Setiap mata yang memandang pasti terpukau dengan busana yang digayakan oleh Pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri di majlis makan malam sempena ulangtahun ke 25, Bawal Exclusive semalam.
Sempena ulangtahun yang ke 25, Bawal Exclusive kali telah mengadakan majlis makan malam yang cukup gemilang dengan kehadiran tetamu seramai 800 orang. Buat pertama kalinya majlis mengangkat tema Magnificent Century yang berlatar belakangkan sejarah kerajaan Utmaniah.
Menurut Puan Haliza Maysuri yang ditemui usai majlis berkata tema tersebut dipilih kerana dirinya cukup kagum dengan sejarah kerajaan yang diterajui oleh pemerintah Islam. Puan Haliza Maysuri telah menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Rizalman Couture dengan bertahtakan kristal Swarovksi yang berharga RM250,000.00.
Busana yang digayakan oleh Puan Haliza Maysuri ini dihiasi penuh dengan 83,900 butir Swarovski. Menariknya, palet warna yang dipilih adalah dari palet rona merah dan perincian sulaman, batuan kristal pula dari palet rona emas dan topaz.
Ads
Menurut Haliza, adi busana tersebut telah mengambil masa selama setahun pembuatannya termasuklah perancangan, perbincangan,pemilihan fabrik dan batu Swarovski yang dibawa khas dari Austria.
Ads
Pada majlis tersebut, Bawal Exclusive telah membuat bidaan untuk rekaan tudung
pertama yang dikeluarkan iaitu Bawal Tabur dan khas dibuat sempena ulangtahun ini sahaja. Bermula dengan harga RM 25, Bawal Tabur ini telah berjaya dibida dengan harga tertinggi RM78,000. Hasil jualan tersebut akan disalurkan Tabung Kemanusiaan Palestin. (Malaysia Medical ReliefSociety.)
Majlis yang penuh gemerlapan ini, telah mempamerkan juga koleksi-koleksi yang direka khas oleh Creative Designer Bawal Exclusive yang berharga antara RM 10,000 sehingga RM
mencecah RM113,000.00.
Malam yang cukup gilang gemilang ini turut meraikan pelanggan-pelanggan dari seluruh Malaysia yang banyak menyokong dan menaikkan jenama Bawal Exclusive. Tidak dilupakan juga kepada Premium Reseller dan Reseller yang menjadi rantaian untuk menyebarkan lagi Bawal Exclusive kepada semua peringkat masyarakat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apa status anak, peguam syarie ulas lafaz taklik talak 3 founder dicurangi suami. Jika sebelum ini kecoh dengan isu Alif Teega yang memilih berkahwin dua di saat isterinya, Aisyah Hijanah mengandung, hari ini kecoh dengan isu lafaz taklik talak 3 yang melanda pasangan usahawan Hajar Hanif dan Mikail Isaaq.
Sering terlihat bahagia di media sosial, semalam Hajar Hanif mengejutkan pengikutnya dengan pendedahan mengenai kemelut rumahtangga mereka di mana Hajar mendakwa Mikail telah berlaku curang dengan membawa balik perempuan lain ke rumah mereka.
Video yang dimuat naik di media sosial, Tik Toknya, Hajar Hanif sudah mencecah tontonan 4.1 juta di mana dirinya memuat naik rakaman ‘menerjah’ kegiatan suaminya yang dipercayai berhibur di kelab malam serta membawa wanita lain masuk ke rumah mereka. Pertelingkahan mulut antara pasangan founder ini juga disusuli dengan pendedahan Hajar yang pernah dikasari sewaktu hamil sebelum ini.
Dedah Hajar Hanif lagi, pada 2017, selepas kantoi curang, Mikail ada melafazkan taklik dengan menyebut, “kalau i curang, ada nafsu pada mana-mana perempuan, ada perasaan suka, cubaan flirt atau apa apa berkaitan perempuan lepas ini, kita jatuh talak 3”.
”Tak pernah sangka ini takdir i. Dan lebih parah, kegiatan si dia ni dah bertahun-tahun. Dan dah bertahun i sebenarnya dah jatuh talak 3. Tapi i baru sahaja tahu beberapa hari ini pada hal perbuatan jijiknya tentang wanita sudah dilakukan bertahun-tahun lamanya.
Dalam hal ini, ada netizen yang membuat pertanyaan, apakah status anak pada pasangan ini jika lafaz taklik talak 3 itu soreh? Apakah nasab Mikhail Darris yang berusia hampir setahun. Bolehkah dibinkan pada nama bapanya kerana lafaz taklik tersebut?
