa wanita untuk memantau kalau ada penagih-penagih wanita dan sebagainya.”
“Pengalaman yang cukup mahal yang tidak boleh dijual beli, saya belajar sangat banyak berkenaan dengan serbuan ini. Jutaan Terima Kasih kepada Mingguan Wanita,” jelas Farah.
Adakah FARAH ANUAR memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rejimen Askar Wataniah (AW) merupakan badan Sukarela dalam Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia. Ia tugas yang murni bertanggungjawab mempertahankan negara. Golongan wanita yang layak menjadi askar wanitah ini seharusnya bukan calang-calang orangnya. Perlu berjiwa kental, memiliki stamina secukupnya dan tahan lasak dengan segala latihan ketat dan cabaran yang harus dilalui.Malah juga, sanggup berkorban berjauhan dengan keluarga bila berada dalam latihan di kem tersebut.
Menyelami latihan Askar Wataniah wanita, itulah tugasan yang harus disempurnakan oleh salah seorang Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkskow, Azlina Kamarudin, 32 tahun yang berasal dari Sendayan, Negeri Sembilan.
Kena Ada Kekuatan Stamina & Emosi
Menerusi perkongsian pengalaman Azlina ia bukanlah satu tugasan yang mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang anggota tentera wataniah.Ternyata ia mempunyai cabarannya yang tersendiri ketika berpeluang melalui sendiri latihan di Rejimen 502 Askar Wataniah Kem Sungai Buloh.
Kekuatan stamina sangat penting untuk kekalkan tahap kesihatan untuk melakukan sesuatu yang tidak dijangka.Malah kekuatan emosi berjauhan dengan keluarga juga memainkan peranan penting.
“Bagi diri saya sendiri, stamina tu kena ada iya, walaupun kita suri rumah ke apa juga jenis kerjaya kita, kita kena ada dan kena tahu untuk kekalkan kesihatan diri kita, supaya bila keadaan yang tak dijangka, tiba-tiba kena buat sesuatu di luar jangkaan kita tak berdaya dari segi usia kesihatan kita.”
“Antara pengalaman yang saya tengok ialah dalam skuad tu, pada hari yang ditugaskan tu ada 16 orang. Rata-ratanya memang bujang, ada 3 daripada mereka yang sudah berumahtangga.Jadi disitu memainkan emosi sebenarnya, sebab mereka ni perlu ada dalam kem ini dalam tempoh yang dah ditetapkan.”
“Maknanya, tak boleh keluar sesuka hati.Jadi bila kita tengok,berjauhan dengan keluarga,orang kata kita tak boleh berpelukan dengan mereka, kita rasa jauh sangat, tapi pada masa yang sama kita kena buat juga tugasan, kita kena teruskan kerjaya kita dalam kem tersebut,” ujar Alin
Tak Sanggup Berjauhan Dengan Keluarga
Tambah Alin lagi, bagi askar wataniah komunikasi mereka dengan ahli keluarga hanya hubungan menerusi telefon berhubung menerusi Instagram,bagi menunjukkan rasa rindu kepada anak-anak dan ahli keluarga.
“Saya rasa kalau saya pun duduk dalam tempat mereka,kita rasa, stage yang pertama ialah tak sanggup sebenarnya berjauhan dengan ahli keluarga. Walaupun kita boleh telefon, tapi sebenarnya perasaannya tak sama dengan mereka yang ada didepan mata,” jelas Alin.
Adakah ALIN memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidak dinafikan aktiviti menyelam dasar laut atau memilih kerjaya sebagai juruselam agak berisiko tinggi dan mempunyai cabarannya yang tersendiri. Istimewanya, golongan wanita turut tidak terkecuali menceburi bidang ekstrem ini, atas minat yang mendalam serta menikmati keindahan hidupan karangan laut.
Menyelami kerjaya penyelam skuba wanita dan aktiviti menyelam di dasar laut Pulau Tioman, baru-baru ini, itulah tugasan yang diberikan kepada salah seorang Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita, Nur Alia Ajeerah Azimi, 28 tahun yang berasal dari Subang Jaya, Selangor.
Perlu Kekuatan Mental & Fizikal
Bukan mudah untuk menjadi seorang penyelam skuba wanita. Perlu ada ciri-ciri tertentu yang melayakkan diri untuk melibatkan diri dalam kerjaya ini, terutama dari segi kekuatan mental dan fizikal.
“Saya dapat saksikan untuk menjadi penyelam wanita ini, kena ada keberanian yang tinggi, kena ada kekuatan fizikal dan mental, perlu tenang dan jiwanya memang kena kental, sebab nak masuk dalam laut tu kita tak tau apa yang ada disana”
“Sebagai dive master atau instructor, dia berperanan untuk tenangkan orang-orang sekeliling dia juga, orang-orang dibawah kendalian dia. Jadi saya nampak, kena ada satu ketengangan, keberanian dia untuk bagitau, untuk ubah persepsi orang lain bahawa dilaut sana itu semuanya cantik, semuanya ok sahaja, tak payah takut lemas, tak payah takut tak boleh bernafas,” jelas Alia.
Detik Cemas, Tertelan Air
Menurut Alia, dirinya berhadapan dengan detik cemas iaitu tertelan air dan membuatkan dirinya panik ketika menyempurnakan tugasan tersebut.Sewaktu berhadapan situasi ini, Alia dapat merasakan dive master tersebut memainkan peranan penting dalam menenangkan dirinya, dengan mengawal emosi, mental agar bertenang dan pada masa yang sama turut menenangkan dirinya sendiri.
“Saya rasa wanita-wanita yang berminat dan dah lama berkecimpung dalam dunia menyelam skuba ini, saya rasa mereka sangat hebat, kerana mereka tak biar emosi mengawal mereka di bawah sana dan mereka sentiasa tenang dan cuba untuk mengawal apa-apa benda negatif yang berlaku disekeliling mereka,” jelas Alia
Cabar Diri Masuk Menyelam Atasi Ketakutan Diri
Tambah wanita ini, pengalaman melihat batu karang dan hidupan di dasar laut sangat indah dan cantik.Meskipun pernah berhadapan detik cemas, Alia ingin mencabar diri untuk menyelam lagi bagi mengatasi ketakutan dalam dirinya.
“Sejujurnya kalau ingat balik pengalaman saya, saya masih rasa takut. Saya pun tak pasti nak membuatnya lagi. Tapi saya tahu untuk menjadi seorang wanita yang kuat macam Dive master saya tu, saya nak mencabar diri saya nanti untuk masuk menyelam lagi dan mengatasi ketakutan saya,” ujar Alia.
Adakah ALIA memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kongsi hal jodoh, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mencuri perhatian apabila mengakui dirinya masih selesa dengan cara lama iaitu biarlah lelaki yang memulakan langkah pertama...