Dalam semangat merayakan keindahan dan pesona wanita Malaysia, Variante hadir dengan koleksi Eid 2025 terbarunya, “Gemilang Raya”.
Koleksi ini menggabungkan perpaduan sempurna antara elegan yang effortless dan kenyamanan tanpa kompromi, memastikan setiap wanita bersinar penuh percaya diri di musim perayaan ini.
Di inspirasi oleh kekayaan budaya Malaysia, “Gemilang Raya” menghadirkan ragam
motif menawan, mulai dari abstrak yang berani, floral yang lembut, desain geometri
yang tegas, hingga sentuhan batik klasik yang tak lekang oleh waktu.
Setiap helai busana dalam koleksi ini dibuat dengan material bernafas yang memberikan kesejukan, sehingga nyaman dikenakan sepanjang hari tanpa mengorbankan gaya.
Ads
“‘Gemilang Raya’ bukan sekadar koleksi, tetapi sebuah penghormatan bagi semangat wanita Malaysia dan tradisi indah yang menyatukan kita di momen penuh berkat ini,” ujar Leslie Variyan, Pengasas dan Pengarah Kreatif Variante.
“Kami ingin menghadirkan koleksi yang mencerminkan kecantikan, kekuatan, dan
fleksibiliti, dengan desain abadi yang bisa memperindah setiap momen di Hari
Raya.”
Ads
Sebagai sebahagian dari dedikasi Variante dalam merangkai tradisi dengan sentuhan
moden, koleksi ini dirancang khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup wanita
masa kini.
Dengan kombinasi motif khas dan siluet yang fleksibel, setiap potongan
dalam koleksi ini dibuat untuk menghadirkan kepercayaan diri dan kebahagiaan.
Ads
Menyelusuri perjalanan dua dekad dalam industri mode Malaysia, “Gemilang Raya”
menjadi simbol pencapaian Variante dalam menginspirasi wanita melalui desain yang
timeless, motif yang memikat, serta palet warna yang tak terlupakan.
Koleksi ini kini tersedia di butik Variante dan secara online. Sambut Hari Raya dengan penuh pesona bersama Variante, dan temukan keindahan koleksi yang merayakan tradisi, serta 20 tahun dedikasi dalam dunia fesyen.
Ramadan memasuki hari ke 5, sudah pasti banyak jemputan berbuka puasa mula diterima untuk dipenuhi. Antara lokasi iftar yang boleh menjadi pilihan terletak di Mines Beach Resort.
Resort yang terletak di pinggir tasik yang menenangkan, kembali menawarkan pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan bertemakan Selera Warisan.
Menggabungkan cita rasa tradisional dengan suasana moden, bufet yang dihidangkan sepanjang bulan Ramadan ini membawa pengunjung menikmati hidangan nostalgia yang memikat selera.
Dengan pilihan lebih daripada 100 jenis hidangan, para pengunjung pasti akan merasai kepelbagaian rasa yang membangkitkan kenangan zaman silam.
Menurut Pengurus Restoran dan Promosi, Mohd Firdaus Bin Saad, bufet ini bertujuan untuk memberi pengalaman berbuka yang memuaskan dengan pilihan hidangan yang menggabungkan elemen masakan warisan Melayu, India, dan Cina.
“Dalam suasana yang nyaman dan santai, para tetamu dapat merasai pelbagai jenis makanan yang menyegarkan selera, sambil menikmati pemandangan indah yang terbentang di depan mereka.”
Antara hidangan yang menjadi tumpuan pada tahun ini ialah nasi kandaq basikal, ayam goreng berempah, dan daging masak hitam. Setiap hidangan ini disediakan dengan sentuhan tradisional yang pastinya memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.
“Tidak ketinggalan, terdapat juga pilihan makanan laut yang menyegarkan, termasuk ketam masala dan hidangan ‘live seafood shellout’, yang disediakan dengan bahan-bahan segar dari laut,” ujarnya.
Bagi penggemar makanan pedas, rendang daging, ayam masak lemak cili api, dan sambal belacan pasti akan menggamit selera. Bagi mereka yang lebih menyukai hidangan yang lebih ringan, ulam-ulaman segar bersama sambal pencicah turut tersedia.
Setiap hidangan dipersembahkan dengan cita rasa yang memukau, memastikan setiap suapan memberikan kenikmatan yang tiada tandingannya.
Selain hidangan utama, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai pencuci mulut yang lazat seperti pengat pisang, cendol, dan pelbagai kuih muih tradisional.
Semua hidangan pencuci mulut ini disediakan dengan menggunakan resipi turun temurun, memberikan rasa yang asli dan memikat. Tidak lupa juga, pelbagai minuman segar seperti air kelapa muda dan sirap bandung yang menyegarkan turut dihidangkan.
Suasana di Mines Beach Resort juga memainkan peranan penting dalam mencipta pengalaman berbuka yang istimewa. Pengunjung bukan sahaja disajikan dengan hidangan yang lazat, tetapi juga dapat menikmati hiburan live band yang bermain lagu-lagu klasik yang menyentuh hati.
