Ada mak-mak yang anggap buat telur masin agak susah dan kalau tak kena caranya memang tak akan jadi. Nak tak nak, cara terbaik beli sajalah.
Malah, jangan ingan buat telur masin hanya menggunakan telur itik semata-mat, barulah jadi. Tapi, sebenarnya bolh juga guna telur ayam biasa dan rasanya tetap tidak jauh beza.
Macam mana nak buat telur masin di rumah. Maklum sajalah, telur masin ini boleh jadi salah satu hidangan penambah selesa bila makan dengan nasi. Nak-nak kalau makan nasi kerabu, inilah salah satu lauknya.
Kali ini, Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria anak ajar cara udah buat telur masin di rumah. Boleh cuba cara beliau ini.
“Jom, saya ajar cara buat telur masih yang paling mudah. Seronok. Ibu saya sudah lama ajar cara nak buatnya. Cuma, kali ini baru saya mencuba.”
Caranya:
1. Mula-mula, masak air panas sehingga mendidih dan masukkan garam bagi rasa betul-betul masin. Tutup api.
Ads
2. Biarkan air tadi sejuk.
3. Apabila sudah sejuk (air dalam suhu bilik, barulah tuang air itu ke dalam bekas bersama telur itik yang sudah siap dibasuh bersih dan dilap kering.
4. Pastikan paras air menutupi telur itik.
Ads
5. Tutup bekas dan simpan dalam suhu bilik.
6. Selepas 10 hari, cuba rebus sebiji, dan rasa dah masin ke belum.
7. Tanda telur masin menjadi bila telur kuning akan menjadi oren dan sudah rasa masin. Ini hasil direbus dan rasa selepas 3 minggu.
8. Kalau nak sedap, bolehlah buang air masin tadi, basuh telur dan simpan dalam peti sejuk.
Ads
p/s: Boleh juga guna telur ayam.
Buat Telur Masin Versi Puan Fatimah Hasan
1 kg garam untuk 50 biji telur itik,
Masak garam bersama air
Kacau smpai garam larut garam (mungkin ada sesetengah garam tak larut”. Bila air garam dah sejuk, barulah masukkan telur yang dibasuh dan dilap kering. Selepas 10 hari baru boleh rebus.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
DAUN SUP Subur Segar Merimbun, Tak Payah Rendam Akar Tanam Terus! Daun sup seringkali digunakan dalam masakan. Namun biasanya kita nak gunakan sedikit je. Lebih elok kita tanam sendiri, lebih jimat.
Ada bermacam kaedah dan cara untuk tanam daun sup ni.Jika mak-mak yang dah cuba beberapa kali tanam daun sup namun sering tak berjaya sebab pokoknya mudah mati dan tak bertahan lama boleh cuba kaedah tanam terus daun sup seperti yang dikongsikan oleh Bunga Rose ini.
Daun sup dan daun bawang saya segar merimbun. Saya tanam dari lebihan dapur jer. Daun supnya dah guna untuk masak sup saya kerat dalam 2 inci bahagian batang berakar dengan tunas-tunas kecil tu terus tanam.
Tiap kali beli daun sup saya tanam macam tu keliling pasu. Dalam sebulan dah merimbun. Daun bawang saya cuba cara tu failed. Yang tumbuh tu saya semai bawang ros 3 biji. Tanam je terus hidup pulak.
Saya perati daun sup daun bawang ni suka hidup berjiran jadi jangan tanam sepokok jer dalam satu pasu yer. Alhamdulillah senang saya nak masak sup lepas ni.
Sediakan pasu yang besar 2 jengkal. Isi dengan tanah potting soil 2 beg (saya beli pasu dan tanah di Mr DIY).
2. Kerat Lebihan Batang 2 Inci
Lebihan daun sup dari dapur (saya kerat lebih kurang 2 inci dari akar kalau yang ada tunas-tunas kecil tu lagi bagus). Saya terus tanam. Saya buat 5 lubang dalam pasu. Mula-mula saya tanam 3 pokok untuk 1 lubang.
