Dalam kehidupan berumahtangga, normal sang isteri atau suami menelan baik buruk sikap pasangan. Jaranglah segalanya dikongsi dengan orang sekeliling waima ahli keluarga. Setakat perkara kecil dan remeh, kebanyakannya memilih untuk simpan dan telan sendiri.
Malah sebesar-besar masalah sekalipun, jika dia memilih untuk bercerita bukan bermakna dia ingin anda membuat keputusan buatnya. Sebaliknya sebagai orang luar kita hanya mampu menasihat dan bukanlah pembuat keputusan. Kebiasaannya baik buruk suami, isterilah yang simpan.
Sebab itu orang luar tidak tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga pasangan lain… Sebab itu orang luar tak nampak gelora, ribut, taufan, puting beliung dalam rumahtangga pasangan lain…
Apa yang diperlihatkan, belum tentu itu yang dia betul-betul rasai…
Ada ke yang update, “Fuh, laki aku curang lagi… Kali ketiga dah ni beb…”
Ada ke yang update, “Penat, rasa macam nak pengsan buat kerja umah sorang-sorang, laki tak membantu langsung…”
Ads
Ada ke yang update, “Bulan ini belanja keperluan dapur guna duit sendiri lagi, laki tak bagi duit…”
Ada ke yang update, “Baru lepas kena tampar dengan laki sebab suruh dia solat…”
Kita orang luar, kita tidak tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga orang lain… Kalau sampai ke pengetahuan kita pun, kita bukan siapa-siapa untuk buat keputusan bagi pihak dia… Kita hanya boleh menasihati dan selebihnya itu hak dia…
Hanya Nasihat, Ikut Pilihan Dia
Dia nak sabar berapa lama, dia nak kuat sekuat mana, dia hendak bertahan atas alasan apa dan sebagainya… Itu pilihan dan keputusan dia…
Hak dia…
Kita tak boleh cakap, “Kalau aku jadi kau, dah lama aku hidup sendiri…”, “Kalau aku jadi kau, dah lama aku tinggal lelaki macam ni…”
Ads
Sebab kalau kita di tempat dia sekali pun, jadi seperti situasi yang dia hadapi, belum tentu kita boleh buat macam yang kita cakapkan itu…
That’s why org kata, “Cakap senang lah…”
Kita nampak dia senyum, kita nampak dia happy, kita nampak dia macam tak terkesan dengan sikap, perangai dan perbuatan pasangannya dalam hubungan mereka walhal sebenarnya, kalau dia nak tunjuk sedih, kalau dia hendak menangis depan kita sekalipun, boleh saja dia buat… Selepas itu adakah masalah selesai?
Senyum dan gembira itu memang tak dapat selesaikan masalah, tapi sekurang-kurangnya itu dapat buat dia lupa yang dia ada masalah… Dapat buat dia kuat untuk sehari lagi…
Dapat buat dia lalui apa yang sedang dia lalui…
Sudah sehabis baik berdoa, sudah habis berusaha, sudah habis berharap, sudah habis beristikharah… Sekarang dia hanya bertawakal dgn ketentuan Allah SWT
Kalau Allah SWT masih beratkan kaki dia untuk melangkah, maka dia stay…begitulah sebaliknya…
MW: Walaupun sebaik mana hubungan kita dengan dia, kita tetap orang luar yang tak mampu mencorakkan setiap keputusan bagi rumahtangga dia. Dia yang melalui biarlah dia buat keputusan yang terbaik, jika dia mahu bertahan… Biarkan dan beri sokongan serta nasihat sebaik mungkin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Taraf mak saudara dikatakan lebih tinggi daripada mak mentua? Betulkah? Berapa ramai daripada kita yang rapat dengan mak saudara? Tak ada rasa kekok atau segan pun.
Jadi, tak mustahil juga sesetengah kita cukup rapat dengan mak saudara sebelah mak atau rapat dengan kedua-duanya (mak dan ayah). Walau bagaimanapun, tak kiralah sekalipun, itulah mak saudara yang kita ada. Tiada galang gantinya seperti mak ayah kita juga.
Dalam perkongsian video tiktok yang dikatakan oleh Ustaz Badli Shah, menyarankan supaya menjaga hubungan dengan mak saudara ini. Tak bermaksud bila berkahwin, kita kena buang mak mentua pun tapi taraf mak saudara itu lebih tinggi dari mentua, hanya dia seorang dunia akhirat.
Antara mak saudara dengan mak mentua mana yang lebih penting untuk jaga hubungan. Inilah ulasan yang diberikan oleh Ustaz Badli Shah.
Kalau dibincangkan hukum, mak saudara dengan mak mentua, mana lebih penting untuk jaga hubungan. Sudah tentulah mak saudara.
