Sebenarnya seorang isteri tidak boleh atau bukan ambil alih kewajipan suami, isteri cuma ringankan beban andai kemampuan suami terhad. Itu sahaja.
Suami jangan sewenangnya lepas tangan bila isteri membantu itu dan ini pabila isteri bekerja serta mempunyai pendapatan yang tetap. Jangan ambil hak isteri dek kerana anda seorang yang kedekut.
Bukan Ambil Alih Kewajipan Suami
Ramai isteri tertekan kerana “suami kedekut”…
Artikel beberapa hari lepas…
Kedekut ini, maksudnya macam mana ya? Maksudnya suami itu tak bagi nafkah yang sepatutnya suami sediakan… Isteri banyak guna duit sendiri untuk membeli keperluan dapur, membayar bil utiliti dan sebagainya, dan suami tak bayar balik…
Perbelanjaan harian itu banyak atas isteri, isteri yang tanggung…
Bagi pihak isteri, perkara ini kalau berlaku kadang-kadang, beberapa bulan sekali, ianya mungkin boleh diterima dan dimaafkan…
Tetapi kalau setiap bulan, macam itu cara dan gayanya, maka lama- kelamaan, perkara ini akan menyebabkan isteri tertekan…
Isteri Cuma Ringankan Beban
Sudah jadi kewajipan isteri pula, seolah-olah isteri itu ambil alih tempat suami dalam keadaan suaminya masih hidup, bekerja dan ada pendapatan…
Ads
Itulah takrifan “suami kedekut”…
Nafkah berbentuk duit belanja tak bagi, mungkin sudah biasa asalkan perbelanjaan harian, barang dapur, bil semuanya ditanggung suami…
Tapi bila semuanya isteri yang bayar, dia yang beli, yang tanggung, selepas itu duit apapun suami tak bagi atas alasan isteri boleh guna duit sendiri, maka perbuatan ini akan menyebabkan mental dan emosi isteri jadi “tak stabil” dan “tak sihat”…
Elakkanlah daripada membiasakan diri menyuruh isteri beli guna duitnya sendiri…
Ads
Apa yang patut suami tanggung dan apa yang patut suami sediakan, serta apa yang patut suami beli dan bayar, sebagai suami, kita kena buat… Isteri itu cuma meringankan beban andaikata kemampuan kita terhad, kewangan kita terbatas…
Isteri tak boleh ambil alih dan jalankan kewajipan suami hanya disebabkan suaminya kedekut…
Mingguan Wanita : Jika ayah-ayah seorang suami dan lelaki yang bertanggungjawab, jadilah seorang yang tidak kedekut dengan wanita yang disayangi. Percayalah jika suami tidak kedekut, Allah akan murahkan lagi rezeki suami dan keluarga.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Kuat sentap? Apa tu? Mengikut Definisi Dewan Bahasa dan Pustaka, sentap ialah menarik dengan kuat. Namun jika dikaitkan sikap seseorang, apa yang dikatakan sentap atau tersentap itu terjadi apabila terbit rasa sakit hati dam terasa dengan sindiran, nak marah tak tentu pasal ataupun terkejut dengan kenyataan seseorang.
Orang yang kuat sentap ini terlalu emosi, sensitif dan tidak boleh menerima teguran walaupun teguran itu sekadar gurauan, terlalu mengikut perasaan dan kuat merajuk. Sebagai seorang suami, kadangkala bosan dan penat juga bila berdepan dengan sikap isteri yang terlalu sensitif dan kuat sentap ini kan? Pantang silap, dia akan sentap dan merajuk. Aduh, bagaimana ye?
Bukan Sempurna
Anda kena ingat, isteri juga manusia biasa yang ada banyak kekurangannya. Sama seperti diri anda. Sebagai pasangan, anda perlu terima kekurangan masing-masing. Nak tak nak, anda perlu jalankan tanggungjawab anda untuk mendidik isteri dan mengubah sikap mereka yang tidak elok itu.
Kenal Pasti Punca
Apa puncanya isteri anda teramat sensitif sehingga dia mudah tersentuh hati dan sentap walau pun dengan anda suaminya sendiri. Mungkin isteri mengalami tekanan yang tidak dapat diluahkan. Jadi sentiasa cuba berbual dengan isteri agar dia ada tempat untuk meluahkan segala apa yang dia rasa. Jangan sampai dia memendam rasa seorang diri.
