
Bubur Merah Bubur Putih ni memang terkenal di Negeri Selatan tanah air. Bubur yang simple, namun penuh maksud yang tersendiri disediakan sebagai salah satu tanda kesyukuran dalam meraikan sesuatu.
Selalunya bubur ini dibuat ketika menyambut Hari Jadi, khatam Al Quran, majlis bersunat, Doa Selamat, cukup jambul dan sebagainya. Dimasak dalam dua jenis merah dan putih dan diagihkan kepada jiran-jiran mahupun saudara mara terdekat.
Istimewanya bubur putih bubur merah ni,yang putih rasa masin-masin sikit yang merah rasa manis. Perlu dicampurkan untuk sebatikan rasanya. Memang sedap! Bahan-bahannya nak masak bubur ni pula tak banyak dan memang mudah nak buat.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Laila Mehat ini.
“Bubur putih bubur merah. Bubur kesyukuran. Orang Melaka, orang Johor je yang kenal ni.”
Bahan-Bahan:
2 cawan Beras
1 cawan Beras pulut
1 cawan Gula merah
1 buku Gula melaka
Gula pasir
1 sudu Garam
Daun pandan
Santan 1 kg (3-4 biji kelapa)
Cara Membuat:
- Basuh beras dan beras pulut. (Saya rendam kejap pulut). Masak dalam periuk yang cukup besar ( kuantiti akan berganda 2-3kali sebab beras akan kembang). Masuk air 6 cawan ( lebih banyak dari paras beras). Masak sampai beras kembang, masak. Kacau sekali sekala bila perlu, jangan sampai berkerak dasar periuk.
2. Masak gula merah dengan secawan air atas api sederhana. Sampai larut je. (Nak lebih sedap, boleh letak gula melaka sikit).
3. Bubur Putih
Asingkan sebahagian (1/4) bubur ke dalam periuk kecil untuk buat bahagian putih. Masuk 250 gm santan (1 biji kelapa). Garam (ikut kemasinan, lebih sikit masinnya). 1 cawan air. Letak simpulan daun pandan. Kacau. Didih kejap. Tutup. Biar berair, jangan kering sebab nanti nasi akan lebih pekat bila menyejuk.
4) Bubur Merah
Masuk baki santan dalam bahagian bubur merah. Tuang air gula (tapis). Tambah 2 cawan air, daun pandan. Kacau. Tambah sikit gula pasir jika kurang manis. Mendidih, tutup api. Bubur merah lebih cair dari putih.
Cara Menghidang:
Masuk sesenduk bubur merah dalam mangkuk. Letak sesudu besar atau dua bubur putih di tengah-tengah bubur merah.
Masa makan. Gaulkan bersama. Bubur akan rasa lemak, masin, manis.

Selamat mencuba!
Info Ekstra!
Buat bubur ini tak sesusah mana sebenarnya. Ada beberapa cara membuatnya atas selera masing-masing. Resepi asal memggunakan beras pulut. Hasilnya memang likat. Tapi tak semua suka rasanya yang begitu. Setengah tempat menggunakan campuran beras pulut dan beras. Masih kental sedikit lekit hasilnya. Keluarga kami menggunakan semua beras. Hasilnya lebih lembut dan tidak lekit. Atas selera masing-masing.
Baca Lagi Di Sini:
Bubur Lambuk Rice Cooker, Sedapnya Macam Yang Selalu Dapat Di Masjid
Sebaik Anak Umur 6 Bulan Terus Kenalkan Dengan Bubur Kosong ‘Blend’ Tapis, Kenapa Bukan Puri Buah Atau Nestum?
MW: Memang nostalgia bubur merah putih ni.Rasanya pula sedap, lemak, manis dan masin. Selalu dihidangkan sebagai salah satu tanda kesyukuran, untuk diagih-agihkan pada jiran-jiran dan keluarga terdekat. Kena cuba buat sendiri di rumah nanti.
Sumber: Laila Mehat
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


BAHAN-BAHAN:
Terlebih dahulu, panaskan periuk pengukus. Basuh beras bersih-bersih sambil berselawat. Kemudian letak dalam mangkuk (saya guna mangkuk plastik IKEA), letak bahan tumbuk (bawang putih dan halia) kira-kira satu sudu teh dalam tiap mangkuk. Letak air, cukup-cukup tenggelamkan beras atau lebihkan 1cm.
Letakkan pati ayam kira-kira satu sudu makan di setiap mangkuk. Kemudian letak ayam seketul (yang diperap tadi) dalam tiap mangkuk, diikuti daun sup sikit. Tak perlu letak garam sebab dah cukup rasa.
Susun cawan di dalam periuk pengukus. Kukus di dalam pengukus 30 minit atau lebih atau hingga nasi dan ayam masak sepenuhnya. Setelah masak, bolehlah tutup api dan pindahkan mangkuk-mangkuk berisi nasi ayam tadi.
Untuk membuat sup, buat macam biasa. Kalau nak simple, tumis bawang merah dan lebihan halia dengan halia dan bawang putih tadi. Kemudian masukkan lebihan ketulan ayam tadi, air, pati ayam dan daun sup.
Bolehlah dihidangkan bersama hirisan tomato, daun salad dan timun. Tuang sos cili di atas ayam. Jangan lupa sup. Mudah je kan? Yang penting…SEDAP!