Sebab mak saudara itu adalah adik beradik mak atau ayah kita. Sudah tentulah anak saudara boleh bersalam dengan mak saudara. Tapi berapa ramai anak saudara yang rapat dan baik dengan mak saudara.
Bukan Buang Mentua
Tarafnya tak boleh lawan dengan mak mentua sebab mak mentua boleh dicari bila kahwin lain, dapatlah mak mentua baru tapi mak saudara itu, hanya dia seorang yang kita ada. Tiada galang gantinya.
Mingguan Wanita : Betul apa yang dikongsikan ini. Bukan nak buang mak mentua, dia pun sama taraf seperti mak kita juga tapi itulah, kalau kahwin baru dapat mentua baru. Paling penting adalah jaga hubungan sesama kita.
Kalau suri rumah dulu penat membesarkan anak-anak, zaman sekarang ini pula kebanyakan ‘orang rumah’ sudah pandai cari duit poket tepi. Malah banyak sangat peluang nak dapat duit sendiri tanpa perlu meminta-minta dengan suami.
Nak-nak pula isteri yang minat melawa walau cuma duduk rumah. Haa… masa ini lah dia boleh ambil peluang.
Peluang Depan Mata Suri Rumah
Orang kata sambil melawa, sambil jual produk kecantikan. Dapat juga duit tepi untuk menyimpan atau digunakan waktu kecemasan.
Kalau jenis isteri pandai masak, dia boleh berniaga makanan dari rumah. Tahu menjahit, boleh ambil upah jahit baju. Nak lebih kena pandai promosikan di media sosial lah. Eh, pendek kata sekarang ini semuanya di hujung jari.
Ambil gambar produk yang nak dijual dan tepek kat media sosia. Berdesup masuk permintaan daripada pelanggan. Betapa untungnya perempuan yang bijak mencari duit tepi.
Dan peluang itulah yang dikaut oleh kebanyakan wanita yang join Director Retreat Richest Ruby National Area yang berlangsung di The Haven Resort, Ipoh, Perak pada 15hb hingga 17hb Mac 2019 baru-baru ini.
Teruja sangat dengar semangat dan tengok penampilan golongan wanita dalam 80 orang Pengarah Jualan yang terlibat, bukan main berseri kulit wajah masing-masing. Ini sebenarnya sebab mereka pengguna dan dalam masa yang sama nak bantu wanita-wanita lain yang berminat untuk cari duit poket tepi.
Program yang dijalankan ini adalah merupakan aktiviti tahunan untuk setiap area di Mary Kay, di mana Richest Ruby National Area ini diterajui oleh National Sales Director Robiah bt. Huri.
Tujuan Program Diadakan
Bukan saja-saja bertemu mata nak ‘membawang’ ya, tetapi aktiviti ini bertujuan untuk semua Pengarah Jualan di bawah naungan RRA ini dapat berkumpul bersama untuk terus menimba ilmu dan meningkatkan lagi prestasi unit masing-masing serta potensi diri.
Selaras dengan misi syarikat Mary Kay dalam “Memperkayakan kehidupan seseorang wanita”, golongan wanita yang hadir ini bukan hanya suri rumah sepenuh masa sahaja, malah ada di kalangan mereka yang masih lagi merupakan seorang guru, pensyarah, jururawat, jurutera, eksekutif, ketua jabatan.
Hah, walau pun berbeza dari sudut status pekerjaan, tetapi misi mereka ini tetap sama iaitu untuk terus memperkayakan kehidupan wanita dalam memperjuangkan perniagaan Mary Kay.
Memang tak pelik lah kenapa mak-mak sekarang mampu bergaya walau dia hanya suri rumah, bukan? Yang bekerja pun, tetap boleh rebut peluang sebab mereka boleh buat bisnes ini secara sepenuh masa atau hanya separuh masa.
Apa yang menarik, Aktiviti Team Building juga turut dijalankan pada hari terakhir program ini, dengan bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim sesama “sisterhood” di Mary Kay. Tak ada istilah malu sebab masa inilah mak-mak dapat peluang tukar buah pemikiran dalam bisnes. Jadi rentak dalam bisnes itu lebih ‘bernafas’ dan tak bosan.
Siap Ada Majlis Makan Malam
Sepanjang sesi pembelajaran di Ipoh ini, para peserta juga diraikan pencapaian masing-masing dengan majlis makan malam yang sangat gemilang, bertemakan ROCK! Semua pencapai diraikan dengan penuh keterujaan. Pelbagai kategori telah diraikan iaitu pencapai Pink Car, Career Car, pencapai pelbagai percutian mewah yang ditaja syarikat serta pelbagai lagi kategori turut disenaraikan.
Serius, tradisi yang penuh dengan budaya penghargaan, dapat dilihat dengan jelas di sepanjang 3 hari sesi ini dijalankan.
