Sesekali mungkin mata suami nampak macam isteri berubah perangainya. Maklumlah masa awal-awal kahwin semua terhidang atas meja, apa lagi bab kain baju semua kemas bergosok.
Eh, tetapi bila dah ada anak-anak lain pula ceritanya. Dengan keadaan rumah kadang tak berkemas. Allah… ini kalau dapat suami yang tak memahami memang ‘masaklah’ hubungan. Nak-nak pula kalau isteri tak bekerja, dia cuma harapkan isteri uruskan semua.
Maka kasihanilah kaum isteri. Sebenarnya apa yang dilalui kaum isteri setiap hari ada dalam tulisan saudara Syafiq Ridhwan ini, sangat jelas dan itulah yang kaum mak-mak harapkan daripada seorang suami.
Nampak Macam Isteri Berubah
Dulu masa baru kahwin, pernah saya cakap dengan bini. “Nanti bolehlah awak tolong buatkan saya bekal makanan setiap hari untuk pergi kerja”. Bini saya kata “boleh saja” sambil tersenyum.
Tahun pertama kahwin. Setiap hari saya bawa bekal ke office. Dan setiap kali tu juga, bila keluar makan dengan kawan-kawan, saya tak kisah menjinjit beg makanan dan makan bersama-sama dengan mereka.
Ads
Tahun seterusnya, saya dikurniakan cahaya mata. Rezeki. Pertambahan ahli keluarga membuatkan kehidupan kami menjadi semakin utuh. Tapi sedikit sebanyak ia telah mengambil masa bini untuk melebihkan masa di dapur.
Kalau dulu, bini akan habiskan masa yang agak lama di dapur. Setiap hari dia akan mencuba resepi-resepi baru. Malah ada jua satu ketika, pelbagai lauk dimasak walhal kami berdua je yang makan.
Bila ada anak, masa di dapur menjadi semakin kejap. Kadang-kala, tak sampai beberapa minit ke dapur, dia sudah kembali ke dalam bilik untuk menyusukan anak, lepas tu saya ambil alih, dia bersihkan diri dan terus solat. Itu belum cerita anak menangis ketika dia baru pegang kuali. Kagum betul saya. Tak pernah dia tinggal tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ajaibnya, masakan dia masih rasa yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sedap!
Ads
Tapi ada juga bila hari yang dia cuti, saya kerja. Bila saya balik kerja, dia akan cakap “Hari ni saya tak makan lagi. Anak tak boleh tinggal. Asyik menangis je nak berteman”. Tanpa banyak soal, saya minta dia bersiap, start kereta dan bawa saja ke mana tempat dia mahu makan.
Cukuplah Kalau Suami Boleh Hilangkan Penat Isteri
Besar tanggungjawab seorang isteri. Pengorbanan melahirkan anak sudah cukup besar, belum lagi dia berusaha yang terbaik memberikan untuk si suami.
Sebagai suami, buatlah yang terbaik untuk isteri. Walaupun dengan sekadar mengurutkan kaki ketika dia mengeluh kepenatan, dan meminjamkan telinga ketika dia cuba meluahkan setiap masalah yang dihadapi di pejabat.
Ads
Dan mengucapkan terima kasih untuk setiap hidangan dan mengatakan “sedap awak masak” juga mampu mengurangkan sedikit kepenatan yang dia lalui.
Benar.
Kita pada akhirnya, akan bersama kelak dengan orang yang kita sayang.
Dan kita masih punya masa lagi untuk belajar lebih menghargai antara satu sama lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baju sekolah kain putih memang susah nak jaga apatah lagi untuk kekalkan ‘keputihannya’ lebih-lebih lagi baju sekolah anak-anak yang tengah lasak dan aktif. Memang kena ada extra baju sebab setiap hari perlu ditukar ganti.
Tetapi kali ini mak-mak boleh hilangkan kotoran degil pada pakaian dengan cara guna sabun mandi ketul saja.
Cuci Baju Kotor Dengan Sabun
Siapa sangka sabun jenama paling murah ni berkesan untuk menghilangkan kotoran degil‼️
Tak perlu lagi guna clorox nak hilangkan kotoran degil. Dah la mahal, menghakis dan menipiskan kain pula tu.
Dengan kos serendah rm2.70 sahaja, untuk satu set buku sabun fruit tale mak-mak boleh parut sabun tu dan simpan dalam bekas. InsyaAllah tahan seminggu-dua.