Elakkan Buat Isteri Marah
Sebagai suami, sudah pasti anda tahu apa yang isteri suka dan tak suka. Kalau dah tahu isteri tak boleh ditegur bab penampilan fizikalnya, elakkan menyentuh tentang perkara itu walau pun niat anda sekadar untuk bergurau.
” Mama ni comellah, dah macam teddy bear papa tengok.”
Gerenti dia akan sentap dan merajuk mendengar kata-kata itu. Mana taknya, perkataan ‘teddy bear’ itu merujuk kepada bentuk badan yang tembam dan montel. Bermakna anda sudah begurau tentang berat badan, yang merupakan perkara sensitif bagi ramai wanita. Jadi, awas bila bergurau ye wahai suami!
Teguran Berhemah
Sikapnya itu boleh menjadi bertambah buruk jika tak ditegur. Bayangkan kalau dia bersikap yang sama dengan orang lain. Pasti orang tak selesa dengan dirinya. Pantang bergurau atau orang bercakap sesuatu yang tidak disukai tentang dirinya atau pendapatnya tak diterima orang, terus dia terasa hati dan sentap.
Kena belajar berlapang dada dan isi diri dengan aura positif. Jangan anggap buruk terhadap komen dan gurauan orang yang mungkin tak bermaksud apa-apa. Kalau bersembang serius sepanjang masa, tak syok juga kan?
Ada masanya pula dia sentap dan merajuk bila kehendaknya tak dipenuhi. Sebagai orang yang paling rapat, sentiasa nasihati dia. Bukan semua perkara berlaku mengikut kehendaknya sahaja. Begitu juga dengan orang lain. Jadi, bila kehendaknya tak dituruti, jangan pula terasa hati dan sentap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hidup manusia tidak lari daripada masalah setiap hari. Tidak kiralah masalah kecil atau besar, setiap masalah perlu diselesaikan dengan baik.
Jika sendiri kurang pasti akan sesuatu perkara, carilah orang terdekat yang pernah berdepan dengan masalah yang sama. Atau mencari orang yang lebih pakar akan masalah yang dilalui.
Oleh itu, jika berdepan dengan sesuatu amsalah carilah orang yang tepat untuk beri pandean, bukannya penambah masalah sedia ada. Ikuti perkongsian Peguam Syarie ini, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli dan hadam penjelasannya:
Jika Berdepan Masalah Carilah Orang Yang Tepat Beri Panduan
Saya cadangkan jika ada sesuatu perkara atau masalah nak diluahkan carilah seseorang yang benar-benar ingin memberi panduan keluar dari masalah bukan yang tambahkan lagi masalah.
Sebagai contoh :
1. Jika anda ada masalah kesihatan gout contohnya, carilah kenalan yang telah atau sedang mempunyai masalah yang sama kerana potensi untuk sama-sama pulih itu tinggi kerana masing-masing sedang mencari ubat atau penawar yang terbaik. Dalam masa yang sama carilah Doktor Perubatan yang bertauliah.
2. Jika anda mempunyai masalah atau buntu ingin buat pembelian rumah atau kereta. Carilah kenalan yang dahulunya pernah atau sedang mempunyai masalah yang sama.
Potensi yang tinggi untuk dapatkan cara pembelian dan agensi pembelian yang terbaik kerana masing-masing akan bertukar fikiran untuk dapatkan manfaat yang terbaik.
Carilah Kenalan Yang Ada Pengetahuan
3. Jika anda tidak pandai memasak, carilah rakan atau kenalan yang dalam pengetahuan anda juga tidak pandai memasak tetapi sedang cuba belajar memasak, kerana potensi untuk anda pandai memasak amatlah tinggi kerana masing-masing mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin pandai memasak.
4. Begitu juga jika anda mempunyai masalah rumah tangga, masalah dengan isteri, masalah dengan suami, masalah untuk didik anak-anak.
Maka carilah kenalan atau rakan-rakan juga keluarga yang mungkin atau sedang atau telahpun menghadapi masalah,masalah tersebut untuk bantu anda.
Kerana potensi untuk anda dapatkan petunjuk atau nasihat adalah jauh lebih baik dari mendapatkan nasihat dari yang tidak atau tiada pengalaman dengan rencah berkeluarga.
Bukannya Mencari Penambah Masalah
Kesimpulannya adalah. Carilah yang mempunyai pengalaman sama ada pengalaman yang dilaluinya sendiri atau yang mempunyai kepakaran dalam keadaan-keadaan tertentu.
Kerana tidak ada mana-mana manusia yang mana telah diduga dengan ujian yang perit inginkan perkara yang sama berlaku kepada kenalan mahupun saudara-mara terdekat. Masing-masing pasti inginkan yang terbaik.