Dengan suasana yang tenang dan santai, para pengunjung boleh berbuka puasa dengan penuh ketenangan sambil menikmati pemandangan indah tasik yang terbentang luas.
Bagi mereka yang mencari kemudahan tambahan, Mines Beach Resort turut menyediakan surau untuk para pengunjung menunaikan solat, menjadikannya tempat yang sempurna untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Selain itu, ruang makan yang luas dan selesa turut disediakan untuk memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan dengan penuh keselesaan.
Bufet Ramadan di Mines Beach Resort ini bermula pada 3 Mac hingga 28 Mac 2025. Harga untuk dewasa bermula dari RM108, manakala untuk kanak-kanak, harga bermula RM58. Dengan harga yang berpatutan, para pengunjung dapat menikmati hidangan berkualiti tinggi sambil merasai keindahan suasana di resort ini.
Bagi mereka yang ingin mengelak daripada kesesakan dan menikmati pengalaman berbuka puasa yang lebih santai dan intim, Mines Beach Resort adalah pilihan yang tepat.
Keistimewaan bufet ini bukan sahaja terletak pada hidangannya yang memukau, tetapi juga pada suasana yang damai dan pemandangan yang menenangkan, menjadikannya tempat yang ideal untuk berbuka puasa bersama orang tersayang.
Mines Beach Resort berharap dapat terus menyajikan hidangan-hidangan terbaik dan memperkenalkan budaya makanan tradisional kepada generasi muda.
Dengan komitmen terhadap kualiti dan keselesaan pelanggan, resort ini memastikan pengalaman berbuka puasa tahun ini akan terus dikenang sebagai satu kenangan yang manis.
Wanita Kelantan beli barang kemas pakai duit syiling. Walaupun harga emas kini menghampiri RM500 untuk setiap gram, minat orang ramai terhadap barangan kemas tetap tidak berkurang, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri. Malah, membeli emas seakan sudah menjadi satu kebiasaan tahunan bagi sesetengah masyarakat.
Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd, Nur Akmal Ahmad Tajuddin, memaklumkan bahawa sebahagian pelanggan sanggup membuat bayaran menggunakan wang syiling demi memiliki barangan kemas idaman mereka.
Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, sebanyak lima pelanggan datang ke premis mereka dengan membawa duit syiling untuk membeli emas sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
“Salah seorang pelanggan kami dari Gua Musang sanggup datang ke sini dengan membawa tabung simpanan yang dikumpul selama 17 tahun. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pula berjaya mengumpul lebih RM3,000 dalam bentuk syiling dan membeli seutas gelang tangan dengan wang tersebut,” katanya ketika ditemui media.
Nur Akmal mengakui bahawa pada mulanya, pihak kedai agak keberatan kerana proses mengira duit syiling mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja tambahan.
“Namun, melihat keterujaan dan kepuasan pelanggan apabila dapat memiliki barangan kemas untuk dipakai semasa Hari Raya membuatkan kami rasa berbaloi dan sanggup menerima bayaran dalam bentuk syiling,” tambahnya.
Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan mak simple tapi sedap, itulah keberkatan anak ingat sampai bila-bila. Jom masak mak-mak petang Ramadan ke-12 ni jamulah keluarga dengan Paru Goreng Berlada Membara! Pedas menyengat tak ingat!
Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan mak. Itulah makanan yang kita akan cari setiap kali balik kampung. Goreng telur mata pun rasa sedap, asalkan itu mak yang masak. Betapa ajaibnya air tangan ibu. Pergilah mana-mana, mesti tak dapat tanding dengan masakan mak.
Malah masakan mak jugalah yang cuba kita masak tapi mesti tak jadi dan tak sama kan. Hebatnya. Itulah keberkatan air tangan ibu dalam menyediakan makanan untuk suami, anak dan keluarga.
Namun, ada juga mak-mak sekarang ini tidak cukup masa untuk memasak buat hidangan keluarga dan hanya membeli di kedai sahaja. Kita tak tahu dengan gaya pemakanan di luar itu telah mencorak keperibadian anak-anak.
Walau sibuk mana pun mak-mak cubalah memasak di dapur terutama di bulan Ramadan ini.
Jom masak mak-mak petang Ramadan ke-12 ni jamulah keluarga dengan Paru Goreng Berlada Membara! Pedas menyengat tak ingat!
½ kg paru
10 tangkai cili padi – dikisar
1 biji bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 batang serai
1 keping asam keping
2 sudu sos tiram
1.Bersihkan paru dan rebus hingga lembut dengan anggaran masak lebih kurang 30 – 40 minit.
2.Bila sudah lembut, angkat, toskan dan tunggu sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihiris.
3. Hiris paru mengikut saiz yang anda suka. Kemudian gaulkan dengan garam serta serbuk kunyit dengan secukupnya.
4.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hirisan paru tadi hingga sedikit garing. Api jangan kuat untuk elak paru menjadi hangus. Angkat dan toskan.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!