MW menemubual peguam syarie, Hasanah Johari dari Tetuan Hasanah Johari & Associates mengenai lafaz taklik yang dibuat serta status anak pasangan ini. Boleh ke dinasabkan ke bapanya?
Menurut Hasanah yang pernah viral dengan pendedahan wanita mempunyai empat suami sebelum ini memaklumkan, sebarang lafaz cerai taklik perlu buat pengesahan di mahkamah dalam kes pengesahan lafaz cerai takliq.
“Biasanya, Hakim kena siasat dulu fakta kes. Tarikh masa lafaz dilafaz, keadaan suami waktu lafaz, ayat lafaz itu sendiri, kejadian sebelum, semasa dan selepas terutama bila pelanggaran takliq itu dibuat, sama dengan apa dilafazkan itu.
“Perasan pada perempuan lain macam mana yang dimaksudkan sehingga boleh melanggar takliq? Siasatan ini akan dibuat secara terperinci. Termasuk hakim akan bertanya suami faham tak talak tiga itu maksudnya apa, kesannya dan lain lagi.
Tambah Hasanah lagi, ia bukan seperti dikongsikan di Tik Tok kerana mahkamah yang boleh memutuskan taklik itu terpakai atau tidak, soreh atau tak dan sebagainya.
Ditanya tentang status anak pasangan ini jika lafaz itu soreh, jelas Hasanah semua itu akan dilihat pada tarikh pelanggaran takliq dengan tarikh isteri mengandung.
“Untuk nasab anak pula, tengok juga pada tarikh pelanggaran takliq dan dengan tarikh isteri itu mengandung. Jika pelanggaran dibuat sebelum isteri mengandung dan jika disabitkan jatuh talaq pada tarikh pelanggaran berlaku, barulah ibu kena failkan pengesahan sabitan nasab bagi anak kedua tersebut.
“Jika pelanggaran dibuat selepas isteri mengandung, besar kemungkinan anak itu adalah nasab bapanya. Namun, jika tak sabit talaq itu, maka, tak perlu pun buat pengesahan nasab anak tersebut. Apa pun, kena selesaikan dulu isu pelanggaran takliq itu, baru selesaikan isu pensabitan nasab anak,” katanya.
Akhiri Hasanah, apa pun status nasab anak, ia boleh dinasabkan kepada ayahnya iaitu wati’ syubhah.
“Apa yang dimaksudkan dengan wati’ syubhah ini ialah anak yang dilahirkan akibat persetubuhan yang berlaku bukan dalam perkahwinan yang sah akibat keraguan tertentu. Pada asalnya anak yang dilahirkan bukan daripada perkahwinan yang sah, seperti zina, tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologinya.
Namun para ulama menyatakan bahawa jika seorang anak itu lahir daripada persetubuhan yang syubhah, ia dikira sama seperti hukum nikah fasid, yakni dinasabkan kepada bapa biologinya.
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Beruntungnya jika wajah kekal awet muda dan tidak dimamah usia! Itu antara perkara yang sering dilontarkan buat penyanyi Amy Mastura yang acapkali menerima pujian kekal muda dan tidak dimamah usia. Meskipun menerima pujian, penyanyi Amy Mastura mengambil pendekatan untuk tidak berlapang dada sebaliknya menjadikan itu sebagai peringatan untuk dirinya.
Amy Mastura ketika ditemui Mingguan Wanita baru-baru ini berkata dia enggan tenggelam di sebalik pujian yang dilemparkan kepadanya.
“Alhamdulillah dengan pujian kelihatan seperti adik-beradik dengan anak-anak, namun sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada kenyataan. Jangan perasan sangat, saya selalu ingatkan diri saya.
“Ini kerana, mak tetap mak, tak jauh lari dia. Walaupun sering menerima pujian, namun sebenarnya menjadi peringatan. Sila beringat!
Meskipun sudah mencecah usia 52 tahun, kejelitaannya mencetuskan rasa kagum dikalangan peminat kerana dikategorikan sebagai awet muda memandangkan wajahnya yang tidak dimamah usia.
Apatah lagi apabila penyanyi Sha Na Na ini bergandingan dengan dua orang puterinya, mereka kelihatan seperti adik-beradik!
Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan Alvin Tham Suffian pada 30 Jun 2000. Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan iaitu Adriana, 22, dan Adalia, 19.
Berkongsi petua awet muda dan rahsia kebahagiaan rumah tangga bersama Mingguan Wanita, Amy Mastura mendedahkan antara rahsia yang diamalkan termasuklah suka ketawa dan enggan memikirkan masalah secara berlebihan.
Malah sikap kelakarnya yang suka bergurau dengan suami tersayang, Alvin menjadi petua awet muda serta kebahagiaan rumah tangga mereka yang kini sudah memasuki usia 23 tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.