Boleh hilangkan kotoran pada baju sekolah, kasut sekolah, baju kemeja tanpa perlu disental. Kotoran degil hilang serta merta.
Cara-cara:
1. Wajib guna sabun fruit tale.
2. Parut dulu sabun fruit tale dan simpan dalam bekas. Supaya lebih jimat.
3. Tuang air panas dalam besen.
4. Letak serbuk fruit tale dalam besen.
5. Biarkan hingga larut. Guna sudu kayu nak larutkan.
6. Rendam baju dalam besen tdi semalaman.
7. Tengok hasil tak perlu sental. Kotoran degil hilang selepas bilas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap hari menguruskan rumah tangga dan keluarga tanpa henti sudah tentu memenatkan. Sesekali isteri juga bergelut dengan perasaan, ditambah pula dengan badan yang lemah.
Pada Ketika inilah, suami harus memainkan peranan. Sudah tentu emosi isteri berkait rapat dengan “cuaca” rumah tangga, jadi suami perlu beri ruang secukupnya.
Ikuti perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini dan fahami apa yang cuba dia sampaikan:
Bila Emosi Isteri Dilanda Tsunami
Akan ada satu hari, bagi seorang perempuan bergelar isteri dan ibu, dia rasa satu perasaan yang ‘indescribable’. Tak boleh dijelaskan dengan kata-kata.
Kalau masa bujang, bila datang ‘tsunami’ ini, dia akan tidur lebih lama, menyorok bawah selimut, duduk lama bawah shower, mengelak dari jumpa orang, tidur dalam telekung dan kurang ada mood nak berbual. Senang kata, waktu ‘hibernasi’ dia.
Tetapi apabila ada anak-anak kecil, emak yang bergelar suri rumah hendak lari ke mana? Baru nak lelap, muka sudah kena tepuk, mata dah kena cungkil dengan jari comel anak soleh.
Nak berak (membuang) pun ada penonton dan pom-pom girls, inikan pula ada hati nak duduk lama bawah shower? Memang pelamin anganan ku musnah. Haha.
Emosi Isteri Berkait Dengan ‘CUACA’ Rumah Tangga
Kaum isteri yang sudah jadi mak-mak ini kalau terlepas peluang ber’me-time’, dia akan jadi tombiruo. Haha. Lain macam ganas emosinya. Oleh itu, wahai suami, sila empati, sama-samalah menjaga emosi isteri. Kerana emosi isteri berkait rapat dengan ‘cuaca’ rumah tangga.
Bagi isteri masa supaya boleh regangkan semula otot muka yang dah ketat itu. Insyallah, apabila dia sudah mampu menyusun semula nafas elok-elok, datanglah ‘calming effect’, barulah rasional mengatasi emosional.
Begitu juga dengan suami, ada masanya bila dia juga akan mengalami ‘tsunami’ ni. Dia juga memerlukan waktu hibernasi.
Maka, para isteri bijak solehah, sebaik nampak riak muka suami tak seceria selalu bila terpacul wajahnya di muka pintu, fahamlah isteri suami sedang berperang dan berkecamuk dalamannya.
Beri dia ruang.
Jangan masa itu pula kita mahu cerita semua masalah harian rumah tangga, yang pampers anak habislah, plug rosaklah, mesin basuh meletuplah.
Tak sesuai.
Suami Juga Turut Dilanda Tsunami
Ada sesetengah lelaki masa beginilah dia akan lari masuk ‘man cave’, atau ruang peribadinya. Ada pula ‘lari’ keluar rumah berlama-lama di masjid, atau pergi minum teh sekejap di kedai mamak.
Ikutlah bagaimana jenis suami kita. Kita lebih faham suami masing-masing.
Memang wujud ‘masa sukar’ begini. Saya tak pasti term yang paling tepat. Cuma, kalau dah bertahun kahwin, kita akan perasan bila sesekali datang ‘tsunami’ pada pasangan kita dan dia juga faham bila ada masanya kita sedang ‘berperang’.
Semua orang akan berdepan peperangan ini.
We all get tired. We all feel physically and emotionally drained at times. This kind of feeling not happen everyday. But, when it comes, we battling inside ourselves and the struggle is real.
Beri Sokongan Pada Pasangan Seadanya
Bila pasangan yang tak faham asyik bertanya dan bertanya, mereka akhirnya hanya mampu menjawab, “tak ada apa, penat sikit,” tetapi kita boleh nampak dari mukanya, dari sinar matanya, it was much more than just lack of rest and sleep.