Walau apa keadaan anda sekalipun, mohonlah pada Allah S.W.T agar temukan anda dengan orang yang tepat untuk meluah rasa, meluah masalah, mengadu dan sebagainya. Kerana hanya kepada Dialah sebaik-baik tempat mengadu dan meluah rasa.
Laluilah setiap saat ujian dan dugaan dengan senyuman. Sesungguhnya Allah tidak akan membebani sesuatu perkara pada hamba-Nya yang tidak mampu. Anda diuji? Hadapi ia dengan tenang kerana andalah manusia pilihan SYURGAWI.
MW: Selain bergantung pada sesama manusia, mak ayah kembalilah pada Allah dan memohon petunjuk dari-Nya apabila berdepan dengan masalah. Insyallah Allah akan mempermudahkan urusan mak,ayah.
Secara fitrahnya wanita dan lelaki saling memerlukan dan melengkapi. Dalam rumahtangga, tidak dinafikan terdapat segelintir golongan suami dan lelaki sering merasakan, wanita ini perangainya ‘pelik’ dan sikapnya cukup susah untuk difahami. Tanggapan ini mencetuskan pelbagai konflik dan dilema dalam perkahwinan yang dibina.
Tak susah sebenarnya untuk fahami seorang wanita yang bergelar isteri.Jemput baca pesanan daripada Pendakwah dan Penceramah Motivasi Kekeluargaan terkenal, Ebit Lew sebagai panduan;
Ramai tag saya dengan masalah rumahtangga orang, curang, buat maksiat dan abaikan tanggungjawab serta tak bimbing Islam pada keluarga.
Ini nasihat saya buat semua anak muda di luar sana termasuk saya yang dah menua ini. Belajarlah ilmu rumahtangga. Selalu anak muda yang baik sanggup datang duduk sehari depan saya ingin ilmu rumahtangga. Saya pun sama-sama belajar kerana Allah.
Betulkan Tanggapan Tentang Wanita
Seorang pemuda yang ingin bernikah tanya saya“Ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak habislah serabut..Betul ke ustaz? Dapat yang baik untunglah..syurgalah. Begitu ke ustaz?
Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga..saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita…Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita… Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya..
Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya..
Wanita Sanggup Beri Apa Sahaja
Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak kerana Allah. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka. InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra. Sanggup beri apa sahaja.
Bila hati mereka bahagia..mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga. Bimbing isteri solat. Tapi banyak pasangan tak solat. Bagaimana boleh bahagia jika dahi tak sujud pada pemberi bahagia sebenarnya. Bahagia benar bahagia selamanya.
Tujuan Kahwin Dapat Redha Allah
Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak poranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu. Tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik dan bahagia. Itu bermula bila tujuan kahwin Redha Allah. Barulah masa mula kahwin sayang dan sampai syurga sayang makin bertambah setiap hari. Jika tak masa muda,cantik,best,seronok…bila dah tak macam kita nak. Lupakan dan tak dihargai. Seperti haiwan bahkan lebih teruk lagi.
Dahagakan Pujian & Penghargaan Suami
Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kaseh sayang. Baiknya sayang. Subhanallah bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah..
Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan.. mereka masak, mereka cuma minta kita tolong tengok anak. Tolong hidang dan tolong basuh. Mereka buat hampir 90 peratus kerja. 10 peratus pun kadang-kadang ada suami tak bantu. Belum 100 peratus nyawa mereka risiko melahirkan anak. Sakit mengandung. Sakit bersalin. Sakit menanggung.
Berlumba-lumba bersihkan rumah. Berlumba-lumba buat Talim. Lumba-lumba siapa nak bangun tahajud. Didik solat sungguh-sungguh. Cerita Nabi saw dan sahabat rhum. Cerita iman dan akhirat. Baca Al-Quran sama-sama. Doa sama-sama. Berebut basuh baju, basuh berak anak. Rajin dan rasa ambil berat dan ada sifat mendengar hati rasa pasangan.
Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah..
Anak muda tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri tak sempurna tapi inginkan isteri sempurna..Saya pohon ampun dari Alllah..
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perbetullkan tanggapan bahawa wanita bergelar isteri adalah insan yang pelik lagi sukar difahami. Apa yang penting suami berusaha cuba belajar untuk memahami, menghargai dan melaksanakan tanggungjawab sebaiknya sebagai pemimpin didalam rumahtangga.
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...