3. Penuhkan Lubang
Tiap kali saya beli daun sup saya tanam lagi ikut cara di atas. Penuhkan lubang yang saya dah buat.
4. Siram Waktu Pagi
Saya siram dengan air biasa jer. Renjiskan dengan tangan. Saya siram waktu pagi sahaja. Pasu ni saya letak di balkoni (rumah saya di Tingkat 7). Balkoni ni panas pagi jer. Saya tak siram waktu petang sebab tanah masih lembab.
5. Minggu Ketiga Siram Baja
Minggu ke 3 baru saya mula siram dengan air baja mol roti + air beras. Saya siram dengan air baja seminggu 2 kali. Hari lainnya saya siram dengan air biasa.
Daun bawang tu saya tanam dari biji. Saya tanam 3 biji bawang ros. Saya tak kerat pun bahagian atas biji bawang. Saya tanam jer terus celah-celah pokok daun sup.
7. Lebih kurang sebulan. Daun sup saya dah merimbun macam di atas. Daun bawang pun meriah juga.
8. Pastikan Tanah Lembab
Dari pemerhatian saya daun sup dan daun bawang ni tak suka banyak air dan jangan tanam tengah panas. Pastikan tanah sentiasa lembab tapi jangan becak.
Mingguan Wanita:Kalau selalu tak berjaya tanam daun sup, cuba cara dan tip yang dikongsikan ini. Semoga daun sup berjaya di tanam dan hidup subur merimbun.
Daun parsley memang banyak digunakan dalam masakan terutamanya jenis masakan barat sebagai penambah aroma. Kalau beli di pasaraya, daun parsley kering lebih mahal berbanding yang ‘fresh’. Hakikatnya kita nak guna sikit je.
Sebenarnya bagi mak-mak yang ada airfryer, boleh buat sendiri ‘dried Parsley Flakes’ ini di rumah. Cukup mudah, murah dan dapat banyak. Memang jimat dan berbaloi.
“Kita nak beli dried Parsley Flakes tadi RM9.50. Nak guna suka-suka buat tabur-tabur, maka kita tawakal beli yang fresh. Sebungkus RM 1.40 kat Tesco. Kita basuh, tos air sampai kering then masuk dalam AF.Kena hempap, if not dia terbang-terbang sebab ringan. So suhu 160 masa @15minit. Garing.. gesek daun dengan jari saja.”
“Macam saya buat tabur pada tartar sauce ke, spaghetti ke, lasagna, Korean garlic bread. Dia buat tabur-tabur je, sebab tu kalau nak makan tak banyak pakai. Unless kerap ke buat jual baru pakai banyak.”
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini, mak-mak bolehlah cuba buat sendiri parsley flakes ini di rumah. Lebih murah, jimat dan berbaloi.
Sumber: Sharifah Fatimah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya ada cara mudah untuk siat ‘jaket’ Ikan Cencaru tanpa tercarik isinya atau jari terluka dengan menggunakan tuala,tisu atau kertas. Bukan apa ikan cencaru ni, mempunyai kulit yang keras dan tajam, jika tak berhati-hati ketika menyiangnya memang boleh luka jari.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismailini. Katanya cara ini diperolehi daripada Tauke Ikan sendiri.
Masalah tentang ikan cencaru ini adalah cara nak buka jaket dia. Kalau silap tarik, memang tertarik sekali dengan isi.
Ikan ni tak selalu dibeli kerana anak-anak tak berminat nak makan. Dek kerana mereka semua pernah duduk di asrama, makanya ikan ini dilarang untuk dimasak semasa mereka pulang bercuti.(Tenggiri antara menu wajib kat asrama masing-masing).
Hari ini saya cuba buka jaketnya. Ada yang berjaya dan ada yang carik isinya.
Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Lama tapi tak pernah cuba.
1. Buang sirip tepi ikan.
2. Cungkil kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Mingguan Wanita: Kalau siang ikan cencaru, nak buang jaketnya bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini. Mudah je siat dengan tuala barulah jari tak luka.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...