Mulut membisu, tetapi dalam hati sedang berperang. The soul is tired.
Solusinya, beri ruang untuk pasangan kita.
Bila dia ingin didengari, hulurkan telinga dan hati.
Pabila dia ingin menangis, hulurkan bahu dan hati.
Bila dia ingin dipeluk, peluklah sebagaimana seorang ibu memeluk anak kecilnya yang merajuk.
Kalau dia inginkan waktu bersendirian dengan Tuhan, berilah dia ruang. Agar dapat dia recharge semula.
Yakinlah waktu-waktu sukar ini pasti akan berlalu. Keep going. It may not be easier, but it will get better.
Paling penting, jangan sesekali biarkan pasangan kita hadapi masa sukar ini seorang diri. . #randomthoughts #intandzulkefli
MW: Bukan sahaja suami yang perlu memahami isteri, isteri juga perlu memahami pasang surut emosi suami. Maklumlah manusia tak lari daripada diuji.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), isterilah menjadi barisan hadapan di rumah. Dari pagi menyiapkan juadah berbuka, petang pula sibuk menyediaka, juadah berbuka. Mengejar terawih lagi, bukan sesuatu yang mudah buat seorang isteri.
Jadi apa salahnya suami memberi isteri peluang untuk mereka hilangkan stres dengan membeli apa yang mahukan secara online. Keluarkan sedikit bajet dan beri kelonggaran untuk isteri bershopping.
Kalau bukan isteri, siapa lagi nak habiskan duit suami kerana dalam rezeki suami ada bahagian isteri. Tetapi isteri jangan pula keterlaluan. Barulah isteri bahagia, suami pun turut bahagia.
Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini dan fahami sedalamnya :
“Buat apa beli selipar ikan ni sayang ku oii”
Mula-mula rasa geram juga. Sebelum ini isteri saya kata hendak shopping barang yang penting-penting saja di Shopee itu tapi eh sampai kat rumah selipar ikan macam ini.
Penting dekat mana selipar ikan macam ini?
Tapi rasa geram itu tiba-tiba bertukar jadi rasa sayu pula bila saya teringat balik ekspresi wajah si dia yang penuh ceria bila abang posmen bagi bungkusan itu dekat dia.
Sebiji macam ekspresi wajah budak-budak yang dapat mainan paling dia idamkan! Boleh rasa macam hati si dia melompat-lompat gitu.
Terapi Stres Uruskan Rumahtangga
Selama PKP di rumah mertua ini jarang si dia berehat sebenarnya. Sudahlah menantu sulung keluarga pula tu. Ada mertua hendak dijaga dan ada anak dan suami yang selalu mintak perhatian daripadanya.
Sedikit sebanyak stres itu tetap ada. Jadi jika pembelian ini boleh buat si dia happy, saya sebagai suami tutup sebelah mata sajalah kerana saya tahu ianya adalah Stress-Reliever bagi si dia. Saya ingat lagi pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya, katanya ” benda ni mainang puang. Doh nok wat guane ke dia “
Saya ingat juga pesan sorang sahabat saya yang juga seorang Jutawan. Katanya begini “kalau bukan isteri kita, siapa lagi nak habiskan duit kita”. Tapi saya tengok tak habis-habis pun duit dia. Makin bertambah jutawan ada lah. Sebab mungkin dia tahu rahsia bahawa dalam pendapatan suami, ada bahagian rezeki untuk si isteri.
Belilah sayang. Masukkan apa pun dalam ‘cart’ shopeemu sayang. Asalkan tak keterlaluan, asalkan ia membuatmu bahagia dan ceria akan abang tutup sebelah mata sahaja.
Kita tak tahu, kadang benda simple di mata suami ni, boleh jadi benda yang paling membahagiakan di mata isteri.
Taufiq Razif
Suka pura pura tidur jika isteri ajak tengok akaun Shopee dia
MW: Kadangkala benda remeh-temeh di mata suami menjadi perkara yang paling membahagiakan buat isteri. Oleh itu, jangan berkira dengan isteri kerana itulah satu-satunya terapi dia setiap kali berdepan dengan tekanan. Jangan lupa izinkan mak-mak shopping ya ayah-ayah sekalian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
30 tahun bergelumang dalam seni suara bukanlah satu jalan yang mudah. Pelbagai pencapaian yang dikecapi namun itu bukanlah tiket yang mudah buat penyanyi bersuara...