Tak Reti Mulakan Itu Cuma Alasan
Sekarang, nampak tak peluang yang mak-mak suri rumah boleh kaut waktu duduk rumah sambil jaga anak? Jangan bagi alasan TAK RETI NAK MULAKAN sebab wanita sekarang berupaya ‘merubah’ dan mampu menggegarkan dan merancakkan lagi ekonomi keluarga, malah negara dan juga dunia!!
Kita semua adalah istimewa dan dengan potensi diri yang ada serta usaha yang keras tanpa jemu pastinya dapat melakukan apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan ini.
InsyaAllah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila sentuh topik tentang sedekah pada mak ayah dan nafkah pada keluarga sendiri, ada sesetengah orang akan bersuara benda ini remeh. Malah ramai yang lalai dengan tanggung jawab pada keluarga.
Si suami leka dengan perangai dan sikap tersendiri, isteri dan anak tak diberi nafkah yang sepatutnya. Lagi teruk, suami sangat berkira untuk isteri dan anak-anak tetapi duit yang ada boleh pula belanja kawan-kawan makan.
Ada juga sebilangan kita yang sememangnya lupa tanggung jawab pada mak ayah sendiri. Entah apa yang dikejar dalam hidup sehingga jasa mak ayah dibelakangkan.
Bukankah ‘sedekah’ pada mak ayah lebih afdal dari sedekah-sedekah yang lain. Mungkin disebabkan si anak takut bila selalu memberi sedekah pada mak ayah, semakin berkurang jugalah wang dalam tangan.
Agaknya macam mana nak sedarkan golongan yang berkira memberi ini? Haa… kalau ada di kalangan kita yang masih bersikap ‘takut tak cukup’, jemput baca perkongsian Nur Aliah Mohd Nor kali ini.
Sedekah Pada Mak Ayah
Syukur Alhamdulillah, setiap bulan perkara yang wajib dilakukan oleh Lia pasti akan hulurkan sikit duit pada mama dan papa Lia buat belanja mereka. Kadang memang mak ayah tak akan minta, namun sebagai seorang anak, inilah perkara wajib untuk kita membalas jasa mereka selama ini.
Semenjak Lia belajar teknik Talk To Allah di kelas Selling Without Selling, apa sahaja yang Lia nak pasti Allah kurniakan dengan mudah. Contoh baru-baru ini, Lia pergi ke seminar My Document Tn Abdul Basit . Semasa dalam dewan, beliau ada bagitahu tentang contest copywritting dan gambar yang paling kreatif akan dapat ticket percuma ke class Mastery My Document.
Jadi Lia terus submit doa kepada Allah dalam dewan itu juga. Lia nak pergi kelas Mastery My Document secara percuma. Bila kita doa, usaha, ikhtiar dan tawakal, pasti Allah buka jalan kejayaan untuk kita. Nak dijadikan cerita, pada hari isnin baru ini, balik je dari kedai Dexandra di Wangsa Walk Mall, Lia terus hulurkan duit pada mama dan papa Lia untuk bulan September punya. Dan tersenyum bersyukur Lia dapat melihat kedua ibu bapa Lia bahagia dan mereka mendoakan kejayaan Lia.
Tanpa Disangka…
Dua jam selepas itu, Lia naik ke bilik Lia, sahabat baik Lia iaitu Yuyu dengan wajah senyuman manis beliau terus bagitahu berita yang menggembirakan Lia.
“Lia! Tahniah! Lia tahu tak Lia menang untuk ke kelas Mastery My Document dari Tn Basit?!”.
Allahu, terus dalam hatiku mengucapkan Syukur Alhamdulillah dan berterima kasih sangat-sangat kepada Allah. Dan Lia peluk sahabat Lia itu sebab terharu Allah mendengar doa hambaNya ini. Terus Lia bagitahu mama papa Lia tentang berita gembira ini pada mereka.
Di sini Lia nak tekankan, Janji Allah itu sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya dan bersedekahlah dengan niat yang sangat tulus ikhlas.
Contohnya dalam situasi Lia, Allah gantikan on the spot ganjaran buat Lia yang memang Lia sendiri nak sesuatu perkara itu. Jadi. Bersedekahlah kita walau sedikit. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Kan lebih baik jika kita dapat berkongsi dan dinikmati bersama.
Lia sangat yakin dan percaya, sedekah dengan penuh ikhlas mampu meringankan beban manusia lain dan juga mengangkat azab dan seksa kita di akhirat sana nanti. Lebih ajaib lagi, rezeki yang meluru masuk bila kita bersedekah ni datang tiba-tiba dan muncul di waktu kita sangat memerlukannya! Itulah keajaiban sedekah yang Lia rasa kalau korang buat, korang pun akan rasakan kejaibannya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...